Memerang nak cuba turunkan resipi umpan. Kekadang ramai pemancing pergi memancing dan balik membangau...tiada hasil. Balik umah kena berleter dengan orang umah. Memancing ikan lampam adalah salah satu cara untuk mengelak bangau di tebing sungai.
Setahu memerang ikan lampam ada dua jenis iaitu lampam Jawa dan ikan lampam Jawa ekor merah...
Bentuk kepala Ikan Lampam Jawa
Lampam Jawa, sirip dan ekor agak kekuningan sedikit
Lampam Jawa, sirip dan ekor berwarna agak kemerahan
Pastikan kawasan anda memancing banyak ikan lampam, biasanya bahagian pertengahan dan hulu sungai. Ikan lampam ni hidup satu habitat dengan ikan Terbol, Merah Pipi, Pucuk Pisang, Kaloi, dan seangkatan dengannya. Kalau dapat ikan lampam terus bersihkan "sian ikan tu". Sebab ikan lampam mudah membusuk dan simpan dalam coolman.
Tip Umpan :
- Umpan 1-Pakai dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit - gaul biar sebati dan gentel dimata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
- Umpan 2-Pakai Isi kelapa sawit peram, gandum dan serbuk kunyit - gaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing)
- Pakai mata saiz kecil (sesuai ikan di situ) - nasihat memerang pakai mata banyak, jangan mata satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing