Memancing Ikan Rohu di kolam 99, Kg. Seterpa, Peringat Kota Bharu. Kelantan. Pada petang raya kedua, aku terjah kolam ni dengan adik ipar aku, sepupu aku di kolam ni. maklum lah dah sebulan tak mancing. Kolam pun kolam la, janji dapat mancing....best jugak tu. Sepupu aku memang otai di kolam ni dan kolam Jati di Pak Badol.
Ni gambar hasil pada malam tu. Ni Gambar anak buah aku dengan hasil pancingan malam tu ...tengah study di UPSI, Tanjung Malim. Satu lagi jut ikan lupa nak ambil gambar.
Kira hasil aku pada malam tu. Boleh laaaa. Kira-kira 18 ekor. Rohu paling besar kira-kira 4.2 kilo.
Kalau ada otai-otai nak cuba di kolam. Kolam 99 tak jauh dari simpang empat Peringat. Kalau otai mengala ke kota Bharu, sampai simpang empat peringat, masuk kanan. Kalau dari Kota Bharu ke Pasir Puteh, masuk kiri. Dari simpang empat tu..kira-kira 1.5-2 km akan jumpa pemancar TV3. Selepas tu, akan jumpa simpang sebelah kiri, masuk situ. Ikutu jalan tu kira-kira 1km akan jumpa papan tanda kolam Pancing 99, masuk kiri dan teruskan sampai jumpa kolam ni.
Kawasan kolam ni banyak parking disediakan. Ada tandas, bilik sembahyang dan kedai makan. Makanan murah jeaaa...taklah dicaj seperti di Kuala Lumpur.
Di kolam ni ada dua pilihan, Memancing di kolam air payau, bayaran masuk RM 12/jam. Ikan yang banyak siakap putih.
Dikolam air tawar banyak ikan rohu dan ikan patin. Bayaran masuk RM26.00 / jam, tambahan RM16.00 untuk 6 jam.
Ihaq dan seorang lagi anak buahku, Muaz...baju merah tuuu.. |
Anak Buahku, ihaq |
Hasil memancing 3 jam, satu lagi jut lupa ambil gambar... boleh lepas gian memancing. |
Saudaraku, Pijal dengan Rohu terbesarnya. kira otai pancing di kolam 99, Peringat dan kolam Jati Pak Badol. Pernah dapat gak RM1,000 tuuuu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing