Khamis, 25 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 3 - Cara buat mata..

Askm wbr....
Siri kali ini, aku nak ceritakan....Bagaimana nak mengikat mata rambai / mata bomb. Nak aku jelaskan, kekemasan buatan mata rambai / bomb yang telah siap bergantung kepada ketelitian dan kemahiran otai-otai itu sendiri. Lihat langkah demi langkah seperti dibawah :

Mata Pancing siap diikat
Langkah 1.
Ikat mata pancing seperti gambarajah disebelah. Dengan panjang perambut sepanjang sejengkal. Potong dan biarkan lebihan hujung ikatan tangsi lebih kurang 1-1.5cm.






Contoh 2: Ikatan 3 mata
Contoh 1 : Ikatan 4 mata
Langkah 2.
Buat ikatan di ring. Jarak antara mata pancing dengan ring diikat sekadar 4 - 7 cm. Tinggalkan lebihan ikatan hujung lebih kurang 1-1.5 cm. Tujuan bagi menyerap tegangan dan mata tak mudah tttuuuussss. Faham!!!...

Langkah 3

Buat ikatan seperti ditunjukkan gambar sebelah. Potong dawai stainless steel lebih kurang sejengkal ( 8 inci). Buat simpulan, masukkan kekili dan manik. Manik bahagian hujung perlu lebih besar bagi menggelakkan 'ring' mata pancing tertanggal semasa tarik menarik dengan moster-moster.




Langkah 4

Masukkan ikatan mata pancing yang telah di ikat (no.2 diatas). Masukkan manik sekali lagi. Manik agak kecil sikit pun boleh, mengikut citarasa otai-otai. Pada hujung dawai buat simpulan dawai stailess steel sekali. Simpulan ini membiarkan ikatan mata pancing dalam kedudukan longgar. Pertimbangan perlu dibuat supaya masukan spring dan hujung simpulan tadi berada di tengah-tengah spring. Tujuan bagi memberi daya serapan rembatan atau sentapan atau ragutan ikan. Selain itu, memberikan kedudukan mata pancing dalam keadaan longgar dan boleh berpusing-pusing.
Langkah 5

Hujung simpulan dawai stainless steel tadi, Buat potongan dawai lain lebih kurang sejengkal atau ukuran kemasukan spring boleh lepas. Selepas itu, buat sambungan baru.






Langkah 6

Selepas buat sambungan, masukkan spring. Dinasihatkan pakai spring yang lebih panjang dan besar. Otai-otai kena pastikan sambungan dawai tadi berada di tengah-tengah spring. Lihat betul-betul gambar tu...Nampak tak?. Dah boleh bayangkan, bila ikan mengena spring akan berfungsi menyerap sentapan. Tali utama tak lah terbeban sangat.




Langkah 7

Selepas itu, masukkan manik besar dan buat simpulan hujung dawai stainless steel. Selepas itu, masukkan kekili. Selepas itu, potong clip pin pada kekili tu. Pada hujung kekili boleh berpusing tu, pasang 2 perambut mata pancing yang sama saiz.





Langkah 8

Gunakan pengasah atau kikir tadi bagi menajamkan mata rambai atau mata bomb tadi. Ketajaman mata pancing akan menentukan kadar sangkut ikan adalah tinggi. Terutama bagi ikan-ikan suka mengambil umpan secara ragut dan bawa lari.  Sehingga kini, aku gunakan mata rambai atau bomb ni boleh di katakan 99% berjaya. Aku selalu sesuaikan untuk pancingan dasar dan pancingan pertengahan menggunakan pelampung. Lagi seperkara lagi, fikir bagaimana nak bagi umpan digunakan power...'killer' katakan.

'sekali baling naik satu ikan' . Wasallam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing