Mengambil kesempatan Cuti Raya Puasa dari 6 - 19 Ogos 2013. Aku sempat menyertai pertandingan memancing di kolam Jati, pak Badol. Kelantan. Lokasi kolam ini. Kalau dari Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu. Apabila sampai di Sekolah Menengah Pak Badol masuk simpang belah kanan, simpang ini agak terlindung sedikit berbanding dulu. Kalau dulu agak jelas..masa tu, aku jadi mat motor. Kalau dari Kota Bharu ke Pasir Puteh masuk simpang belah kiri. Dari simpang ini perjalanan antara 2.5 - 3km menghala ke kedai Menanti. Kolam jati ini terletak sebelah kanan jalan dan terdapat papan tanda. Disebelah simpang masuk ke kolam ini terdapat kedai makan sebelah kanan dan papan tanda kolam belah kiri. Jalan ini masuk terus ke kolam Jati.
Kolam Jati selalu buat pertandingan memancing setiap hujung minggu, biasanya petang Jumaat dan Sabtu. Pemenang di kira ikan terberat. Hadiah antara RM2,000 - RM3,000 / Minggu. Bayaran masuk antara RM20.00 - RM25.00 / 1 jorang. Ikan terdapat di kolam ini seperti Ikan Keli dan Ikan Patin. Pada otai-otai yang rasakan tercabar, sila mencuba. Umpan popular untuk ikan Keli dan ikan Patin di kolam ini iaitu kuih donat dan cacing tanah. Donat jadi umapan ikan keli dan ikan patin masih jadi pertanyaan dalam otak aku ni....hairan kan?. Ikan Patin di kolam dianggarkan mencecah lebih 10 kg/seekor. Kalau ada sesiapa berjaya daratkan Ikan Patin di kolam jati ini kira betul-betul otai. Jack Port ikan Patin sebelum ini seberat 17 kg dan ikan Keli seberat 10.33 kg. Seingat aku masa musim Raya tempoh hari.
Dari kesempatan cuti raya, aku sempat memasuki 2 pertandingan memancing di kolam Jati pada 13 hb (johan - RM2,000) dan petang Jumaat 16 hb (Johan - RM3,000). Pertandingan 10 hb Ogos 2013, aku terlepas sebab terdapat info salah. Hadiah johan RM12,000. Kesemua misi aku di kolam jati gagal dapat sebarang nombor. Insyallah misi seterusnya akan berjaya. Sekarang tengah fikir umpan killer buat ikan patin dan ikan keli di kolam ni...kursus untuk pertandingan dan memenangi jack port.
Insyallah..wasallam.
Ikan Keli tempat ke-2 pada 16 Ogos 2013, seberat 7.13 kg |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing