Memaparkan catatan dengan label Alatan Pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alatan Pancing. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2013

Umpan Pancing Yang Selalu Aku Guna - Air Tawar

Disini nak tunjukkan umpan - umpan yang aku selalu pakai semasa memancing.  Umpan juga penentu kita jadi bangau ke tak.....

Bancuhan Dedak - Bancuhan dedak ini kira umpan 'killer' yang selalu aku pakai. Bancuhan agak rumit, ukuran dan sukatan dan mengambil masa 2 - 3 hari selepas bancuhan baru boleh digunakan. Bancuhan ini selalu digandingkan dengan bancuhan roti gardenia....peeerrhhh memang power.

Kegunaan - Ikan Patin, Tenggalam, Ikan Jelawat, Ikan temoleh (+ ramuan lain lagi), Ikan Lampam Jawa (ikan-ikan bersisik putih seumpamanya). Kadang - kadang ikan baung pun rembat.

Umpan Tapa - Umpan tapa kira special juga bagi aku. Kira 'killer' juga dalam memburu ikan jenis bermisai dan berjanggut...hik hik. Bancuhan mudah sahaja tapi tempoh peraman agak lama, kadang lebih 3 bulan. Yang di tunjukkan ini, dah 5 bulan disimpan.

Bancuhan umpan tapa menjadi begitu power dalam memburu udang galah. Biasanya digunakan bersama umpan Cacing merah (yang lembik), Anak udang bendang (udang nasi), Isi ikan Haruan, Umpun-umpun dan seumpamanya. Power 'killer' jadi lagi special bila di gandingkan bersama mata special memancing udang galah.

Kegunaan : Ikan Baung, Udang Galah, Ikan Baung Kenerak, Ikan Keli, Ikan Keli Limbat, Ikan Ngek-ngek, Ikan Duri, Ikan Sembilang dan seumpamanya.

Kelapa Sawit Peram - Pada setengah otai pancing, kelapa sawit peram begitu special sebagai umpan pancing. Umpan kelapa sawit peram begitu universal di semua sungai. Aku tak selalu gunakan sangat tapi selalu bawa kemana-mana lubuk di terjah. Strategi elak jadi bangau bila semua umpan lain tidak di jamah ikan. Umpan kelapa sawit peram mengambil masa agak lama untuk menjadi 'killer'. Proses peraman mengambil masa paling tidak 3 minggu. Diperam bersama bancuhan special. Kelapa Sawit peram ni, kalau pandai simpan boleh tahan sampai 6 bulan hingga 1 tahun.

Kegunaan : Semua jenis ikan suka makan

Udang Nasi / Udang Bendang - Tangguk di bendang-bendang padi, lubuk-lubuk sungai, lopak-lopak air lama, lombong-lombong dan seumpamanya. Biasanya, di lokasi sampah sarap tempat - tempat diatas.

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Sembarau, ikan selat, ikan - ikan jenis ikan putih.
Cengkerik - Cengkerik ada jenis besar dan kecil. Kalau dekat kampung-kampung banyak dalam semak samun, timbunan sampah sarap. Kalau jenis besar biasanya lubang cengkerik di korek. Nak senang beli sahaja di kedai-kedai jual ikan.

Kegunaan : Semua jenis ikan bermisai suka seperti Ikan Baung, Ikan Keli dan seumapanya. Kadang kala guna untuk mancing ikan Kaloi.

Kelkatu - Biasanya banyak keluar pada musim hujan. Jenis ini agak kecil sedikit, ianya di panggil kelkatu anai-anai.Kalau nak dapatkan yang lebih besar kena pandai gali kawasan busut di kebun-kebun pada musim hujan. Di bandar kuala Lumpur ni mana ada. 

Kegunaan : Ikan Keli, Ikan Puyu, Ikan Haruan dan semua jenis ikan nipis. 

Pallet Merah - Beli di kedai pancing.

Kegunaan : Ikan Lampam Jawa, Ikan Tilapia (Merah/Hitam) dan jenis ikan putih di lombong - lombong dan sungai.
Ulat Sawit / Ulat Sagu - Boleh didapati di pokok-pokok Kelapa Sawit / Sagu / Batang Kelapa tumbang dan dalam proses pereputan.

Kegunaan : Ikan Patin, Ikan Temoleh




Udang Galah - Beli dikedai-kedai jual ikan hiasan, kolam-kolam pancing udang, Kail sahaja di sungai.

Kegunaan : Ikan Belida, Ikan Tapah

Cacing - Gali di kawasan tanah-tanah lembap, beli kedai-kedai pancing

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Keli Bendang, Ikan Puyu, Ikan Haruan, Ikan Sepat, Ikan -ikan putih sungai dan seumpamanya.


bersambung.......

Khamis, 1 Ogos 2013

Ikatan Mata - Pancing Toman, Haruan, Belida, Siakap, Pari.....

Kesempatan hari ini, aku nak ceritakan bagaimana nak buat ikatan mata pancing untuk memancing ikan toman, ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Pari, Ikan Siakap dan seumapamanya. Fokus kegunaan ikatan mata ini untuk memancing jenis ikan bersisik dan diet pemakanan secara ragutan dan melarikan umpan. Ikatan mata seperti ini yang aku praktikkan sejak mula-mula belajar memancing. Ilmu ikatan ini, aku belajar dari arwah atuk dan arwah ayakku. Kedua-dua pakar dalam mencari dan menangkap ikan.

Ikatan ini, ada dua jenis. Satu ikatan mata tunggal dan satu lagi ikatan dua mata secara selari. Kebiasaannya aku gunakan mata bersaiz 16 dan keatas. Pengunaan mata bersaiz besar atau kecil bergantung target sasaran. kalau ikan tu besar besar pakai mata tu, Kalau ikan di kawasan target kecil pakai kecil. Nak tahu bagaimana ikan besar ke? ikan kecil ke?. Seperti diceritakan di Pnet, kita perlu buat tinjauan dulu lubuk-lubuk tu, baru tahu target kita. Harap-harap otai-otai pancing faham maksud aku.

Contoh 1 : Ikatan Mata Tunggal

Ikatan mata tunggal dibahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan Dasar : 10 - 12 inci
Pancingan Pertengahan / Pelampung : 1 - 1.5 meter.

Ikatan seperti ini ramai digunakan oleh kaki-kaki pancing sekarang dan pandai buat ikatannya. Dari pengalaman aku ikatan mata tunggal jarang pakai. Kalau mula - mula belajar mancing memang la.

Contoh 2 : Ikatan Mata Dua

Ikatan Mata Dua di bahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan dasar : 1 - 1.5 meter
Pancingan pertengahan air / Pelampung : 1 - 1.5 meter

Ikatan seperti ini kerap kali dan selalu aku gunakan untuk memerangkap moster-moster sama ada untuk teknik pancingan dasar atau pertengahan air / guna pelampung. Umpan selalu digunakan anak ikan hidup seperti ikan keli, ikan puyu, ikan kap, udang (belida, siakap),ikan sepat dll.

Hasil dari kedua-dua ikatan diatas, perlu disesuaikan dengan cara pancingan kita. Pancingan dasar atau pancingan pertengahan air menggunakan pelampung. Selalu aku pertimbangkan situasi lubuk yang di tinjau sebelum tu. Adakah lubuk-lubuk di terjah banyak kayu, tunggul, apa-apa seumpama atau tidak.

Kalau lubuk kurang risiko sangkut, aku gunakan teknik pancingan dasar dan menggunakan pemberat / batu mati bersaiz 6 atau 7. Kalau banyak kayu, tunggul, balak seumpamanya aku gunakan teknik pancingan pertengahan air / pelampung dan menggunakan pemberat / batu hidup bersaiz 1/2 - 1. Pemberat / batu di ikat kadar jarak sejengkal atau 10-12 inci dari umpan hidup. Gunakan kekili 'Y' untuk membuat sambungan ke tali utama, perambut pancingan dan pelampung. Panjang tali pelampung bergantung kepada kedalaman lubuk.

Contoh 3 : Perambut dengan ikatan dua mata dan batu hidup

Ikatan ini selalu aku praktikkan hingga kini untuk menangkap ikan Toman, Ikan Haruan, Ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Temoleh, Ikan Pari (Ikatan Tangsi atau dawai steel), Ikan Siakap ( ikan dawai steel ) dan seumpamanya.

Sekarang, banyak aku gunakan mata yang lebih keras dan tajam seperti i-fish, naruto dll. Kebanyakan mata pancing buatan jepun.

Harapan celoteh aku ini boleh dijadikan panduan bagi otai-otai yang baru berjinak-jinak dengan hobi memancing. Bagi otai-otai lama tu mungkin dah terbiasa menggunakan ikatan seperti ini, tentu dah mahir.  Harap - harap ada yang sudi komen ikatan ini, bagi menambah inovasi ikatan yang telah lama aku praktikkan.

wasallam..

Khamis, 25 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 3 - Cara buat mata..

Askm wbr....
Siri kali ini, aku nak ceritakan....Bagaimana nak mengikat mata rambai / mata bomb. Nak aku jelaskan, kekemasan buatan mata rambai / bomb yang telah siap bergantung kepada ketelitian dan kemahiran otai-otai itu sendiri. Lihat langkah demi langkah seperti dibawah :

Mata Pancing siap diikat
Langkah 1.
Ikat mata pancing seperti gambarajah disebelah. Dengan panjang perambut sepanjang sejengkal. Potong dan biarkan lebihan hujung ikatan tangsi lebih kurang 1-1.5cm.






Contoh 2: Ikatan 3 mata
Contoh 1 : Ikatan 4 mata
Langkah 2.
Buat ikatan di ring. Jarak antara mata pancing dengan ring diikat sekadar 4 - 7 cm. Tinggalkan lebihan ikatan hujung lebih kurang 1-1.5 cm. Tujuan bagi menyerap tegangan dan mata tak mudah tttuuuussss. Faham!!!...

Langkah 3

Buat ikatan seperti ditunjukkan gambar sebelah. Potong dawai stainless steel lebih kurang sejengkal ( 8 inci). Buat simpulan, masukkan kekili dan manik. Manik bahagian hujung perlu lebih besar bagi menggelakkan 'ring' mata pancing tertanggal semasa tarik menarik dengan moster-moster.




Langkah 4

Masukkan ikatan mata pancing yang telah di ikat (no.2 diatas). Masukkan manik sekali lagi. Manik agak kecil sikit pun boleh, mengikut citarasa otai-otai. Pada hujung dawai buat simpulan dawai stailess steel sekali. Simpulan ini membiarkan ikatan mata pancing dalam kedudukan longgar. Pertimbangan perlu dibuat supaya masukan spring dan hujung simpulan tadi berada di tengah-tengah spring. Tujuan bagi memberi daya serapan rembatan atau sentapan atau ragutan ikan. Selain itu, memberikan kedudukan mata pancing dalam keadaan longgar dan boleh berpusing-pusing.
Langkah 5

Hujung simpulan dawai stainless steel tadi, Buat potongan dawai lain lebih kurang sejengkal atau ukuran kemasukan spring boleh lepas. Selepas itu, buat sambungan baru.






Langkah 6

Selepas buat sambungan, masukkan spring. Dinasihatkan pakai spring yang lebih panjang dan besar. Otai-otai kena pastikan sambungan dawai tadi berada di tengah-tengah spring. Lihat betul-betul gambar tu...Nampak tak?. Dah boleh bayangkan, bila ikan mengena spring akan berfungsi menyerap sentapan. Tali utama tak lah terbeban sangat.




Langkah 7

Selepas itu, masukkan manik besar dan buat simpulan hujung dawai stainless steel. Selepas itu, masukkan kekili. Selepas itu, potong clip pin pada kekili tu. Pada hujung kekili boleh berpusing tu, pasang 2 perambut mata pancing yang sama saiz.





Langkah 8

Gunakan pengasah atau kikir tadi bagi menajamkan mata rambai atau mata bomb tadi. Ketajaman mata pancing akan menentukan kadar sangkut ikan adalah tinggi. Terutama bagi ikan-ikan suka mengambil umpan secara ragut dan bawa lari.  Sehingga kini, aku gunakan mata rambai atau bomb ni boleh di katakan 99% berjaya. Aku selalu sesuaikan untuk pancingan dasar dan pancingan pertengahan menggunakan pelampung. Lagi seperkara lagi, fikir bagaimana nak bagi umpan digunakan power...'killer' katakan.

'sekali baling naik satu ikan' . Wasallam.



Mata Rambai / Mata Bomb 2 - Alatan yang perlu di sediakan untuk membuat Mata Rambai / Mata Bomb

Disini aku nak senaraikan alatan dan bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat mata rambai / mata bomb. Mata rambai / mata bomb yang aku tunjukkan sebelum ini bukan aku 'ceduk' dari mana-mana otai-otai lain atau mana-mana majalah. Mata rambai / mata bomb ini hasil dari rekaan dan kreativiti aku sekian lama dalam aktiviti memancing. Idea ini tercetus akibat banyak kejutan yang dihasilkan oleh umpan-umpan cyber dalam dunia memancing. Cetusan idea ini juga lah terhasil banyak umpan-umpan 'killer' dapat aku bangunkan untuk menangkap moster-moster di lubuk-lubuk sungai yang aku terjah.

Harapan idea aku ini menjadi panduan, idea ini berpanjangan dan menjadi cetusan idea baru dalam 'inovasi' mata rambai / mata bomb. Kepada otai-otai lama ataupun baru mencebur diri dalam dunia memancing. Diharapkan memberi komen-komen bernas untuk aku 'inovasi' kan lagi idea yang tak seberapa ini. 

Alatan yang diperlukan :

Player dan gunting
1.Sediakan gunting, player mata tajam dan player mata tumpul. Barang -barang seperti ini tahan lama. Tak rugipun kalau beli yang mahal.








 
Dawai Stainless Steel
2. Sediakan dawai steanless steel. Selalu aku guna dawai untuk troling. Harga lebih kurang RM 6.00-RM8.00 di kedai-kedai pancing. Kekerasan dawai bergantung kepada pemancing dan saiz target ikan yang nak di pancing.
 
3. Sediakan spring ( saiz besar dan kecil ) mengikut keperluan anda. Sediakan juga manik bersaiz besar dan bersaiz kecil. Aku selalu gunakan kedua-dua saiz diatas.

4. Sediakan 'ring'. Ring kecil banyak dijual dikedai-kedai pancing. Ada yang mahal dan yang murah. Harga sekitar RM 3.50 - RM 4.50 sepeket. Ring ini perlu kuat, Pertimbangan perlu di ambilkira target ikan yang hendak di pancing. Kalau aku yang moster-moster sajeeeeaaaa...  

Tali Tangsi
5. Sediakan tali tangsi untuk perambut mata pancing. Selalu aku gunakan kekuatan : 40 ib, 50ib dan 60ib hingga 80ib. Pilihlah tangsi yang monokarbon dan seangkatan dengannya. Penting supaya sinaran cahaya matahari /cahaya tidak nampak si target sasaran di lubuk nanti. Aku selalu pakai Ichiban. Kebanyakan tali tangsi buatan jepun ni memang baik kerana ada daya regangan dan spring yang baik. Jangan gunakan tangsi yang 'hard strong'. Nanti mudah tussssss bila berlaku asakan bertalu-talu dari moster-moster.....Harga tangsi seperti ini sekitar RM 25.00 - RM 30.00.

Mata Pancing
6. Sediakan mata pancing mengikut keperluan otai-otai dan target ikan yang hendak dipancing. Selalu aku gunakan mata bersaiz 14 -18. Jenama i-fish. Pilih mata yang mempunyai kekuatan tinggi dan mata cukup tajam. Pakai prinsip "sekali umpan dilabuhkan seekor ikan didaratkan". Jangan memilih mata pancing yang mudah lentur. Mahal sikit tak kisah jangan kedekut dan sayangkan duit untuk beli mata pancing yang mahal. Janji menang memakai. Pada aku fikir nak daratkan yang moster-moster aaajjeeeaa....tu mata pancing nak 'strong'.

7. Terakhir, sediakan pengasah / kikir untuk tajamkan mata pancing bila dah siap. Banyak dijual di kedai-kedai hardware. Harga aku beli hari tu sekitar RM10.00 hingga RM15.00. Kalau sekitar pasar karat jln TAR dan Pudu pun ada jual.

Ring
Pengasah /Kikir










Bila semua dah disediakan, macam mana nak siapkan.....seterusnya.

Selasa, 16 Julai 2013

Jorang / Pancing / Kail dan Mesin

aslkm wbr...

Disini nak tunjukkan senjata utama yang aku pakai untuk memancing di sungai, kuala dan hulu sungai, lombong tinggal, kolam komersial.

Jorang Untuk memancing Ikan - seperti  ikan Patin, Ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Kaloi, Ikan Kelabai. Seumpamanya...lagi ikan tu yang suka meragut dan melarikan umpan...

Specifikasi penuh :

1.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Epixer EF65b, 10 ball, Ratio : 4:8:1, Line : 60Ib
2.Lemax Pro GT-S lengan Panjang,10 kaki, Mesin Okuma Trio 55, 10 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 50 Ib
3.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Flame F-80, 9 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 60Ib
4.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Flame F-80, 9 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 60Ib
5.Abu Garcia Tournament Classic, 7 kaki, Mesin  Ryobi Artica 3000, Line : 30 Ib

dibantu oleh...
* 3 Jorang longgok@ pasar malam, 10 kaki - kira boleh pakai tapi berat sikit bila nak baling umpan.

Abu Garsia & Lemax


Abu Garsia (7 kaki) dan Lemax (10 kaki)

Okuma Trio 55 - 1 Unit
Okuma Epixer EF65B - 1 Unit
Okuma Flame F-80 - 2 Unit

Jorang Casting

Kalau casting tu aku gunakan Abu Garsi Tournamant Classic, 7 kaki dan mesin ryoby Artca 3000, Line 30Ib. Kalau di kuala tu...aku tukar mana-mana mesin okuma tu...yang selalu terpilih Okuma Trio 55 ( 2 spoll - Line 60Ib dan 40 Ib branded line)

Jorang Casting - Abu Garcia Classic + Ryobi 3000

Jorang memancing Udang Galah

Aku suka beli yang tidak ada jenama, jorang longgok atau pasar malam. Panjang biasanya dalam 4 - 4.3 kaki panjang. Kekuatan : 10-20 paun. Jorang ni kira boleh boleh dipakai, sebab tarikan udang tidak sekuat ragutan ikan pun. Kan banyak di pamerkan di pintu kedai-kedai pancing tu....Mesin pun sama yang longgokkan dalam bakul-bakul tu. Bearing mesti 5 ball dan keatas dan spoll mesti besar sikit dari kebiasaan. Biasa aku pakai tali utama 30Ib, sebab mancing udang kadang-kadang dapat ikan baung, Ikan selat, ikan ngek-ngek...seangkatan la. Perambut selalu 15-20Ib. Sekarang hak milik aku ada 5 batang. Udang besar kecil semua di naikkan dengan pancing ni jeaa....yang penting umpan mahu power.


Jorang Udang - beli kaki lima aje...

ps : untuk mancing ikan baung - aku khaskan pancing yang special dari segi buatan batang pancing, loceng, cangkut umpan tapa  @ peram serta perambut mata pancing boleh ditukar ganti mengikut situasi ikan baung besar ke kecil di sungai tu. Tunggu nanti siap, aku letak gambar disini.

Moga-moga boleh di jadi panduan untuk otai-otai baru nak belajar memancing dalam memilih jorang.

wasallam.


Jumaat, 12 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 1- Contoh


Bentuk mata rambai yang aku selalu gunakan semasa memancing. Selalu ikatan mata belah atas ada 3 mata, 4 mata atau 5 mata. Ikatan mata di bawah umpan bomb tu selalu akan ada 2 mata atau tiada ikatan mata pancing. Bagaimana ikatan tu ada atau tak ada. Aku akan ceritakan dalam siri-siri lain. Disini cuma nak bagitahu bentuk mata rambai, kalau otai2 nak cuba buat, kan lagi jimat, lagi kuat serta ikut citarasa kita. Mata rambai ini menggunakan dawai stainless steel yg tahan karat tu. Mata pancing selalu aku gunakan bersaiz 14 ke atas, biasanya jenama i-fish. Selalunya, mata rambai di jual di kedai-kedai pancing mudah rosak, mudah putus perambut. Perambut selalu aku pakai 40Ib, 50Ib, 60Ib dan ke atas.

Target selalu nak naikkan ikan yang besar-besar. Sebab tu perambut pakai saiz besar-besar.

Contoh Mata Rambai dan Spring Bomb yang selalu aku gunakan.

Contoh Mata Rambai dengan 7 mata pancing
Catatan :

Tujuan aku untuk jadikan panduan otai2 semua. bagaimana nak buat mata rambai @ mata bomb sungai ke..kolam komersial ke..pandai-pandai upgred lak. Ikut kepakaran masing-masing.