Memaparkan catatan dengan label Ikan Duri / Belukang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Duri / Belukang. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Ikan Duri / Belukan - Jambatan Kuala Selangor 2

Askm wbr...

Trip memancing udang galah di sungai Bernam dibatalkan. Memerang terjah Kuala Selangor pada petang sabtu 10 Mei 2014. Keadaan air agak baik, air pasang agak sederhana dan tenang. Berbekalkan anak udang dan sotong pasar. Hasil boleh dikatakan memuaskan, boleh dikatakan satu tong penuh. Air mula pasang pada malam tu jam 11.00 malam dan surut 5.00 pagi. Malam tu memerang balik jam 4.00 pagi...sampai rumah betul-betul surau sebelah rumah azam subuh.

Sekor ni kira bapak Belukang/Duri, kira-kira 2.4 kg..banyak telur

Kira yg agak besar 800 gm - 1kg ke atas

Kira yang Bilis-bilis...banyak ooiii
Letih juga memerang nak bersihkan ikan-ikan ni...mahu 2 jam lebih nak siap cuci, masuk garam dan simpan dalam peti ais. Kalau nak dikirakan 3 kali terjah Sg. Kuala Selangor dah penuh satu peti ais. Sekarang ni memerang tengah fikir-fikir nak terjah lubuk ikan baung dan patin pula. Kalau ada otai-otai tahu lubuk baung dan patin boleh roger-roger memerang yeaaaa....wasallam

Rabu, 23 April 2014

Ikan Duri / Belukan - Sungai Kuala Selangor 1

Askm..kaki-kaki pancing....

Sudah sekian lama tak dapat memancing, maklum la musin panas yang teramat sangat dan kerja pejabat yang menimbun...faham je la yeaaa.... setelah berehat selama lebih 5 bulan dari November 2013 hingga  Mac 2014. baru sekarang dapat melepaskan 'gian' memancing. Lokasi di kuala Sungai Selangor, sekitar Jambatan Sungai Selangor, tokong Cina  berhadapan Jambatan dan area restoran tebing sungai tu.

Perancangan sebenar nak memancing udang Galah di Sungai area Sabak Bernam tapi dibatalkan. Jadi kerana 'gian' sangat nak memancing Kuala Selangor jadi tempat melepaskan 'gian' tu...hik hik. Hasilnya, ikan Duri, Belukang pun sebat dan sedikit ikan Gelama. Umpan berbekalkan 4 ekor sotong dipotong kecil-kecil seperti nak main appolo di laut. Hasil boleh tahan gak...


 


Misi seterusnya, Sungai Bernam sempadan Perak / Selangor. Target Ikan Toman, Ikan Patin, Ikan Kaloi. Sungai Bernam dikatakan banyak Ikan Kelabau...tunggu hasilnya nanti. Insyaallah...