Isnin, 2 Mac 2015

Ikan Keli Olak Lempit

Askm kekawan semua...

Selepas balik dari Raub, Pahang, memerang ada mengendap ikan patin di sungai Manggis, area Olak Lempit. Jangkaan air pasang agak rendah tapi si patin tidak begitu galak. Puas memerang meninjau lokasi patin bermain. Jadi, memerang mengubah strategi memancing Ikan keli yang begitu galak bermain air semasa air pasang surut rendah. Berbekalkan cacing gila dan cengkerik sesi memburu keli bermula jam 2.00 ptg pada 28 Februari 2015. Kawasan sasaran di muara-muara sungai dan kawasan bersemak samun sepanjang sungai dari Olak Lempit ke Pekan Banting.

Hasilnya, 11 ekor keli dan seekor haruan dapat didaratkan.  Memerang menggunakan pancing udang yang digunakan untuk menebing udang sepanjang 4 kaki lebih tu. 


Hasil keli, yang besar memerang potong 3 untuk masak dan dijual. Spesis keli sungai berbadan agak gelap dan bahagian bawah agak putih.

Keli sungai ini agak sedap, isi kekuningan dan agak keras sedikit dari isi ikan keli ternak.

Haruan sungai. Agak besar juga dalam 2 kilo. Cuba bayangkan bila kena pancing udang...lentuk bukan main lagi. Memerang guna kepantansan memusing drag untuk daratkan haruan ni...sebab pakai perambut tangsi 20Ib. Elok-elok didaratkan perambut putus.

Salah satu golok kesayangan yang selalu temankan memerang ke sungai ..ke hutan...begitu tajam dan selalu memerang guna untuk sembelihan ayam, lembu dan  binatang hutan yang memerang perolehi semasa memburu di hutan.

Tip;
  • Pakai jorang udang dah cukup untuk memancing ikan keli. Panjang lebih kurang 4 kaki lebih.
  • Pakai umpan cengkerik (sangat efektif) dan cacing ( agak kurang ragutan).
  • Pakai mata kail saiz 8, jangan terlalu kecil sebab susah untuk mengena.
  • Sasaran lokasi...muka-muka kuala, area parit air buang, kawasan semak samun dan kawasan air tenang dan banyak sampah, kayu-kayu.
  • Sungai yang di pengaruhi pasang surut. Ikan keli galak masa air mula pasang dan air mula surut.
  • Khas untuk pemancing patin - memancing patin hendaklah semasa air pasang dan surut adalah tinggi. Harap faham!!!.. 
Selamat mencuba nasib...semoga dimurahkan rezeki
wasallam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing