Jumaat, 30 Ogos 2013

Adakah kita merasa hina dan lemah disisi manusia dan makhluk....


MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah oleh Allah. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi. Firman nya yang bermaksud:-

"Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44).

"Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)

Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah. Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia. Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanNya. Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.

Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba-hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa. Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.

FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13).

Ringkasnya, kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan besarnya, kekayaan yang dimilikinya, keturunan baik-baiknya, dan seumpamanya lagi. Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina atau terhina, lemah dan kekurangan di hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing