Pada kesempatan balik kg pada Cuti Raya Haji lalu. memerang sempat menjenguk lubuk yang biasa memerang memancing pada tahun 90an, kira-kira 20-25 tahun lalu, ya masa baru belajar memancing.
Keadaan lubuk Cengal sudah tidak seperti dulu, keadaan sekitar agak semak, lubuk dah cetek barbanding dulu dan air kekeruhan. Pada masa lalu lubuk ini sangat dalam sekitar 20 kaki, di sesetengah selekoh sungai mencapai lebih 25 kaki. Cuba bayangkan kalau menembak toman, terpaksa memacak sebatang buluh untuk di jadikan tempat berpegang semasa menyelam didasar sungai untuk mengambil ikan toman yang di tembak.
Dari pemerhatian memerang, di lubuk Cengal masih ada penghuni moster yang mendiami kawasan lubuk dalam seperti Ikan Patin, Toman/Haruan, Ikan Belida dan Ikan Lampam. Kemungkinan juga ada ikan Kaloi. Memerang pernah mencatatkan kenangan mendaratkan Ikan Belida seberat 13.5 kg pada masa lalu berumpankan udang hidup. Dari cerita mertua memerang, dia pernah menembak Ikan Toman seberat hampir 12 kg.
Semasa memerang terjah pagi 26 September 2015, air lubuk agak dalam dan kekeruhan sedikit disebabkan gate di empangan Kemubu dilepaskan. Pada pagi tu cuma ikan lampan yang sudi menjamah umpan. Dapatlah memerang bawa pulang 7 ekor lampam untuk dibuat lauk.
Tip :
- Memancing semasa paras air berada di bawah paras kaki-kaki rumput/pokok di tebing lubuk. Kalau paras air dalam ikan agak sangat galak dan ikan-ikan usang/lama di sini agak liar, selalu bermain di bawah semak-samun dan ranting-ranting pokok.
- Memancing masa air keruh sedikit dan cari lubuk sesuai di bhg belah bawah jambatan yang masih belum diterjah.
- Umpan disini, Ikan lampam (Baca blog sebelum ni, memerang dah bagi tip), Patin (Dedak & sawit peram dah cukup lebih kepada bau busuk cacing dan tanah) Ikan Belida ( Udang Hidup, Ikan Puyu) Ikan Toman/Haruan ( Ikan keli - bukan anak keli tau!!!, Belut hidup khas untuk toman) Ikan Kaloi ( sawit peram)
- Ikan di sini sensitif pada bunyi bising . p/s belah atas bunyi bising jambatan besi bila ada kederaan lalu.
Selamat mencuba, memerang berminat dengan Ikan Patin dan Belida disini...tunggu awal tahun nanti memrang terjah lagi....Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing