Memancing di tebing berbatu / berkayu / bertunggul / banyak kayu balak tumbang kedalam lubuk adalah kawasan berpotensi tinggi untuk menjinakkan ikan. Kawasan seperti ini menjadi tempat kegemaran ikan-ikan berlindung dan memburu mangsa. Pemancing berpontensi untuk mendaratkan ikan yang besar-besar. Namun, lokasi lubuk seperti ini mendatangkan masalah risiko sangkut sangat tinggi. Kita selalu temui lokasi lubuk seperti ini seperti di Pantai atau lubuk-lubuk sungai di bahagia hulu (berbatu) dan pertengahan sungai (biasa berkayu).
Masalah sangkut adalah lumrah apabila kita memancing di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Masalah sangkut hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan lubuk mempunyai karang dan teritip ( kawasan pantai ), berbatu dan berkayu serta reba-reba ( kawasan hulu dan pertengahan sungai ). Ingat otai-otai semua masalah sangkut tiada jalan penyelesaian mutlak, sediakan perambut mata pancing yang banyak, jangan kedekut dengan mata pancing berbanding hasil yang sangat-sangat berbaloi. Di dasar lubuk banyak ikan besar-besar sedang bertapa...best gile tuuuuu. Jangan bawa mata pancing cukup-cukup makan. Kawasan seperti ini banyak ditinggalkan pemancing dan mencari kawasan yang senang memancing.
Disini, nak di cadangkan beberapa teknik yang pemancing boleh mengamalkan. Teknik ini telah aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Beberapa teknik bagi menewaskan ikan di lubuk / kawasan berbatu di pantai mahupun sungai. Antaranya ;
Teknik Pancing Apollo - di mana ladung di ikat bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, perambut tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Disebabkan ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut di batu atau kayu, kita masih dapat mata kail mahupun ikan. Tangsi perambut ladung yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut. Jangan berkira sangat batu ladung yang putus dan hilang. Jika berkira sangat, kamu tak boleh di panggil otai pancing tegar tapi pemancing penyibuk yang sibuk-sibuk "menjinjing" batang pancing ke hulu dan ke hilir. Orang sembang pasal memancing, kamu sembang juga. Hasil memancing tadak...asyik bangauuuuu memanjang.
Teknik Tanpa Ladung - Teknik ini pada aku kira lebih sesuai jika kawasan berkenaan arus lemah atau pusaran air tenang (sungai) atau arus menolak ke arah laut (pantai-bayu malam). Apabila umpan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sedikit untuk sampai ke dasar sungai atau laut. Ketika jatuhan umpan, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing boleh membuat karauan apabila umpan disambar. Sambaran ikan di lubuk - lubuk sebegini atau pantai akan berlaku pertengahan air. Teknik tanpa ladung banyak aku amalkan untuk memerangkap ikan lampam, terbol, kejor, selat, tenggalam dan seumpama yang makan di tengah- tengah air.
Teknik Pelampung - Teknik menggunakan pelampung, kita sebagai pemancing harus bijak menentukan kedalaman air di lubuk - lubuk sasaran kita. Untuk teknik ini, jika kita dah berjaya melabuhkan umpan kira-kira 1- 3 kaki dari dasar sungai, kira berpotensi sambaran ikan adalah tinggi. Kebiasaanya, kalau di sungai atau hulu sungai sambaran di lakukan oleh ikan-ikan bersembunyi di bawah kayu-kayu malak, batu, dll. Kebiasaanya aku menggunakan perambut panjang sedikit dan tali utama lebih sikit kekuatan (50-80 ib) dan mata pancing yang tajam dan kuat kuat. Kenapa?. jawabnya..aku tak biarkan sangat ikan larikan umpan dan terus buat karauan. Kekuatan mata dan perambut utama sehingga ikan timbul ke permukaan. Kebiasaan ikan didaratkan besar-besar seperti Tapah, Belida, Toman, Haruan, Ikan Patin...banyak lah.!!. Tetapi perlu di ingatkan jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi. Berani menanggung risiko sangkut itu pemancing tegar...hasil selalu tegar-tegar dan mega-mega.

wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing