Memaparkan catatan dengan label Lubuk Sungai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lubuk Sungai. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong . Pahang - 2

Askm kekawan....

Pada 10 Okt 2015 (Ahad), memerang ada meninjau satu lubuk ikan di hightway Karak. Keadaan lombong agak baik dan sesuai untuk memancing malam tapi secara berkumpulan. Memerang ada menduga untuk meninjau penghuni lombong tersebut. 

Dari tinjauan memerang, lombong ini di huni Ikan Patin, Kaloi, Ikan Kap, Ikan Keli (badan hitam dan perut putih), Ikan lampan jawa dan seangkatannya. Pada hari tersebut berlaku kejutan. Memerang ternampak ikan yang agak besar timbul dipermukaan dari jarak 50 meter. Berbandan agak kekuningan, panjang dalam anggaran 1 meter. Apakah itu ikan atau apa makluk apa lagi dalam lombong tu...kalau itu ikan, sememangnya besar. Lentuk pancing dibuatnya.

Pada asalnya, lombong ini nak dijadikan tempat Jackport memancing, banyak ikan dibela dan dilepaskan ke lombong. Itu maklumat yang memerang perolehi dari taukeh lombong pasir di sungai berdekatan. Sekarang dah terbiar....jadi la lubuk memancing bagi kaki pancing area Bentong.
Tip;
  1. Bawa umpan dedak, sawit peram dan cengkerik 
  2. Sesuai untuk memancing malam atau selepas hujan sebab air agak jernih, ikan bermain di tengah lombong.
  3. Memancing secara berkumpulan sebab kawan sekitar semak samun...faham-faham la yea.
Wasallam....

Rabu, 7 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong. Pahang - 1

Askm.....
Lubuk ini memerang terjah minggu lepas pada 5 Oktober 2015.  Nampak Ikan Patin moster melibat permukaan air begitu galak sekali. Sebenarnya, memerang dalam usaha mencari lubuk baru setelah lubuk-lubuk di Sg. Dengkil -Banting, Sg. Bestari Jaya - Bkt Tagar dah puas memerang bertapak. Lihat hasilnya nanti. Target Ikan Patin , Ikan Kaloi Dan Ikan Baung.......Insyaallah.

Pandangan dari Lebuhraya
Keadaan Lubuk 1 -belah pagi
Sekadar Menduga & Pemerhatian target
 Kalau ada kekawan nak komplot tu boleh roger memerang....tunggu umpan sawit peram memerang masak elok sedikit.

Tip;
  1. Tinjau Lubuk dan Target sasaran sebelum memancing

Lubuk Cengal, Ketereh.Kelantan

Askm kekawan semua.....
Pada kesempatan balik kg pada Cuti Raya Haji lalu. memerang sempat menjenguk lubuk yang biasa memerang memancing pada tahun 90an, kira-kira 20-25 tahun lalu, ya masa baru belajar memancing.  

Keadaan lubuk Cengal sudah tidak seperti dulu, keadaan sekitar agak semak, lubuk dah cetek barbanding dulu dan air kekeruhan. Pada masa lalu lubuk ini sangat dalam sekitar 20 kaki, di sesetengah selekoh sungai mencapai lebih 25 kaki. Cuba bayangkan kalau menembak toman, terpaksa memacak sebatang buluh untuk di jadikan tempat berpegang semasa menyelam didasar sungai untuk mengambil ikan toman yang di tembak.

Dari pemerhatian memerang, di lubuk Cengal masih ada penghuni moster yang mendiami kawasan lubuk dalam seperti Ikan Patin, Toman/Haruan, Ikan Belida dan Ikan Lampam. Kemungkinan juga ada ikan Kaloi. Memerang pernah mencatatkan kenangan mendaratkan Ikan Belida seberat 13.5 kg pada masa lalu berumpankan udang hidup. Dari cerita mertua memerang, dia pernah menembak Ikan Toman seberat  hampir 12 kg.

Semasa memerang terjah pagi 26 September 2015, air lubuk agak dalam dan kekeruhan sedikit disebabkan gate di empangan Kemubu dilepaskan. Pada pagi tu cuma ikan lampan yang sudi menjamah umpan. Dapatlah memerang bawa pulang 7 ekor lampam untuk dibuat lauk.

Tip :
  1. Memancing semasa paras air berada di bawah paras kaki-kaki rumput/pokok di tebing lubuk. Kalau paras air dalam ikan agak sangat galak dan ikan-ikan usang/lama di sini agak liar, selalu bermain di bawah semak-samun dan ranting-ranting pokok.
  2. Memancing masa air keruh sedikit dan cari lubuk sesuai di bhg belah bawah jambatan yang masih belum diterjah.
  3. Umpan  disini, Ikan lampam (Baca blog sebelum ni, memerang dah bagi tip), Patin (Dedak & sawit peram dah cukup lebih kepada bau busuk cacing dan tanah) Ikan Belida ( Udang Hidup, Ikan Puyu) Ikan Toman/Haruan ( Ikan keli - bukan anak keli tau!!!, Belut hidup khas untuk toman) Ikan Kaloi   ( sawit peram) 
  4. Ikan di sini sensitif pada bunyi bising . p/s belah atas bunyi bising jambatan besi bila ada kederaan lalu.
Selamat mencuba, memerang berminat dengan Ikan Patin dan Belida disini...tunggu awal tahun nanti memrang terjah lagi....Wasallam.

Rabu, 9 September 2015

Port Lombong - Aliran masuk / keluar Air Sungai

Askm kekawan semua....tentu sihat.

Memerang ada meninjau port baru pada 3 September 2015 dalam perjalanan ke Kuantan. Port ini masih meriah dengan ikan-ikan moster. Dari sumber otai-otai disitu, memerang dimaklumkan ada terdapat banyak ikan patin, ikan baung,ikan kaloi, lampam Jawa dan udang galah mendiami lombong. Kedudukan lombong agak jauh dari jalan utama dan di kelilingi ladang kelapa sawit. Kedudukan lombong agak strategik, ada aliran keluar / masuk air sungai ke dalam lombong. Dari tinjauan memerang selama 2 jam di sekitar lombong, terbukti kata-kata otai disitu.

Pemerhatian memerang memang terdapat ikan patin mega, melebihi 10 kg mendiami lombong tersebut. Dari pergerakan ditebing berumput dan daun di tebing memang terdapat ikan kaloi atau ikan tongsan disitu. Dari olak permukaan air memang terdapat ikan lampam jawa. Mungkin lombong ini ada "tuan tanah" yang kita selalu berwaspada masa memancing. Kalau ada "tuan tanah" tentu ada udang dan ikan baung.

Masalahnya, otai disitu selalu mengeluh sebab ikan disitu tak mahu makan umpan dihidangkan. Memerang tengah fikir-fikir apa umpan sesuai bagi menjerat moster di lombong tu....tunggu hasilnya nanti....insyallah ada rezeki nanti. Memerang ada mengenal pasti 3 port baru di sekitar lombong tu yang bersambung dengan aliran masuk/ keluar air sungai. Ada nak komplot dengan memerang ke?...roger-roger la yeaaaa.....Nah....ni situasi lombong tu....


Tip;

1.Tinjau port nak memancing sebelum turun memancing, kenal pasti target yang hendak dipancing.
2.Tanya otai-otai kawasan nak diterjah - keselamatan, ikan mendiami kawasan target, umpan selalu otai pakai untuk memancing di kawasan target.
3.Fikir umpan sesuai untuk memancing kelak
4.Fikir main umpan bottom ke....main umpan apong.

Selamat mencuba....
Wasallam....

Selasa, 8 September 2015

Port Wak Jangut, Banting

Askm kekawan semua....

Disini cuma memerang nak perkenalkan satu port yang boleh dikatakan berbaloi bila memancing semasa air pasang tinggi. Ikan Patin selalu jadikan port ini sebagai laluannya. Kalau memancing waktu malam lagi baik...tapi kena berkawan ramai-ramai. Port ni di panggil Pot Wak Janggut, sebelah belakang selekoh Sg.Potong dekat Bandar Mahkota, Banting.

 
Tip;
1.Umpan pakai buah berembang dan buah lakun untuk ikan patin besar.
2.Kalau cacing hanya ikan patin kecil yang makan.
3.Pakai cengkerik untuk memancing ikan keli sebelum patin besar mengena.
4.Memancing semasa air  pasang besar / mati/ tinggi - paling efektif.
5.Kawasan ini juga banyak toman/haruan semasa air pasang, anda boleh sediakan jorang casting. Lebih efektif guna umpan hidup anak keli atau anak ikan tilapia merah.

Selamat mencuba....memerang nak pindah port baru, dah bowring  port area banting. Wasallam.

Rabu, 1 April 2015

Lubuk Di Sungai Bukit Chaggang Dan Olak Lempit-Banting

Askm kekawan...sihat?

Pada kekawan yang ada terluang masa pada hujung minggu boleh lah mencuba lubuk-lubuk yang memerang cadangkan. Semua lubuk-lubuk ini di sepanjang sungai Manggis. Bermula dari Bukit Chaggang menghala ke Banting. 

Target sasaran Ikan Patin dan Ikan Keli sungai. Perlu di percerahkan, ikan patin disini begitu sukar memakan umpan. Tidak seperti area Sg Dengkil yang boleh didaratkan menggunakan umpan roti. Bawa ramuan power otai-otai untuk mencuba. Kalau pakai cacing gelang, ikan patin sekitar 1 - 3 kg akan menggena tapi yang lebih besar...faham-faham je la....pandang olak air jeeeaaa. Nak pecah kepala memerang fikir ramuan baru untuk ikan patin moster area ni.....tapi tunggu nasib dan rezeki nanti. 

Ikan keli, sila pakai umpan cengkerik. Syok juga memancing ikan keli sambil menunggu pancing ikan patin mengena.

Lubuk Ikan : Olak Lempit - Banting
Lubuk area ini agak terang, tidak begitu sunyi dan tepi jalan besar.
Lubuk Ikan : Dari Bukit Chaggang ke Kilang Mega Steall










Lubuk disini agak sunyi dan agak ke belakang kampung. Pastikan anda berteman






Selamat mencuba....wsallam

Rabu, 16 Oktober 2013

Lubuk-lubuk Di Sungai Langat - Dengkil / Banting, Selangor

Hasil tinjauan lubuk-lubuk di Sg Dengkil hingga ke Pekan Banting yang sempat di tinjau pada 12 Oktober 2013. Lubuk-lubuk ini akan di terjah bila musim panas dan Sg Sungai mula mengering. Pasti banyak Ikan Patin Mega di Sg. Dengkil / Banting dapat di daratkan nanti.
Insyaallah...

Dari lubuk-lubuk ini. abee akan cuba daratkan Ikan Pantin mega. Kalau ada otai-otai patin nak cuba di lubuk-lubuk ini. Dipersilakan...lepas tu report. Cuma nak tahu berapa besar ikan Patin mega yang ada di dasar Sg Dengkil ke Banting ini. Buat masa sekarang, lubuk-lubuk ini ditenggelami air. Musim hujan katakan...

Isnin, 7 Oktober 2013

Sungai Tangok, Jelawat Kelantan

Sungai Tangok adalah nama popular bagi penduduk Bachok, Bakelan dan Jelawat. Bagi penghuni luar sungai ini dipanggil dengan berbagai nama . Hasil tinjauan minggu lepas pada  29 Sept - 4 Okt 2013. Sungai Tangok memang dalam dan banyak lubuk - lubuk yang boleh diduga oleh otai-otai pancing. Sungai ini didiami oleh berbagai spesis ikan terutama ikan Patin, ikan Toman dan Ikan Haruan. Boleh dikatakan sepanjang sungai Tangok adalah lubuk ikan.

Hasil daripada pemerhatian sepanjang meninjaun lubuk sungai ini. Ikan Patin di sungai ini akan meragut umpan pada musin air surut / kering / kemarau. Saya jangkakan pada bulan Jan- April, iaitu selepas air banjir di Pantai Timur mula surut dan musim kemarau mula tiba. Ikan Patin disini boleh mencecah 8 - 18kg/ seekor kalau berjaya didaratkan. Jangkaan dari libasan dan olakan air semasa ikan-ikan patin timbul di permukaan.  

Begitu juga bagi ikan-ikan Toman dan Haruan disini. Kalau berjaya didaratkan boleh mencecah 4 - 5kg/seekor. Besar tuuuu. Buat masa kini, ikan-ikan Toman /Haruan sesuai ditangkap secara casting atau menggunakan umpan hidup seperti anak ikan keli, anak udang galah dan anak ikan kap. Ikan-ikan disini akan mudah di daratkan pada musin kemarau. Pada masa sekarang Pantai Timur mula menerima hujan disebelah petang dan ribut petir. Air sungai sejuk dan tidak sesuai untuk menduga Ikan Patin dan Toman / Haruan. Kalau nak casting juga, hanya mencari toman/haruan yang aktif bertelur dan menjaga anak yang sudah menetas.

Bagi otai-otai yang tak terbiasa di lokasi lubuk-lubuk sungai Tangok, harus berhati-hati. Sebab, sungai ini didiami oleh Sang Bedal.




    
Kawan akan cuba daratkan Ikan Patin di sungai Tangok pada awal Januar1 - April 2014. Siapa rasa berani cuba laaaa yeaaaa.

wasallam.

Selasa, 10 September 2013

Lubuk Ikan Patin - Sg Belat / Sg Kuantan

Assalamuallaikum wbr...kawan-kawan otai pancing. Terima kasih kerana sudi melawat blog memerangsungai.blogspot.com. Penulisan kali ini nak menyentuh tentang lubuk ikan Patin yang telah di lawati pada hujung bulan Ogos 2013.

Lubuk-lubuk ini telah aku lawati pada 31 Ogos 2013 lalu. Masa itu jam 5 petang. Lubuk terletak jalan gambang ke Tangkak. Jarak dari persimpangan gambang ke simpang masuk ke lubuk ini kira-kira 1- 1.5km. Jalan masuk merupakan jalan berpasir melalui kebun kelapa sawit muda. Kalau otai redah sampai ke penghujung jalan ni akan jumpa kebun sayur, tu kira last jalan la. Antara perjalanan masuk banyak lubuk-lubuk ikan di kiri dan kanan jalan. Lubuk-lubuk ini sebenarnya bekas lombong bijih besi di zaman british yang ditinggalkan. Faham-faham sendiri sejarah Sg. Lembing, Pahang.

Kawan hanya nak ceritakan tertumpu pada lubuk A dan lubuk B yang kelihatan banyak ikan Patin. Ikan-ikan lain banyak juga seperti ikan baung, ikan lampam jawa dan Tilapia. Kedua-dua lubuk ini bersambung dengan Sg Belat dan Sg Belat bersambung dengan Sg Panching. Semua Sungai-sungai ini bersambung menjadi Sg Kuantan. Semua sungai-sungai ini terdapat banyak udang galah.

Lubuk / lombong A terletak hampir dengan penghujung jalan dekat dengan kawasan penanaman sayur. Lubuk ini taklah besar sangat terletak sebelah kiri jalan. Kalau otai-otai lalu disitu pasti nampak laluan masuk dekat pokok rendang, berhampiran selekoh jalan. Sebelah kanan jalan ada lubuk kecil. Kedalaman lombong ini lebih 25 kaki...hik hik. Disebabkan lombong ini bersambung dengan Sg Belat sudah tentu menjadi tempat pembiakan ikan patin dan udang galah. Maklumat yang aku perolehi ikan patin memang banyak. Kenapa?. Pada musin banjir apabila air sungai naik tinggi, ikan-ikan mula berhijrah masuk dari Sg Belat masuk ke lombong ini untuk bertelur dan membiak disini. Ikan-ikan Patin disini agak liar dan sangat sensitif kepada bunyi bising. Ikan Patin akan kelihatan pada sebelah pagi dan waktu petang. Pemakanan ikan patin di lombong ini hanya lumut-lumut pada batu dasar sungai. Ikan-ikan disini susah untuk makan roti yang selalu kita semua buat umpan tu. Ini yang menjadi persoalan. Apakah umpan terbaik untuk ikan patin ini ?.   
Lubuk / Lombong di Gambang - Lubuk Ikan Patin
dan Udang Galah
Berkenaan lubuk B. Lubuk / lombong ini lebih besar dan panjang terletak sebelah kiri jalan masuk, sebelum otai jumpa lubuk A. Ikan patin memang banyak, ikan-ikan baung agak besar sampai mencecah 1 - 2 kg seekor. Udang galah dah tentu banyak dan besar-besar mencecah 400 - 500gm seekor. Di akui kawan aku yang tinggal di Bt.10 Kuantan, ikan patin disini kalau dapat daratkan mencecah 15 - 23kg. Bebaloi tuuu..Aku percaya dari dari libasan memang patin-patin disini cukup besar dan disokong seorang otai, kira penunggu setia lubuk-lubuk ini. Otai ini pernah daratkan ikan patin seberat 28kg dikolam ini. Bagi kawan bukan patin dah ni tapi bapak patin. Rata-rata kolam ini mencecah kedalaman lebih 25 kaki, air agak gelap kebiruan. Di bahagian belakang kolam B, banyak lagi kolam-kolam lebih kecil yang banyak ini tapi tak sempat nak redah sebab hari dah nak maghrib.

Kalau nak datang memancing di kedua-dua lombong ini, fikir umpan terbaik untuk ikan patin dan udang galah. Sebab pemakan ikan disini lebih kepada lumut dasar lombong dan ikan fresh. 

Cuma nak ingatkan otai-otai yang redah kawasan ini. Dikolam B, aku dah tandakan dengan titik-tik merah dalam peta tu. Kawasan lubuk terdapat penjaga lubuk, 2 ekor 'pak saudara' sebesar lebih kurang kereta kancil yang selalu menonjol diri di dataran berpasir (titik merah belah kiri sekali). Jangan memancing di kawasan berpasir,otai-otai akan nampak dataran berpasir bila datang memancing disini. Kedua kawasan titik merah tengah dan ketiga (kiri sekali) ada penjaga juga. Dilokasi ini kawasan lintasan ular tedung selar atau 'naga bore'. Ular akan membuat lintasan dari arah tanjung yang menghala dari tengah sungai ke bawah pokok rendang dihujung tasek tu.. Seolah-olah menunjukkan diri bahawa kawasan itu dia yang punya. Kedua-dua makluk tuhan ini tidak pernah mendatangkan masalah kepada pemancing sehingga kini. Cuma aku nak ingatkan sahaja. Biasakan,"kita pemancing tegar, disitu ada benda allah ni...situ juga diredah, kalau tak mana ada ikan, udang..."

Berhati-hati semasa memancing, berserah pada allah...insyaallah selamat.

Wassallam...

Isnin, 5 Ogos 2013

Lubuk - Sungai Bukit Tagar

Sabtu lepas masa agak free sikit. Fikir-fikir puasa dah nak habis, raya dah dekat...dari duk rumah baik aku jenguk-jenguk lubuk Sg Bukit Tagar. Berbekalkan motosikal yang aku isi minyak full tang dan bawa spare full botol. Ape lagi tengok port la....sesat jugak dalam Bukit Tagar tu. Biasa, kita anak kg tahu cam mana nak cari jalan keluar.

Hasilnya, dapat aku tunjukkan gambaran port tu.....






Nak kira baik..tak juga...boleh lepas gian mancing lepas raya ni, sebelum masuk Sg. Bernam. Petang ni balik kg, terjah Sg. Tangok, Bachok kelate dulu...nak rasa tarikan Ikan Patin Tangok, dengar-dengar besar jugak...insyallah.

Lubuk Ikan Sungai

Ramai juga bertanya pasal lubuk ikan. Kadang-kadang susah juga nak jawab. Dua minggu lepas ada otai bertanya...bang saya selalu  membangau, macam mana nak lubuk ikan?...nak ikut abang mancing sekali boleh?..hik hik...tersenyum aku...sekali aje laaa. Kesian gak aku lihat budak tu. Namun berdasarkan sedikit pengalaman aku cuba jelaskan.  Sampai soalan kedua tu tak terjawab...dia terus belah...sampai lupa soalan kedua blm terjawab..eemmm. Dari pengalaman disini saya cuba memberi panduan untuk mengenali lubuk-lubuk ikan.
Lubuk kebiasanya adalah bahagian yang dalam atau agak dalam  berbanding kawasan sekitarnya di sepanjang laluan sesebatang sungai. Lubuk di bahagian hulu sungai agak berbatu, aliran air agak laju. berkayu dan banyak daun-daun dan ranting kayu yang repot di dasat sungai. Keadaan lubuk di hulu sungai agak sempit berbanding dengan bahagian pertengahan dan hilir atau hampir dengan kuala sungai. Lubuk akan terbentuk diselekoh-selekoh sungai, kawasan ada batang-batang pokok balak atau pokok tumbang, jeram-jeram dan seumpamanya. Namun, saya bahagikan kepada  tiga (3) bahagian untuk dijadikan target sasaran iaitu ; lubuk, laluan ikan (antara lubuk ke lubuk) dan kawasan hampir hilir sungai (kawasan datar hampir dgn muara sungai).

Contoh Lubuk (1)
Contoh Lubuk (2)












Lubuk sungai dengan ciri-ciri biasanya ;

    - Kelihatan agak luas dari bahagian atas dan bawah, airnya agak tenang dan gelap;
    - Arus air yang mengalir masuk / keluar perlahan;
Laluan Ikan (1)

    - Kadang -kadang terdapat pusaran air seperti di hulu sungai, selekoh sungai;
    - Lubuk sg terjadi sempit (sg bahagian hulu), agak luas ( bahagian pertengahan & hpr muara)

    - Kawasan ditumbuhi pokok teberau, semak seperti rumpun buluh, teberau, pokok besar, tunggul kayu, sampah sarap, tebing berlubang dll.
    - Habitat - biasa didiami ikan yang besar dan bersifat meragut serta melarikan umpan.


p/s:Buatlah keputusan yang bijak utk memancing kawasan ini. Hasil sangat berbaloi. Harus diingatkan, tidak semua ikan tinggal dilubuk menacari makan di lubuk. kadang kala mencari makan antara laluan lubuk ke lubuk.

Laluan Ikan (2)
Kawasan laluan ikan dengan ciri-ciri biasanya ;
    - Biasa sungai dlm keadaan lurus, kedudukan antara dua (2) lubuk diatas dan dibawah.
    - Arus air tidaklah laju, airnya agak dalam juga
    - Kawasan laluan ini, kadang kala tidak berkayu. kalau ada kayu taklah begitu banyak; 
    - Habitat - biasa didiami ikan-ikan putih, ikan-ikan kecil ,kaloi, udang (kasar-pada masa air tinggi) seumpamanya. Kebiasaanya, menjadi tempat laluan ikan besar.
 
p/s: Di ingatkan memancing kws ini boleh juga dapat ikan tapi lihat keadaan cuaca, kalau cuaca dah panas sangat ikan dah mula masuk lubuk. Di kawasan laluan banyak jadi tumpuan setengah otai-otai pancing sebab tak sangkut, lagi-lagi datang lambat hari dah panas ikan dah msk lubuk. Sebab tu selalu bangau memanjang.

Kws Datar sungai ke muara/kuala
Kawasan hala ke kuala / muara (Kws datar) ;
    - Biasanya sungai lebih luas dan lebar
    - Air agak tenag sangat tapi aliran air bahagian dasar agak laju sedikit dan dari tebing ke tebing.
    - Sungai agak berlumpur, terbentuk beting pasir dll
    - Habitat ; Udang (kecil), ikan-ikan nipis/ putih.- lbh kepada ikan/hidupan air payau.
    
Maklumat yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman saya yang amat cetek. Sebarag komen dari otai-otai pancing ke...sesiapa ke...komen je la labu
....

wasallam.