Disini nak dikongsi sedikit bahaya apabila kita memancing menyusur tebing sungai mahupun menggunakan boat. Risiko bahaya lebih kurang sama. Kalau menyusur tebing, kita terpaksa meredah hutan dan semak samun yang menjadi habitat binatang berbisa. Begitu juga, kalau menggunakan boat ketika memancing udang galah atau ikan. Kita selalu menghimpit tepian semak, pokok-pokok rendang sama ada untuk mengikat boat atau mencari tempat teduh untuk belindung dari panas sambil memancing.
Kemungkinan bahaya :
Ular Tedung Selar atau 'Naga Bore' seumpamanya. |
Ular ini mendiami kawasan tebing-tebing sungai, lombong-lombong tinggal terutama di kawasan rumpun buluh atau pokok-pokok rendang. Ular ini selalu menggunakan ranting pokok atau daun-daun buluh untuk membuat sarang untuk bertelur. Kalau ditebing sungai, ular ini sentiasa menyeberangi sungai dari tempat bersarang ke lokasi tebing seberang. Saiz amat besar dan sangat berbisa. Warna berbelang hitam atau coklat dan kekuningan. Bila terkena silauan matahari nampak seakan-akan gold. Ular ini banyak di temui di sungai zon timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Ular Tedung Hitam |
Ular Tedung juga bahaya ban berbisa tapi tidak sebesar Tedung Selar dan 'naga bore'. Habitat semak samun, kayu-kayu reput, timbunan pelepah kelapa sawit (hati-hati semasa mencari ulat sawit), dan seumpanaya. Berwarna hitam kekelabuan. Kalau ular ini mengembang, nampak semacam duit syilling di atas tengkuk.
Ular Katam Tebu - Hitam Kuning |
Ular Katam Tebu - Hitam Putih |
Ular Katam Tebu Krait atau Kepala Merah - Putih kekelabuan berbelang merah |
Ketiga jenis ular katam tebu diatas sangat berbisa. Biasanya berada di atas pokok ditebing sungai. Berhati-hati semasa meredah hutan atau menempel boat ditebing sungai semasa memancing udang galah, dongak-dongak keatas sebelum mengikat boat.
Ular Kapak Tokong |
Ular Kapak Hijau - seimbas pandang seakan Ular Daun. |
Kedua-dua ular kapak diatas bahaya. Biasanya berada berada di atas dahan-dahan pokok ditebing-tebing sungai atau pokok rumbia, nipah seumpamanya. Kebiasaan di kawasan pokok-pokok rendang.
Sama-sama mengingati
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing