Memaparkan catatan dengan label Teknikal Memancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknikal Memancing. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Tips Memancing Udang Galah / Jenggo

Asallamuallaikum wbr...
Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan diajarkan arwah Atuk dan Ayah aku :
Udang Galah - Idaman pemancing Jenggo
"Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrah jenggo.
Niat untuk memancing, hati kena iklas. Insyaallah selamat. Amin 
Pancing / Jorang
Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib.

Tali utama
Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama.

Perambut Mata
Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utama. Gunakan tali tangsi berukuran 5 - 8 paun sudah cukup. Sebab berat udang jarang melebihi 800gm. Penggunaan perambut halus juga penting apabila sangkut di kayu, tunggul dan seumpamanya perambut mudah putus dan batu ladung masih ada.

Mata Kail
Gunakan mata kail mata sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan 3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3 dan 4 serta kelembutan batang pancing / jorang bersaiz 6 - 10 ib lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.

Batu ladung
Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat situasi / lokasi anda memancing.

Umpan
Umpan salah satu benda penting untuk memancing udang galah.Kebiasaannya gunakan umpan cacing tanah (cacing lembik / merah), anak udang bendang, umpun-umpun dan hati ayam yang dihiris kecil. Apa-apapun tanya pemancing-pemancing yang memancing dilokasi diterjah. Apa umpan digunakan di sungai itu. Kalau sungai Panching / Sg.kuantan yang aku terjah minggu lepas  umpan istimewa daging ikan haruan segar. Umpan lambat di ragut tapi jenggo besar-besar didaratkan.

Tips rahsia aku!!!!..
1.Tabur tanah berbau cacing yang berlebihan dalam bekas cacing ke lokasi nak di labuhkan umpan.
2.Gunakan ikan sardin, kemudian tebuk tin lubang-lubang kecil dan labuhkan seperti sauh di lokasi memancing.
3.Pakai umpan busuk, pakai kayu boleh menyerap bau sebesar manik rendam dalam umpan busuk. (biasanya aku dah sediakan sekali dengan ikatan ladung menggunakan dawai stailess steel dan rendam). Bila nak guna rendam selepas tu cangkuk gunakan kekili).
4.Gunakan kekili yang ada ikatan manik berwarna warni, udang memang suka benda-benda berkilau apabila terkena silauan cahaya. Kalau sianghari gunakan manik silver/mutiara dan kalau mancing malam pakai manik berwarna hijau.
5.Memancing masa air surut, keruh sedikit dan air mengalir. memancing kawasan sampah sarap, berkayu, kawasan pokok mengkuang, ara, jejawi, pokok rendang seperti pokok bunut dll.
6.Gunakan hirisan isi ikan segar sebagai umpan, jangan buang sahaja ikan yang terkena semasa memancing udang. Hirisan ikan haruan lagi besar udang galah didaratkan.
7.Gunakan kelapa dan belacan digoreng, umpan dicelup sebelum melabuhkan umpan. Kalau tiada belacan pakai sahaja udang gagau / udang baring. Umpan ini selalu aku gunakan juga dikolam udang komersial...eeemmmm power.

Pastikan tabiat permakanan udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai, pengaruh pasang surut air Laut (udang galak masa air surut dan keruh), struktur sungai (berliku-liku, dasar sungai bertanah liat, banyak sampah sarap, kayu dll), diet setempat ( tanya pemancing setempat / orang kg area tu) dan juga suhu air (udang galak pada suhu air agak suam, maksud air mengalir). Buat tinjaun dulu sebelum memancing di satu-satu lubuk udang mahupun ikan. Jangan jadi pemalas. Jangan datang tahu nak memancing sahaja...sebab tu selalu dapat batang pancing jeeeaaa, udang tak dapat. Selamat mencuba tip-tip aku ni!!!. Semoga berjaya.

wassallam

Isnin, 5 Ogos 2013

Teknik Memancing Di Lubuk Berbatu / Tebing Tinggi / Banyak Kayu / Tunggul

Memancing di tebing berbatu / berkayu / bertunggul / banyak kayu balak tumbang kedalam lubuk adalah kawasan berpotensi tinggi untuk menjinakkan ikan. Kawasan seperti ini menjadi tempat kegemaran ikan-ikan berlindung dan memburu mangsa. Pemancing berpontensi untuk mendaratkan ikan yang besar-besar. Namun, lokasi lubuk seperti ini mendatangkan masalah risiko sangkut sangat tinggi. Kita selalu temui lokasi lubuk seperti ini seperti di Pantai atau lubuk-lubuk sungai di bahagia hulu (berbatu) dan pertengahan sungai (biasa berkayu).

Masalah sangkut adalah lumrah apabila kita memancing di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Masalah sangkut hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan lubuk mempunyai karang dan teritip ( kawasan pantai ), berbatu dan berkayu serta reba-reba ( kawasan hulu dan pertengahan sungai ). Ingat otai-otai semua masalah sangkut tiada jalan penyelesaian mutlak, sediakan perambut mata pancing yang banyak, jangan kedekut dengan mata pancing berbanding hasil yang sangat-sangat berbaloi. Di dasar lubuk banyak ikan besar-besar sedang bertapa...best gile tuuuuu. Jangan bawa mata pancing cukup-cukup makan. Kawasan seperti ini banyak ditinggalkan pemancing dan mencari kawasan yang senang memancing.  

Disini, nak di cadangkan beberapa teknik yang pemancing boleh mengamalkan. Teknik ini telah aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Beberapa teknik bagi menewaskan ikan di lubuk / kawasan berbatu di pantai mahupun sungai. Antaranya ;

Teknik Pancing Apollo - di mana ladung di ikat bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, perambut tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Disebabkan ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut di batu atau kayu, kita masih dapat mata kail mahupun ikan. Tangsi perambut ladung yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut. Jangan berkira sangat batu ladung yang putus dan hilang. Jika berkira sangat, kamu tak boleh di panggil otai pancing tegar tapi pemancing penyibuk yang sibuk-sibuk "menjinjing" batang pancing ke hulu dan ke hilir. Orang sembang pasal memancing, kamu sembang juga. Hasil memancing tadak...asyik bangauuuuu memanjang.

Teknik Tanpa Ladung - Teknik ini pada aku kira lebih sesuai jika kawasan berkenaan arus lemah atau pusaran air tenang (sungai) atau arus menolak ke arah laut (pantai-bayu malam). Apabila umpan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sedikit untuk sampai ke dasar sungai atau laut. Ketika jatuhan umpan, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing boleh membuat karauan apabila umpan disambar. Sambaran ikan di lubuk - lubuk sebegini atau pantai akan berlaku pertengahan air. Teknik tanpa ladung banyak aku amalkan untuk memerangkap ikan lampam, terbol, kejor, selat, tenggalam dan seumpama yang makan di tengah- tengah air.

Teknik Pelampung - Teknik menggunakan pelampung, kita sebagai pemancing harus bijak menentukan kedalaman air di lubuk - lubuk sasaran kita. Untuk teknik ini, jika kita dah berjaya melabuhkan umpan kira-kira 1- 3 kaki dari dasar sungai, kira berpotensi sambaran ikan adalah tinggi. Kebiasaanya, kalau di sungai atau hulu sungai sambaran di lakukan oleh ikan-ikan bersembunyi di bawah kayu-kayu malak, batu, dll. Kebiasaanya aku menggunakan perambut panjang sedikit dan tali utama lebih sikit kekuatan (50-80 ib) dan mata pancing yang tajam dan kuat kuat. Kenapa?. jawabnya..aku tak biarkan sangat ikan larikan umpan dan terus buat karauan. Kekuatan mata dan perambut utama sehingga ikan timbul ke permukaan. Kebiasaan ikan didaratkan besar-besar seperti Tapah, Belida, Toman, Haruan, Ikan Patin...banyak lah.!!. Tetapi perlu di ingatkan jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi. Berani menanggung risiko sangkut itu pemancing tegar...hasil selalu tegar-tegar dan mega-mega.

wasallam

Khamis, 1 Ogos 2013

Ikatan Mata - Ikan Lampam, Kaloi, Jelawat, Selat, Terbol...

Ikatan ini adalah inovasi baru yang aku praktikkan sekarang. Ikatan agak simple tapi praktikal untuk memancing ikan bersisik putih seperti ikan lampam jawa, ikan terbol, ikan merah pipi, ikan sembarau dan seumpamanya. Ikan-ikan seperti ini bermain di pertengahan air dikawasan air agak tenang dan sedikit berarus. Ikatan ini aku namakan 'ikatan tapak memerangsungai'.

Disini aku jelaskan, langkah demi langkah untuk membuatnya :

Langkah 1 :

Gunakan dawai trolling stell yang dijual dikedai-kedai pancing. Disini aku gunakan dawai bersaiz : 23 keras. Harga sekitar RM 7.00 - RM 9.00. Dinasihatkan, jangan gunakan dawai yang lembut.




Langkah 2 :

Potong dalam anggaran 8 - 10 inci sebanyak 2 potongan dan sepanjang 6 - 8 inci sebanyak satu potongan (2/3 dari potongan dawai yang panjang). Lihat gambar sebelah. 2 potongan sama lebih panjang dari yang satu lagi potongan.



Langkah 3 :

Buat simpulan di tengah - tengah dan masukkan kekili seperti gambarajah disebelah. Kelihatan 5 simpulan kelihatan sama panjang dan 1 simpulan nampak pendek sedikit. Tegakkan dawai - dawai yang panjang mengikut empat penjuru dan satu dawai menegak ke bawah. Gunakan lebihan dawai yang pendek bagi mengikat tegakkan kebawah supaya lebih kuat.
Langkah 4 :

Buat simpulan di hujung setiap dawai termasuk yang ditegakkan seperti gambarajah di sebelah. Buat perambut mata pancing dan buat ikatan di bahagian simpulan hujung dawai.




Langkah 5 :

Lebihan dawai berbentuk tegak tinggalkan kosong dan ianya boleh digunakan untuk mengikat batu / pemberat. Panjang perambut bergantung cara pancingan anda. 

Aku selalu praktikkan ikatan ini menggunakan pelampung dan saiz pemberat / batu 1/2 - 4. Panjang perambut pemberat / batu hidup sepanjang 10 - 12 inci. Umpan sesuai cengkerik, anak kerengga, anak tebuan, cacing, pallet merah, anak udang & anak ikan ( ikan sembarau ) dan seumpamanya. Ikatan tapak memerang ini memang berkesan untuk menangkap ikan-ikan putih. Selain itu, boleh mengurangkan kadar karauan untuk pengisian umpan pancing kita.

Ikatan tapak memerang telah mengantikan ikatan mata tunggal dan hasil pemerhatian ikatan mata rambai dan mata bomb. Ikatan tapak memerang begitu serasi dengan aku. Kebiasaanya, aku labuhkan 2 jorang dimana-mana port memancing yang diterjah. Strategi untuk menggelak dari membangau...hik hik.!!!. Paling tak pun balik rumah boleh buat lauk.

Untuk otai-otai baru cuba praktikkan cara ikatan tapak memerang ni....bagi otai-otai lama boleh komen apa sahaja.

wasallam.