Memaparkan catatan dengan label Ikan Patin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Patin. Papar semua catatan

Rabu, 17 Februari 2016

Umpan Buah Lakum, Berembang dan Buah Ara sungai

Askm kekawan semua...tentu sihat sihat dengan rahmat allah..

Teringat memerang nak berceloteh hari ni pasal umpan buah Lakum, buah Berembang atau buah pidada kata orang Sabah dan Sarawak dan buah ara sungai. Pada minggu lepas memerang ada terserempak dengan sekumpulan pemancing di tebing Sungai Dengkil. Sambil bersembang-sembang kononnya ramai dikalangan dia orang tak kenal buah-buah nihhh....emmm sedih betul. Mungkin dia orang masih junior pasal ni...nasib...nasib. Buah-buah ini bukan sahaja di gunakan untuk memancing ikan patin tetapi ikan kelah di hulu sungai.

Hasil bantuan abang google...memerang dapatkan beberapa gambar untuk lebih jelas bagi adik-adik yang masih baru mencuba dunia memancing.

Buah Berembang atau Buah Pidada
Buah Lakum
Buah Lakum atau anggur sungai di zoom kan
Buah Ara Sungai
Cuba cari...banyak terdapat ditebing-tebing sungai mana sekalipun. Kalau buah lakum (anggur sungai) tu pokok berakar banyak menjalar di kawasan semak samun dan pokok-pokok renek di tebing sungai

Tip;
  1. Umpan buah berembang atau pidada, buah lakum dan Ara sungai hanya untuk memancing ikan Patin Buah. Kalau di hulu sungai untuk memancing ikan kelah. 
  2. Umpan Ikan kelah boleh juga guna isi buah getah bakar, buah sawit peram / bakar dan banyak lagi buah hutan boleh digunakan. Masuk hutan cuma bawa joran jeee....umpan tak payah fikir sangat....semua mudah.

Selasa, 26 Januari 2016

Ikan Patin Sg. Kelambu, Banting

Askm kekawan semua.....sihat?

Dah lama memerang tak poskan hasil memancing. Sebenarnya, memerang tidak begitu sihat sangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Redha je lah ketentuan illahi.  Cuti hujung minggu thaipusam badan rasa dah boleh bertatih sedikit. Lagipun dah lama tak memancing, memerang terjah sg kelambu hasilnya boleh tahan. 

Cuma nak ingatkan kepada kawan-kawan memancing sepanjang sungai Bukit Chaggang hingga ke Banting supaya berhati-hati. "Tuan tanah" tengah mengatal/ mengawan terutamanya pada masa air pasang. Hati-hati bila meyusur tebing sungai, lagi-lagi kalau memancing waktu malam....igat tau...ni bukan main-main faham...dah ada cerita, orang asli disergah hingga jatuh sungai. nasib sempat naik ke tebing...Ada 2 ekor yang selalu kelibat di permukaan air. Satu berwarna agak ke kekuningan, itu jantan. Seekor lagi berwarna kehitaman/kelabu, itu betina....besar betul tu...

Ikan Patin Sg Kelambu. Banting
Memerang akan mencuba lagi pada cuti hujung minggu ni.....memancing ikan patin dan keli.

Tip:
  1. Pakai buah berembang dan buah lakun kira umpan killer di sungai ni
  2. Roti, dedak dan roti canai cuma laku area dengkil.
  3. Ikan rakus meragut umpan semasa air sedang menongkah naik dan mula jernih
  4. Bahaya - tuan tanah tengah mengatal sebab musim mengawan terutama pada masa air pasang.

Isnin, 30 November 2015

Ikan Patin Dengkil area kabel Voltan Berkuasa Tinggi

Asallamuallaikum wbr kawan-kawan.....

Dah lama juga memerang tak turun Sg Dengkil. Semalam (29.11.2015_Ahad), memerang ada kesempatan masa ke Sg Dengkil. Bertolak dari umah jam 7.30pg. Sampai dengkil jam 8.15pg. Kebetulan semalam di dengkil ada pasar pagi. Memerang ronda-ronda cari nasi kerabu berlauk ayam percik dan air tea O. Biasalah bila jumpa kawan yang berbelanja dapur dekat pasar tu...sembang-sembang dulu. Memerang masuk port jam 9.15 pagi area kebun pisang, area kabel eletrik berkuasa tinggi tu. Pada sesiapa pernah memancing di Dengkil dah tahu area ni.  Jalan nak masuk area ni agak becah dan berselut merah akibat perlombongan pasir. 

Hasilnya, 4 ekor ikan patin dan 1 ekor ikan keli. 2 ekor ikan patin sedang-sedang dalam 2.5-3kg/seekor dan 2 ekor lg ikan patin "mini". Tepat jam 1.30 tengahari, memerang bergegas balik rumah untuk rehat dan sekadar melepas "gian" memancing.

Ikan Patin Dengkil - anggaran 2.5 - 3 kg / ekor
Tip;
  1. Pakai umpan gantung sekitar 1-1.5 kaki dari dasar sebab sungai dengkil berlumpur agak tebal di bahagian dasar sungai. Kalau tidak umpan anda tenggelam dalam lumpur. 
  2. Umpan mesti berbau

Isnin, 9 Mac 2015

Ikan Patin Buah Bukit Chaggang, Banting Selangor

Askm wbr semua kawan-kawan pelawat blog memerang...agar semua sihat sejahtera.

Pada hujung minggu, pada 7 Mac 2015. Memerang bergerak dengan tukang sauk yang tahun ni akan menghadapi exam tahun 6 ke lokasi Bukit Chaggang, Banting Selangor. Bertolak dari rumah jam 10.30 pagi. Sampai di lokasi sasaran memancing sekitar jam 11.20 pagi. Keadaan air sungai pada masa tu sedang surut. Memang sesuai lah...tidak apa yang nak di tangguhkan lagi. Memerang terus parking kereta ditebing sungai. Pada masa itu, memang banyak ikan keli sedang galak semasa bermain air yang sedang surut.

Berbekalkan pancing udang dan berumpankan cengkerik...apa lagi, memerang terus memburu sasaran keli sungai. Hasilnya dapatlah sebanyak 10 ekor keli sungai...keli Bukit Chaggang katakan....

Ikan Keli Bukit Chaggang, Banting Selangor
Anggaran berat dalam 3 kg


Pada belah petang selepas lunch dan sembahyang zohor. Memerang terjah lagi sasaran mencari si patin yang galak bermain air semasa lesu menunggu air pasang kembali. Berbekalkan 2 batang jorang 10 kaki dan batu ladung saiz 10 serta roti gardenia. Lokasi berhampiran pokok kekabu rendang betul betul dibawah talian eletrik. Pemburuan si patin berlansung sehingga jam 5.30 ptg. Hasilnya, dapat lah memerang daratkan seekor patin buah dalam anggaran 4.3 kg.

Ikan Patin Buah, Bkt Chaggang- Berat 4.3 kg
Saiz cover polytrean 2 kaki tu
Cuma disini memerang nak nasihatkan kepada pemancing-pemancing, kalau memancing sekitar kawasan Bukit Changgang ke kilang besi Mega Steal. Tolong berhati-hati terutama yang memancing pada waktu air pasang dan pada waktu malam. Kawasan ini, terdapat seekor saudara kita yang mendiami jajaran sini.  Anggaran mata kasar memerang dari jauh sepanjang 3 - 3.5 meter. Warna nampak kekuningan sedikit di bahagian bawah perut. Ingat, mulut jangan celupar dan teruskan memancing bukan niat kita nak berjumpa dengan saudara kita tu. Lagi pun saudara kita tu, bukanlah seperti saudara kita mendiami air payau tu seperti area Sungai Sarawak tu. Hati...hati... hati...ok

Tip:
  • Memancing patin, ambil kesempatan waktu air pasang surut adalah besar
  • Kalau memancing malam lebih efektif, patin bermain di tebing-tebing sungai mencari makanan dan hasil pancingan agak gadang.
  • Patin buah sangat sukar meragut umpan - gunakan kreatviti pemancing untuk memikat patin buah.
Wasallam....

Khamis, 26 Februari 2015

Ikan Patin, Olak Lempit

Askm kawan-kawan....

Operasi terjah sungai manggis tercetus apabila kecewa nak memancing udang galah di sungai perak tak terlaksana akibat hujan lebat pada malam raya cina. Tapi alhamdulillah dapat juga memancing keli di gate JPS.
Jadi, pada 19hb Feb memerang mengatur langkah ke Olak lempit lerrr. Hasil tidaklah banyak hanya 3 ekor patin dara dalam anggaran 3-4 kilo seekor dan 6 ekor ikan keli sungai. Memerang berbekalkan roti Gadenia bercampur dedak.  Dari kesempatan ini, memerang mengenal pasti beberapa lubuk strategik untuk diterjah pada hujung minggu ini. Hasil bedah siasat ke atas ikan-ikan ni...memerang dah sediakan umpan sesuai. Pada masa sekarang buah berembang dan buah lakun baru berputik. Memerang dah puas mennongkah tebing mencari buah-buah ni. Boleh dikatakan ikan-ikan patin disini memakan lumut - lumut didasar dan tebing sungai. Ikan - ikan patin yang besar-besar agak banyak kelihatan semasa air surut dan pasang. Memerang anggarkan dari kocakan air, ikan-ikan ini antara 7 - 13kg seekor. Pandai-pandai la kekawan buat umpan yeaa...

Cuma memerang nak ingatkan kekawan menebing tu...jangan terlalu bermain di gigi air sungai, terutama yang memancing waktu malam. Faham-faham la yeaaa...malas nak story panjang sangat. Memerang pernah terserempak.....dari belahan air sungai. Agak besar juga tuannya. Tapi ingat, niat kita nak memancing, mulut jangan celupar dan hati nak kering....hik hik.

Meragut umpan belah tengahari, semasa air mula surut.
Berat anggaran 2.3 kg.








Meragut umpan belah petang masa air mula pasang. Berat antara 3-4 kg seekor.











Sebelum terjah ke olaka lempit, memerang nak castting dulu sembarau, tengas dan memancing kelah di area Raub, Pahang. Ramai kekawan asyik story je....panas telinga memerang dibuatnya. Insyaallah hasilnya, memerang report minggu depan.

Tip
  • Guna pancing panjang - memerang guna 10 kaki.
  • Timah pemberat no. 10 - 12, kalau timah no 6,7 dan 8 umpan hanyut ke tebing . Air laju masa pasang surut..rasa kalau minggu depan dah nak pertengahan bulan melayu...air tak lah pasang tinggi sangat dan arus dah slow sikit.
  • Sediakan pancing kecil, sambil-sambil pancing ikan keli. Umpan cengkerik dan cacing, laju je di sebatnya.
  • Main bottom batu mati dan stanby satu jorang untuk balingan jauh, pakai batu hidup no.10 dan leader 40-60 Ib.
  • Pakai perambut 2-3 mata pancing, saiz 8 - 12. Lihat kesesuaian jorang kekawan.
"Memancing...memancing juga tapi solat jangan lupa"

wasallam...

Isnin, 21 Julai 2014

Ikan Patin Sungai Dengkil, Selangor

Salam sejahtera pembaca blog memerang sungai.

Dalam bulan puasa ni ada turun ke Sg Dengkil pada 19.07.2014, pada hari sabtu minggu lepas. Maklum hari cuti!!!..dari tidak ada apa-apa nak dibuat, selepas balik surau. Daripada tidur baik juga pergi memancing. Jadi memerang terjah secara solo, berumpankan roti biasa dan bancuhan rahsia plus perisa pandan dan strawbery. Sebenar bancuhan yang masih berbaki selepas memancing malam di Seri Bayu Tekala pada 12 Julai 2014, Sabtu malam minggu. Hasilnya tak lah besar sangat pun..seekor ikan patin dara dalam 4.30 kg..cam tu. Lagi pun niat nak test power umpan je.....terjah sungai tu dalam 9.30 pagi hingga 12.00 tgh...lepas tu balik rumah...solat dan tidur.

Ikan Patin Sungai Dengkil, Selangor
Sebenarnya ikan patin di Sg.Dengkil boleh dikatakan banyak di lokasi-lokasi dikenal pasti. Umpan roti dibawa tidak begitu berkesan untuk menarik ikan patin memakan umpan. Ada sesiapa berminat perlu membuat bancuhan umpan lebih kepada masam dan hanyir seperti menggunakan perut ayam yang di blander dan ambil air tapisan tuuu...untuk bancuhan roti. Selamat mencuba...
Wasallam.

Isnin, 2 Jun 2014

Ikan Patin Sungai Dengkil

Askm wbr...
Memandangkan dah lama sangat tak menyelinap Sg Dengkil, pada hari sabtu penutup bulan Mei 2014. Memerang tinjau-tinjau Sg Dengkil. Berbekalkan umpan roti gardenia dan palet perisa pandan. Dapatlah memerang mendaratkan seekor Ikan Patin, sepatutnya dua ekor didaratkan. Yang seekor lagi sempat menyelinap di dalam semak pokok tebrau tebing sungai. Masa tu...memerang tengah makan, tak sedar pancing dah mengena...sedar-sedar pancing dah melentuk, lihat-lihat ikan dah dalam semak. Puas memerang kerjakan tak naik-naik. Last-last tusssss...ler!!!. Nasib...dah memang dah tidak ada rezeki.

Kalau dua tiga hari lagi cuaca masih panas, pasti ikan mula mengena area dengkil. Bagi otai-otai dengkil boleh sediakan umpan power masing-masing. Insyallah dlm dua minggu lagi memerang cuba lagi. Sebab minggu depan nak terjah laut dan muara sungai pantai timur....musin sotong katakan. Ada info memerang tulis lagi.

wasallam..

Sabtu, 8 Mac 2014

Sungai Langat - Banting

Dari November 2013 sampai skrg blm renew lesen lagi. Maklum sekarang ni musim panas sangat. Pancing pun dalam proses baik pulih..esok sabtu rasanya dah siap sepenuhnya. Rasa hari minggu blh mengeteh tebing sg langat, mengendap si patin dan ikan toman. Rasa-rasa dah berkumpul elok di lubuk-lubuk Sg Langat.  Sambil tu boleh mancing udang galah...rasanya udang tengah banyak. Apapun lihat hasilya nanti. Insyallah...

Rabu, 16 Oktober 2013

Sungai Langat - Dengkil, Selangor - Part 2

Hasil terjahan di Sg Dengkil / Banting pada 13 Oktober 2013. Walaupun pada mingg lepas hujan lebat, menyebabkan air sungai agak tinggi dan keruh. Ikan-ikan sungai tidak galak meragut umpan, terpaksalah menapak dari lubuk ke lubuk sepanjang Sg Dengkil / Banting. Hasilnya tidak begitu menggalakkan, hanya 3 ekor Ikan Patin dapat didaratkan. Abee akan cuba lagi bila cuaca mengizinkan, pasti banyak lagi patin-patin di Sg dengkil / Banting dapat di daratkan pada hujung minggu hadapan. Semuanya bergantung kepada faktor cuaca hendaklah panas sepanjang minggu ini.

Gambar-gambar yang dirakamkan hasil memancing minggu lepas. Hasil minggu ini semua anak aku daratkan, cuma aku bagi dorongan bagaimana nak buat kawalan pancing dan layan ikan. Berpeluh dan menggelatar juga si cilik aku ni, tapi semangat dia kuat. Kira minggu ini, proses perturun ilmu. Pada mulanya, aku tak percaya apa dia cakap. "Papa hari biar ajad karau sahaja, kalau ikan kena pancing". Terfikir juga, biar betul dudak ni. Ternyata semangatnya kuat. Syabaaaassssss...ilmu dah boleh di perturunkan sedikit demi sedikit.

Berapa kilo agaknya?

Ini dia pemancingnya..tapi bersemangat.
Report seterusnya, lihat keadaan cuaca pada penghujung minggu ini.....tungggguuuuu
Insyaallah.

Isnin, 23 September 2013

Sungai Langat - Dengkil, Selangor - Part 1

Semalam 22 September 2013, sebenarnya menduga Sg. Dengkil bukan satu plan terjahan yang terancang. Dalam duduk berfikir pagi-pagi buta. Teringat kata-kata seorang otai yang aku jumpa dekat kedai pancing di Kepong dua minggu sebelum tu. Otai tu bernama Alif dari Banting, Selangor.  'Kalau abng nak memancing datanglah ke Sg. Dengkil, Ikan Patin tengah mengamuk'. Umpan power di Sg Dengkil adalah roti canai...biar betulkan!!!.

Teringatkan kata-kata Alif tu...aku terus bancuh killer, boleh test power Sg Dengkil. Biasanya "killer" ni aku bancuh semalam baru cuba tapi kira boleh, sebab nak cepat. Sampai Sg.Dengkil dah pukul 10.30 pagi. Dekat tebing-tebing sungai dah ramai otai-otai pancing masing-masing menapak. Susah juga nak cari port, last aku buka port baru. Terpaksa meredah pokok teberau yang tebal di tebing sungai tu.

Hasil semalam boleh dikatakan berbaloi juga, sambil test killer katakan.

Lokasi lubuk Sg. Dengkil
Hasil Ikan Patin Sg Dengkil - 10 ekor
Banyak Ikan Patin rempit...hik hik 
Pandangan Sisi, tak besar sangat kan!!!
Trip lagi sekali kooottt..jadilah rezeki allah
Syukur...
Ikan Patin terbesar semalam, 3.5kg
Keseluruhan dalam anggaran 12 kg, sebab banyak ikan patin rempit. Trip lagi sekali kena cari lubuk area Banting. Pada aku test power killer dah berjaya. Lagipun semalam pakai mata besar saiz 24 - 27. Ikan Patin rempit banyak main cubit-cubit..malu-malu. Takutkan mata pancing yang besar tu...hik hik.

Wassallam.

Jumaat, 12 Julai 2013

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 1


Ikan Patin Dan Ikan Jelawat
Anakku, Ajad - Tukang Tangguk Ikan
Ikan Jelawat 2.5 kg
Ikan Patin, Ikan Jelawat dan Ikan Baung
Hasil Minggu Sebelum - Ikan Patin & Lampam Jawa 
Ajad & Patin Rempit

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 2

Askm wbr...

Minggu paling banyak rezeki - 6 ekor ikan patin, 1 ikan baung. Paling besar ikan patin 7.5 kg di Bestari Jaya. Ikan lampam Jawa banyak juga (tiada gambar). Bila balik rumah terfikir-fikir juga..kenapa hari ini ikan dapat banyak?. Jadi, aku dapat satu jawapan yang boleh dijadikan panduan bila nak terjah Bestari Jaya. 

Ikan Patin Bestari Jaya - 7.5 kg
Yang besar, gambar atas tu, aku daratkan pun tak sampai pun 10 minit. Pakai Jorang Lemax Lengan Panjang dan Mesin Okuma Epixor EF65B, 10 ball bearing. Lendut tu tetap lendut gak la..!!. Ada tak dimana-mana sungai ikan patin lebih besar lagi?..Sg. Bernam ke..Sg Pahang ke...macam ikan patin mekong tu...hik hik. Itu je rekod aku di BB. Rekod yang aku tahu dekat BB sehingga kini 11.7 kg. Aku  sentiasa mengidam catatan rekod ikan patin terbesar dimana-mana sungai. Lepas raya ni...aku akan cuba di Sg.Bernam...dan Sg. Pahang....tunggu dan lihat hasilnya nanti?. Insyallah...
  
Hasil Ikan Patin - 6 ekor. Berapa kg tu..?
Bergaya depan Gerai, Sirra Garden ..sorry bro
Gambar ni depan pintu kedai aku yang punya. Biasa la hidup KL kena cari duit lebih...hik hik. Sudi-sudi kiranya ada otai-otai pancing nak singgah makan, minum...boleh borak-borak pasal mancing yeaaaa. 
  
Alhamdullilah rezeki dari allah katakan...jom mancing!!!
 

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 3

Badan sangat penat balik dari main futsal di UUM, Sintok. Kedah. Igatkan nak rehat dirumah pada 1 July tu. Balik dari surau baru jam 6.15 pagi...masih awal tu. Fikir-fikir..dari duk umah lepak-lepak saje ..baik lepak di Port Batang Berjuntai. Hari ini aku gerak seorang je..tukang tangguk ke sekolah, anak lelaki bongsu tu...ajad...biasa lah kan hari Isnin. Pukul 5.30 ptg baru aku balik...sampai rumah dekat maghrib dah. Biasa la tukang tangguk aku tu, selalu kecoh...papa gi mancing juga ke hari ajad sekolah?. Itu soalan di ajukan kalau di tinggalkan...biasa budak-budak..kan hari sekolah...mana boleh ikut!!..Sebab tu kalau nak pergi mancing. Tukang tangguk @ sauk mesti selalu dibawa. 

Hasil hati tu 2 ekor je...1 Ikan Patin dan 1 ikan Jelawat.


Ikan Patin Batang Berjuntai - 7.1 kg

Dari maklumat yang aku ada, ikan patin jenis ni boleh membesar lagi sehingga mencecah 15 - 25kg. Kalau di biarkan hidup lama di sungai-sungai besar. Malang dah rezeki aku...jadi lauk je la. Aku daratkan pakai rod lemax 10 kaki dengan mesin okuma Trio 55. Masa tak sampai 10 minit. Insyallah...aku akan cuba darat yang terbesar di mana-mana sungai. Bukan nak bangga tapi 'nice' tu..masa ikan tarik sampai ikan di daratkan. Aku cukup puas bebbbb!!!


Ikan Patin..dekat Bestari Jaya


ikan patin lagi...tak besar sangat lah tapi syukur..rezeki katakan.

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 4

Hasil pancingan pada minggu penutup nak puasa. Tak la banyak sangat hanya 4 ekor. Trip ni bersama rakan, Pak Muda dari Setapak Jaya. Kalau dah rezeki katakan, hari tu sepatutnya ikan dapat didaratkan sebanyak 7 ekor. 1 ekor putus perambut sebab perambut kecil sangat dan 2 ekor lagi putus perambut akibat sangkut di kayu2 dlm sungai tu, gara-gara nak bagi lesen Pak Muda yang bangau sepanjang hari tu. Satu ekor aku sedekahkan Pak Muda, nanti balik ...faham-faham je la.





Lepas raya ni..ingat nak terjah lagi lubuk ni tapi hati berat nak ke Sg. Bernam. Dengar cerita dari otai2 air dah banyak surut. Musim ikan Belida, Patin, Toman & Baung. Betul gak dia orang cakap...kan dah masuk bulan Julai ke Ogos. Best gilerrrr tuuu. Ada yang nak ikut?