Memaparkan catatan dengan label Maklumat / Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maklumat / Info. Papar semua catatan

Jumaat, 28 April 2017

Perambut Ikan Tenggiri - Umpan Hidup

Askm wbr ...kekawan sihat?

Disini memerang nak berceloteh pasal membuat perambut untuk memancing Ikan Tenggiri menggunakan umpan Ikan hidup. Kekawan lihat gambarajah di bawah.

Dari gambaran rajah diatas merupakan cara kebanyakan orang membuat perambut.

Mengikut cara memerang buat perambut agak lain sedikit. Memerang tidak memakai tali mono langsung. Memerang akan ikat tali utama terus pada perambut dawai menggunakan kekili. Belon/pelampung akan di ikat pada tali utama dengan membuat sipulan mudah untuk meletakkan belon. Dalam anggaran  2 atau 2 1/2 depa dari umpan di pasang.Perambut dawai sekurang kurangnya 2-3 kaki panjang.

Begitu mudah....selamat mencuba.

wasallam.

Tip;
  • Gunakan 3 mata pancing - mata 1 dan mata ke-3 ikat seperti biasa mengikut besar/kecil ikan/umpan. Mata kedua/tengah biarkan bergerak bebas.
  • Tali utama yang di ikat terus ke perambut dawai menggunakan kekili 2 lubang bertujuan untuk memudahkan karauan ikan paling hampir dengan hujung jorang. Memudahkan ikan di cangkuk/sauk tanpa memegang tali pancing. Lebih-lebih lagi...hasil tangkapan adalah besar.
  • Gunakan umpan ikan selar, kembong,sardin dan seumpamanya.
  • Selalu bawa apollo untuk dapat ikan segar hidup.

Selasa, 28 Mac 2017

Jenis -jenis Ikan Kelah

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:

a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.
"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.

“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.

Rabu, 1 April 2015

Lubuk Di Sungai Bukit Chaggang Dan Olak Lempit-Banting

Askm kekawan...sihat?

Pada kekawan yang ada terluang masa pada hujung minggu boleh lah mencuba lubuk-lubuk yang memerang cadangkan. Semua lubuk-lubuk ini di sepanjang sungai Manggis. Bermula dari Bukit Chaggang menghala ke Banting. 

Target sasaran Ikan Patin dan Ikan Keli sungai. Perlu di percerahkan, ikan patin disini begitu sukar memakan umpan. Tidak seperti area Sg Dengkil yang boleh didaratkan menggunakan umpan roti. Bawa ramuan power otai-otai untuk mencuba. Kalau pakai cacing gelang, ikan patin sekitar 1 - 3 kg akan menggena tapi yang lebih besar...faham-faham je la....pandang olak air jeeeaaa. Nak pecah kepala memerang fikir ramuan baru untuk ikan patin moster area ni.....tapi tunggu nasib dan rezeki nanti. 

Ikan keli, sila pakai umpan cengkerik. Syok juga memancing ikan keli sambil menunggu pancing ikan patin mengena.

Lubuk Ikan : Olak Lempit - Banting
Lubuk area ini agak terang, tidak begitu sunyi dan tepi jalan besar.
Lubuk Ikan : Dari Bukit Chaggang ke Kilang Mega Steall










Lubuk disini agak sunyi dan agak ke belakang kampung. Pastikan anda berteman






Selamat mencuba....wsallam

Selasa, 31 Mac 2015

Tip Mengurangkan Mabuk Laut

Askm wbr kawan-kawan pancing ...agar semuanya sihat sejahtera

Tahun 2015 akan memasuki bulan April esok....bagi memerang memang cukup seronok. Bukan ape...cuma langkah memancing semakin jauh. Bukan sahaja di sungai, kuala dan hutan rimba malah hingga ke laut. Pada bulan April ni...aktiviti mencandat sotong makin menjadi...sotong-sotong semakin banyak...air laut mula kekeruhan ikan bersisik mula menghampiri daratan. Ombak mula bergelora...tentu mabuk kan? Bagi pemancing baru berjinak dengan laut tentu mabuk kan? biasa tu...20 tahun dulu memerang juga begitu. Sekarang kira ok laaaa....disini memerang nak beri beberapa tip-tip kurangkan mabuk laut. Bila dah selalu turun memancing di laut dah jadi biasa.

Tip-Tip:
  • Sebelum bot bertolak pilihlah posisi yang baik. Sebaiknya berada jauh dari asap dan bau minyak diesel yang dikeluarkan oleh bot. Jadi,, dinasihatkan jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel.
  • Anda perlu menelan pil penahan mabuk 1 jam atau  30 minit bagi persediaan menghadapi mabuk laut. Anda akan rugi jika mabuk ketika kawan-kawan yang lain sedang banyak mendaratkan sotong atau moster-moster dan hanya mampu melihat sahaja.
  • Bawa ubatan-ubatan ringkas seperti ubat minyak cap kapak dan gula-gula bagi mengelakkan rasa loya.
  • Perut yang terlalu kenyang menyebabkan anda cepat mual dan pening. Jadi cubalah elak dari makan terlalu kenyang sebelum menaiki bot.
  • Sebelum memulai perjalanan mancing persiapkan diri dengan baik, istirahat / tidur yang cukup, minimal 5 jam. sehingga tubuh anda tetap dalam keadaan Fit dan tetap bugar.
  • Isi perut dengan makanan yang mengenyangkan tapi jangan terlalu kekenyangan.
  • Menempelkan beberapa koyo di bagian leher, belakang telinga. ini disinyalir penyebab mabuk laut karena terganggunya mekanisme keseimbangan di telinga bagian dalam oleh gerakan selama di Laut.
  • Saat di kapal usahakan agar tetap memfokuskan pandangan mata ke garis Horisontal, badan jangan terlalu sering membungkuk atau melihat kebawah, hal ini dapat membuat lebih cepat merasa mual, selain itu pula jangan melihat sesuatu dari jarak dekat. Jika belum terbiasa jangan merangkai pancingan di kapal , minta tolong saja pada ABK untuk merangkai atau memasang umpan.
  • Bawa bekal buah buahan atau jus buah , bawa juga minuman jahe untuk mencegah dan mengobati mabuk laut.
  • Jika sudah merasa pusing dan mual sebaiknya muntahkan saja karena jika sudah dimuntahkan akan terasa lebih enak. setelah itu sapukan tubuh dengan balsem di bagian perut, leher, dan pelipis mata atau bisa juga hirup aroma minyak angin.
  • Nyebur air laut dan mandi agar tubuh segar kembali.
  • Apabila cara cara diatas sudah dilakukan dan anda masih saja mabuk laut usahakan tidur dengan rileks, namun jika benar benar tidak kuat , obat yang paling ampuh adalah kembali daratan dan segera minum obat anti masuk angin. Jka sudah kembali ke daratan anda masih mabuk, rasa terpusing-pusing. Anda pemabuk tegar, mabuk darat.
Wasallam...jom trip candat di kemaman, Terengganu....selamat mencuba

Khamis, 26 Jun 2014

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak  jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.

Umpan Buah Buahan Hutan
Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung, buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, buah getah dan buah mata lembu. Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.

Bagaimanapun buah buahan itu sukar didapati kecuali di dalam hutan atau di pinggir kampung. Persiapan umpan perlu dibuat di rumah lebih awal. Maka pilihan lain yang terbaik ialah buah kelapa sawit. Negara kita dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Ini adalah makanan yang asing bagi ikan kelah.

Umpan Buah Kelapa Sawit

Jadi dengan bantuan resepi khas, buah sawit tadi menjadi makanan yang lazat untuk kelah dan resepi ini dipanggil umpan sawit peram. Ada juga yang potong dadu cucuk sate dan terus guna untuk memancing. Tapi yang paling popular ialah peram buah sawit itu terlebih dahulu. Pilih buat sawit yang dah masak dan tebal banyak minyak. Cara mudah nak tahu buah sawit yang dah masak ialah buah sawit yang dah gugur di pangkal pokok kelapa sawit. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja petik buah sawit, kita panggil buah lerai.
Kemudian, bungkus buah sawit dengan kertas surat khabar kemudian masukkan dalam beg atau karung plastik. Plastik bekas pampers anak pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus ketat dan kemas, jangan bagi udara masuk. Biarkan selama 5 ke 7 hari. Biasanya apabila dibungkus akan menjadi lembab sebab berpeluh. Boleh buka semula dan balut semula dengan kertas surat khabar baru dan bungkus dengan beg atau karung plastik semula untuk lagi 5 ke 7 hari. Biasanya dah peram 2 minggu kira dah boleh guna untuk operasi memburu kelah. Ada juga yang kata, cuba biar sampai 3 minggu, baunya lebih harum. Baru boleh memukau kelah.
Selepas 2 atau 3 minggu, buah sawit yang diperam tadi sedia untuk digunakan dalam ekspedisi memburu kelah. Bagaimana dengan pengalaman anda menggunakan umpan kelah? Sama atau ada yang lain?

Khamis, 22 Mei 2014

Jadual Air Pasang Surut 2 - Ringkasan

Askm wbr...
Ini Jadual air pasang surut yang memerang dapat ringkaskan untuk otai baru nak pegang jorang. .senangkan.
Jadual mesti merujuk haribulan Hijrah ( Bulan Islam), kalau nak senang beli kelender cina yang ada sekali bulan islam tu....Kalau nak mancing tu datang awal dari waktu air pasang. Mancing pun tak kelam kabut...faham?

1 dan 16 Hijrah
Air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8 malam. umpan susah pada waktu petang dan banyak pada waktu pagi dan air surut  lebih kurang pukul 11 pagi. Ikan2 besar bedal umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8 malam waktu air mula naik tinggi.

2 dan 17 Hijrah.
Air masih besar dan penuh dan mula surut pada pukul 8 lebih. Umpan banyak pada waktu pagi dan semasa surut lebih kurang pada pukul 11 pagi.ikan2 besar mula atif jugak pada pukul 8 malam lebih dan awal pagi

3 dan 18 Hijrah
Air masih besar tetapi makin kecil. air lambat pasang penuh, umpan pada waktu petang agak susah tetapi banyak pada waktu pagi dan semasa air surut 12 tengah hari. Contohnya; Kalau ikan jenahak aktif lebih lewat lebih kurang pada pukul 8.30 hingga 9 malam. pada waktu pagi jenahak masih aktif awal pagi

4 dan 19 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok di pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 mlm lebih

5 dan 20 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. Anda kena mencari umpan pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 -10 lebih

6 dan 21 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena mencari atau main apollo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. Ikan2 besar makin tipis untukdipancing, mungkin ada ikan pari atau ikan senangin, jenahak semakin sukar.

7,8,9,22,23 dan 24 Hijrah
Air dah mula mati (pasang mati) atau tak ada arus langsung. Kalau nak pakai pumpun atau udang kopek. layan anak2 ikan, masa ni ikan kecil cukup banyak seperti gelama, kunyit, anak-anak kembong...kalau nak kena ikan besar tu rezeki masing2 la. tapi susah la skit.

10 dan 25 Hijrah
Air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal.kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi. Pakai umpan hidup seperti udang hidup

11 dan 26 Hijrah
Air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi

12 dan 27 Hijrah
Air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif.  . Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

13 dan 28 Hijrah
Air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

14 dan 28 Hijrah
Air semakin laju dan besar. Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi. Pada masa ini umpan mungkin banyak semasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja. 

15,29 dan 30 Hijrah
Air semakin laju dan besar.air pasang penuh hampir senja petang. Kalau anda target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam sedikit. Masa ini umpan mungkin banyak semasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. 
p/s: rujukan juga jadual pasang surut air laut yang keluarkan bagi lokasi anda ingin memancing.
wasallam...

Isnin, 19 Mei 2014

Memahami Habitat Ikan Sebelum Memancing

  
Askm wbr...


Memancing di kawasan air tawar atau air masin sama ada di Laut atau Sungai seperti Parit, Taliair atau Terusan , Kolam, Paya, Lombong Tinggal , Tasik didiami pelbagai jenis ikan. Setiap jenis ikan pula ada habitat berbeza sama ada dasar, pertengahan, permukaan, tepian air, tengah, lubuk dalam dan sebagainya. Begitu juga di laut kawasan berpasir atau pinggir pantai berpasir, berbatu, terumbu karang, kawasan unjang / tukun, kapal karang dan sebagainya.

Lazimnya ikan pemangsa berada di kawasan reba, tunggul kayu atau di sebalik batu menunggu saat menyerang ikan mangsa. Ada juga ikan jenis ini memiliki keupayaan menyambar yang kuat dan sukar dikesan mangsanya. Kebiasaan di laut di kawasan berbatu , kapal2 karam dan seumpamanya.

Ikan yang tidak diancam pemangsa lain (yang berada di atas sekali dalam rangkaian makanan) berani berada di kawasan terbuka tetapi tertumpu di reba atau lubuk ketika memburu mangsa.

Jika di hulu sungai seperti sungai Pahang, Sg Kelantan, Sg Bernam dan Sungai Hulu terengganu dan Johor di pedalaman, jeram dan lubuk dalam adalah tumpuan utama ikan berkumpul. Ia sering dihuni ikan besar. Ikan buruan utama di kawasan itu ialah tenggalam, kelah, tengas, temoleh dan sebarau.

Peringkat pertengahan sungai pula, airnya kurang deras berbanding di hulu. Di sini terdapat banyak lubuk yang dalam. Kebiasaan terdapat banyak kayu mati yang tenggelam di dasar. Ikan lebih tertumpu di reba dan akar kayu selain tempat air berpusar, selekoh sungai dan kawasan yang banyak terdapat anak ikan bermain.

Ikan buruan di sini ialah belida, baung, temoleh, kelabau, toman, udang galah dan pelbagai ikan air tawar yang lain termasuk patin.

Di muara sungai terdapat dua arah arus iaitu air memasuki ke sungai bila pasang dan keluar semula ketika surut. Jika hendak memancing dikawasan di pengaruh air pasang / surut jadual pasang surut air laut perlu dirujuk ( sebelum ini telah di tulis ). Begitu juga jika ingin memancing dilaut. Ikan muara pula sering bermain di kuala, reba pokok bakau, tepian jeti, benteng dan sekitar tiang jambatan. Air di sini kadangkala air agak payau dan air menjadi tawar jika musim hujan dan masin apabila musim panas. Ikan buruan utama ialah siakap (kakap merah, kakap putih) semilang, kurau, gelama pisang, sesumpit, tetanda,  selain duri serta belukang.

Manakala di laut, kawasan unjam, rangka kapal karam dan tukun adalah habitat ikan pelagik seperti anak selar, kembong, sardin tetapi jangan disangka tidak ada ikan pemangsa seperti kekacang, haruan tasek, pari dan seumpanyan yang mencari makanan. Terumbu karang pula didiami jenis seperti kerapu, merah, tetanda, kunyit dan landuk. Kawasan berpasir / tebing dasar laut berpasir didiami ikan kerisi, selar dan seumpamayan.
 
Abe memerang ringkaskan, kawasan ikan berkait rapat dengan tempat sumber makanan diperolehi, di mana ada kumpulan anak ikan di situ juga menjadi tempat berkumpul ikan pemangsa.

Untuk mengesan kedudukan ikan, guna sonar atau sounder. Kalau ada duit lebih pakai GPS yang boleh mapping dasar sungai dan laut....lagi best gilaaaaa. 

selamat mencuba bagi otai-otai baru  ....jom candat, musim sotong dah tiba...hu hu

Wasallam.

Isnin, 12 Mei 2014

Jadual Air Pasang Surut 1

Askm Wbr...


Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut dan kelajuan arus air laut atau sungai. Kebijaksaan anda membaca perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan misi memancing dirancang.  Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, di kelendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran atau perubahan anak bulan. Kalendar ini menjadi rujukan memerang sebelum merancang dan menetapkan trip memancing sama ada di Kuala-kuala sungai, tepi pantai, Pulau-pulau, Kelong-kelong mahupun nak terjah lautan.Boleh dikatakan nak terjah port-port di pergaruhi air pasang surut, kelender pasang surut air laut wajib di rujuk..jangan pakai terjah jeaaaa yeaaaaa. Selamat mencuba...insyaallah hasil pasti berbaloi.


Tarikh
Air
Arus
Lokasi memancing / Spesis sasaran
Umpan terbaik
1
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
2
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil& sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
3
Sederhana
Ideal
Tepian pantai/semua spesis
Cacing,umpun,fillet,udang
4
Perlahan
Cantik
Laut dalam / besar& sederhana
hidup,fillet,cacing
5
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
6
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
7
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
8
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
9
Perlahan
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
10
Sederhana
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
11
Sed Besar
Cantik
Baik semua lokasi /semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
12
Sed Besar
Ideal
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
13
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
14
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
15
Sgt besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
16
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
17
Sed Besar
Ideal
Baik semua lokasi/besar& sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
18
Sederhana
Cantik
Baik semua lokasi/besar & sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
19
Perlahan
Cantik
Baik semua lokasi/besar & sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
20
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
21
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
22
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
23
Perlahan
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
24
Sederhana
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
25
Sed Besar
Ideal
Baik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
26
Sed besar
Ideal
Baik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
27
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
28
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil &sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
29
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
30
Sgt besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang

Jumaat, 2 Ogos 2013

Betapa zalimnya tentera Mesir-Amerika terhadap manusia

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/996870_284943344979344_2032060453_n.jpg



Terkini… Sahabat hantar berita dari Mesir. Ya Allah ! Bantulah hambaMu yang berjuang dipihak kebenaran ini. 

Sumber;
Islam Agama Ku

Isnin, 29 Julai 2013

Ikan Kelah Dan Ikan Tegas - Apa berbezanya?

Perbezaan -Ikan Kelah (Kiri) dan Ikan Tegas ( Kanan)

Ikan Kelah.Bersisik rapat.
.Ada lebihan isi yang panjang di bibir
.Terdapat lebihan di cuping tengah 'median'
.Jika di terbalikkan cuba perhatikan garis di bawah bibir.. terdapat 3 garis
.Spesis kelah : Kelah Emas (golden), Kelah Merah, Kelah Bara, Kelah Biru, Kelah Hijau (Kejor), Kelah Pasir (Coklat)


Ikan Tengas.Sisik jarang.
.Jika diterbalikkan terdapat 2 garis di bawah bibir.
.Ada lebihan isi yang pendek di bibir
Spesis Tengas : Tengas Daun, Tengas Batu (Coklat)
Yang di bulatkan tu ada lebihan isi yang menampakkan 3 ketul daging atau daging berlebihan.( kelah) dan disebelahnya adalah tengas..

Jika ada maklumat tambahan...sila komen tauuuu.