Isnin, 7 Oktober 2013

Sungai Tangok, Jelawat Kelantan

Sungai Tangok adalah nama popular bagi penduduk Bachok, Bakelan dan Jelawat. Bagi penghuni luar sungai ini dipanggil dengan berbagai nama . Hasil tinjauan minggu lepas pada  29 Sept - 4 Okt 2013. Sungai Tangok memang dalam dan banyak lubuk - lubuk yang boleh diduga oleh otai-otai pancing. Sungai ini didiami oleh berbagai spesis ikan terutama ikan Patin, ikan Toman dan Ikan Haruan. Boleh dikatakan sepanjang sungai Tangok adalah lubuk ikan.

Hasil daripada pemerhatian sepanjang meninjaun lubuk sungai ini. Ikan Patin di sungai ini akan meragut umpan pada musin air surut / kering / kemarau. Saya jangkakan pada bulan Jan- April, iaitu selepas air banjir di Pantai Timur mula surut dan musim kemarau mula tiba. Ikan Patin disini boleh mencecah 8 - 18kg/ seekor kalau berjaya didaratkan. Jangkaan dari libasan dan olakan air semasa ikan-ikan patin timbul di permukaan.  

Begitu juga bagi ikan-ikan Toman dan Haruan disini. Kalau berjaya didaratkan boleh mencecah 4 - 5kg/seekor. Besar tuuuu. Buat masa kini, ikan-ikan Toman /Haruan sesuai ditangkap secara casting atau menggunakan umpan hidup seperti anak ikan keli, anak udang galah dan anak ikan kap. Ikan-ikan disini akan mudah di daratkan pada musin kemarau. Pada masa sekarang Pantai Timur mula menerima hujan disebelah petang dan ribut petir. Air sungai sejuk dan tidak sesuai untuk menduga Ikan Patin dan Toman / Haruan. Kalau nak casting juga, hanya mencari toman/haruan yang aktif bertelur dan menjaga anak yang sudah menetas.

Bagi otai-otai yang tak terbiasa di lokasi lubuk-lubuk sungai Tangok, harus berhati-hati. Sebab, sungai ini didiami oleh Sang Bedal.




    
Kawan akan cuba daratkan Ikan Patin di sungai Tangok pada awal Januar1 - April 2014. Siapa rasa berani cuba laaaa yeaaaa.

wasallam.

4 ulasan:

  1. salam boss Abee...alik mana port nih?rumah mertua kawe dkt bachok tu jer...

    BalasPadam
  2. lps kedai jelawat tu...kn ada jambatan masuk belah kiri tepi rumah tu...sblm jambatan. Kalau ikut jambatan kedua lepas kedai jelawat tu...masuk belah kiri juga sebelum jambatan...slmt mencuba bro

    BalasPadam
  3. Klu kawe dari gunong bchok....nk msuk velah mn nk g port tu

    BalasPadam
  4. Klu kawe dr arah gunong...nk masuk belah mn nk g port tu

    BalasPadam

boleh komen, tak kira kaki pancing