Khamis, 1 Ogos 2013

Ikatan Mata - Ikan Lampam, Kaloi, Jelawat, Selat, Terbol...

Ikatan ini adalah inovasi baru yang aku praktikkan sekarang. Ikatan agak simple tapi praktikal untuk memancing ikan bersisik putih seperti ikan lampam jawa, ikan terbol, ikan merah pipi, ikan sembarau dan seumpamanya. Ikan-ikan seperti ini bermain di pertengahan air dikawasan air agak tenang dan sedikit berarus. Ikatan ini aku namakan 'ikatan tapak memerangsungai'.

Disini aku jelaskan, langkah demi langkah untuk membuatnya :

Langkah 1 :

Gunakan dawai trolling stell yang dijual dikedai-kedai pancing. Disini aku gunakan dawai bersaiz : 23 keras. Harga sekitar RM 7.00 - RM 9.00. Dinasihatkan, jangan gunakan dawai yang lembut.




Langkah 2 :

Potong dalam anggaran 8 - 10 inci sebanyak 2 potongan dan sepanjang 6 - 8 inci sebanyak satu potongan (2/3 dari potongan dawai yang panjang). Lihat gambar sebelah. 2 potongan sama lebih panjang dari yang satu lagi potongan.



Langkah 3 :

Buat simpulan di tengah - tengah dan masukkan kekili seperti gambarajah disebelah. Kelihatan 5 simpulan kelihatan sama panjang dan 1 simpulan nampak pendek sedikit. Tegakkan dawai - dawai yang panjang mengikut empat penjuru dan satu dawai menegak ke bawah. Gunakan lebihan dawai yang pendek bagi mengikat tegakkan kebawah supaya lebih kuat.
Langkah 4 :

Buat simpulan di hujung setiap dawai termasuk yang ditegakkan seperti gambarajah di sebelah. Buat perambut mata pancing dan buat ikatan di bahagian simpulan hujung dawai.




Langkah 5 :

Lebihan dawai berbentuk tegak tinggalkan kosong dan ianya boleh digunakan untuk mengikat batu / pemberat. Panjang perambut bergantung cara pancingan anda. 

Aku selalu praktikkan ikatan ini menggunakan pelampung dan saiz pemberat / batu 1/2 - 4. Panjang perambut pemberat / batu hidup sepanjang 10 - 12 inci. Umpan sesuai cengkerik, anak kerengga, anak tebuan, cacing, pallet merah, anak udang & anak ikan ( ikan sembarau ) dan seumpamanya. Ikatan tapak memerang ini memang berkesan untuk menangkap ikan-ikan putih. Selain itu, boleh mengurangkan kadar karauan untuk pengisian umpan pancing kita.

Ikatan tapak memerang telah mengantikan ikatan mata tunggal dan hasil pemerhatian ikatan mata rambai dan mata bomb. Ikatan tapak memerang begitu serasi dengan aku. Kebiasaanya, aku labuhkan 2 jorang dimana-mana port memancing yang diterjah. Strategi untuk menggelak dari membangau...hik hik.!!!. Paling tak pun balik rumah boleh buat lauk.

Untuk otai-otai baru cuba praktikkan cara ikatan tapak memerang ni....bagi otai-otai lama boleh komen apa sahaja.

wasallam.

1 ulasan:

boleh komen, tak kira kaki pancing