Jumaat, 2 Ogos 2013

Umpan Pancing Yang Selalu Aku Guna - Air Tawar

Disini nak tunjukkan umpan - umpan yang aku selalu pakai semasa memancing.  Umpan juga penentu kita jadi bangau ke tak.....

Bancuhan Dedak - Bancuhan dedak ini kira umpan 'killer' yang selalu aku pakai. Bancuhan agak rumit, ukuran dan sukatan dan mengambil masa 2 - 3 hari selepas bancuhan baru boleh digunakan. Bancuhan ini selalu digandingkan dengan bancuhan roti gardenia....peeerrhhh memang power.

Kegunaan - Ikan Patin, Tenggalam, Ikan Jelawat, Ikan temoleh (+ ramuan lain lagi), Ikan Lampam Jawa (ikan-ikan bersisik putih seumpamanya). Kadang - kadang ikan baung pun rembat.

Umpan Tapa - Umpan tapa kira special juga bagi aku. Kira 'killer' juga dalam memburu ikan jenis bermisai dan berjanggut...hik hik. Bancuhan mudah sahaja tapi tempoh peraman agak lama, kadang lebih 3 bulan. Yang di tunjukkan ini, dah 5 bulan disimpan.

Bancuhan umpan tapa menjadi begitu power dalam memburu udang galah. Biasanya digunakan bersama umpan Cacing merah (yang lembik), Anak udang bendang (udang nasi), Isi ikan Haruan, Umpun-umpun dan seumpamanya. Power 'killer' jadi lagi special bila di gandingkan bersama mata special memancing udang galah.

Kegunaan : Ikan Baung, Udang Galah, Ikan Baung Kenerak, Ikan Keli, Ikan Keli Limbat, Ikan Ngek-ngek, Ikan Duri, Ikan Sembilang dan seumpamanya.

Kelapa Sawit Peram - Pada setengah otai pancing, kelapa sawit peram begitu special sebagai umpan pancing. Umpan kelapa sawit peram begitu universal di semua sungai. Aku tak selalu gunakan sangat tapi selalu bawa kemana-mana lubuk di terjah. Strategi elak jadi bangau bila semua umpan lain tidak di jamah ikan. Umpan kelapa sawit peram mengambil masa agak lama untuk menjadi 'killer'. Proses peraman mengambil masa paling tidak 3 minggu. Diperam bersama bancuhan special. Kelapa Sawit peram ni, kalau pandai simpan boleh tahan sampai 6 bulan hingga 1 tahun.

Kegunaan : Semua jenis ikan suka makan

Udang Nasi / Udang Bendang - Tangguk di bendang-bendang padi, lubuk-lubuk sungai, lopak-lopak air lama, lombong-lombong dan seumpamanya. Biasanya, di lokasi sampah sarap tempat - tempat diatas.

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Sembarau, ikan selat, ikan - ikan jenis ikan putih.
Cengkerik - Cengkerik ada jenis besar dan kecil. Kalau dekat kampung-kampung banyak dalam semak samun, timbunan sampah sarap. Kalau jenis besar biasanya lubang cengkerik di korek. Nak senang beli sahaja di kedai-kedai jual ikan.

Kegunaan : Semua jenis ikan bermisai suka seperti Ikan Baung, Ikan Keli dan seumapanya. Kadang kala guna untuk mancing ikan Kaloi.

Kelkatu - Biasanya banyak keluar pada musim hujan. Jenis ini agak kecil sedikit, ianya di panggil kelkatu anai-anai.Kalau nak dapatkan yang lebih besar kena pandai gali kawasan busut di kebun-kebun pada musim hujan. Di bandar kuala Lumpur ni mana ada. 

Kegunaan : Ikan Keli, Ikan Puyu, Ikan Haruan dan semua jenis ikan nipis. 

Pallet Merah - Beli di kedai pancing.

Kegunaan : Ikan Lampam Jawa, Ikan Tilapia (Merah/Hitam) dan jenis ikan putih di lombong - lombong dan sungai.
Ulat Sawit / Ulat Sagu - Boleh didapati di pokok-pokok Kelapa Sawit / Sagu / Batang Kelapa tumbang dan dalam proses pereputan.

Kegunaan : Ikan Patin, Ikan Temoleh




Udang Galah - Beli dikedai-kedai jual ikan hiasan, kolam-kolam pancing udang, Kail sahaja di sungai.

Kegunaan : Ikan Belida, Ikan Tapah

Cacing - Gali di kawasan tanah-tanah lembap, beli kedai-kedai pancing

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Keli Bendang, Ikan Puyu, Ikan Haruan, Ikan Sepat, Ikan -ikan putih sungai dan seumpamanya.


bersambung.......

2 ulasan:

kerang bakar berkata...

saya menjual ikan keli limbat segar..ditangkap dari sungai dan bukan ternakan kolam..saiz anggaran 4-5 ekor sekilo..harga rm9.50 sekilo..penghantaran disediakan..kuantan dan kemaman..sudin 0145150398

Tanpa Nama berkata...

Tok Otai... kelapa sawit peram nak buat macam mana? Nak diperam dengan apa?