Khamis, 22 Ogos 2013

Sungai Panching / Sg Kuantan Pahang, Ops 1 - Udang Galah

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2013. Aku selesaikan misi memancing udang galah di Sungai Paching Pahang. Ada antara kaki pancing memanggil lokasi ini sebagai Sg Kuantan. Kawasan sungai memang banyak jenggo yang moster-moster. Saiz paling udang antara 300 - 600 gm.
Kalau ada antara otai-otai jenggo nak mencuba nasib mancing disini bolehlah menggunakan umpan cacing merah, cacing biasa dan anak udang bendang. Umpan istimewa disini isi ikan haruan tapi kena bawa yang hidup dan dipotong masa memancing. Sudah tentu bapak jenggo yang besar-besar didaratkan.

Dari pengalaman dan tinjaun aku, kawasan jenggo disini meliputi Kg Sungai Danau, Kg Pasir Kemudi, Felda Sg Paching Timur, Bukit Kuin, Kg Padang Perdana, Kg Padang, Kg Padang Jaya dan Kg Permatang Tembusu sehingga Gate air JPS di Permatang Tembusu. Memancing disini dipengaruhi pasang surut air sungai apabila gate air JPS dibuka dan di tutup. Apabila gate air di buka, air sungai mengalir dan air jadi sedikit keruh udang sangat galak meragut umpan. Bila gate air JPS di tutup air berhenti mangalir, air mula tenang dan sedikit jernih, udang tidak begitu galak meragut umpan tetapi masih boleh memancing di alur-alur anak sungai.

Hasil aku terjah pada petang 17 Ogos 2013 sebanyak 3 kg (4jam) dan 18 Ogos 2013 sebayak 7 kilo (10jam). Tak banyak sangat tu berbanding misi dulu-dulu. 

Udang Galah - Kira yang besar -besar 500 - 600 gm
Memancing di sungai ini sangat sesuai menggunakan bot fiber, lagi menggunakan engine 5hp dah cukup. Bagi otai-otai yang mempunyai engine bot sendiri bawa sahaja. Di tebing-tebing sungai ini banyak boat-boat / sampan fiber di sewa dengan kadar RM15.00 - RM 20.00 sehari. Memancing lah sampai pengsan...tapi aku belum pengsan lagi. Lihat hujung bulan Ogos ni...nak mancing sampai hitam atas tengkok dibakar kepanasan mentari.

Jadi menu sabtu malam minggu, 3 kg...sedap gila papa..kata anakku.
Hasil petang sabtu, jadi hidangan malam minggu, dalam 3 kg. Udang di sungai ini agak gelap sedikit ke kelabu di pengaruhi air paya di tebing-tebing sungai. Rasanya agak manis berbanding udang di sungai Endau, Mersing. Johor.

Nah menu malam tu...jom makan
Pesanan aku pada otai-otai jenggo bila terjah kawasan sungai ini. Percakapan dan perbuatan perlu di jaga. Kalau buang air kecil tadah dengan bekas. Baru buang ke sungai, jangan kencing terus ke air. Kalau nak buang air besar tu naik je la ke tebing sungai yang rendah. Igat tau, kawasan sungai ni banyak buaya, lagi - lagi kalau memancing belah malam tapi jangan gelabah. Niat biar betul 'datang untuk memancing udang'. Insyallah selamat. Ada udang ada buaya, itu dah adat memancing udang. Harap faham - faham je la. Wasallam.

2 ulasan:

  1. yg ni ak setuju... tapi sg.kuantan je ke.. x cubu area pekan pahang... sg..pahang

    BalasPadam

boleh komen, tak kira kaki pancing