Assalamuallaikum wbr...kawan-kawan otai pancing. Terima kasih kerana sudi melawat blog memerangsungai.blogspot.com. Penulisan kali ini nak menyentuh tentang lubuk ikan Patin yang telah di lawati pada hujung bulan Ogos 2013.
Lubuk-lubuk ini telah aku lawati pada 31 Ogos 2013 lalu. Masa itu jam 5 petang. Lubuk terletak jalan gambang ke Tangkak. Jarak dari persimpangan gambang ke simpang masuk ke lubuk ini kira-kira 1- 1.5km. Jalan masuk merupakan jalan berpasir melalui kebun kelapa sawit muda. Kalau otai redah sampai ke penghujung jalan ni akan jumpa kebun sayur, tu kira last jalan la. Antara perjalanan masuk banyak lubuk-lubuk ikan di kiri dan kanan jalan. Lubuk-lubuk ini sebenarnya bekas lombong bijih besi di zaman british yang ditinggalkan. Faham-faham sendiri sejarah Sg. Lembing, Pahang.
Kawan hanya nak ceritakan tertumpu pada lubuk A dan lubuk B yang kelihatan banyak ikan Patin. Ikan-ikan lain banyak juga seperti ikan baung, ikan lampam jawa dan Tilapia. Kedua-dua lubuk ini bersambung dengan Sg Belat dan Sg Belat bersambung dengan Sg Panching. Semua Sungai-sungai ini bersambung menjadi Sg Kuantan. Semua sungai-sungai ini terdapat banyak udang galah.
Lubuk / lombong A terletak hampir dengan penghujung jalan dekat dengan kawasan penanaman sayur. Lubuk ini taklah besar sangat terletak sebelah kiri jalan. Kalau otai-otai lalu disitu pasti nampak laluan masuk dekat pokok rendang, berhampiran selekoh jalan. Sebelah kanan jalan ada lubuk kecil. Kedalaman lombong ini lebih 25 kaki...hik hik. Disebabkan lombong ini bersambung dengan Sg Belat sudah tentu menjadi tempat pembiakan ikan patin dan udang galah. Maklumat yang aku perolehi ikan patin memang banyak. Kenapa?. Pada musin banjir apabila air sungai naik tinggi, ikan-ikan mula berhijrah masuk dari Sg Belat masuk ke lombong ini untuk bertelur dan membiak disini. Ikan-ikan Patin disini agak liar dan sangat sensitif kepada bunyi bising. Ikan Patin akan kelihatan pada sebelah pagi dan waktu petang. Pemakanan ikan patin di lombong ini hanya lumut-lumut pada batu dasar sungai. Ikan-ikan disini susah untuk makan roti yang selalu kita semua buat umpan tu. Ini yang menjadi persoalan. Apakah umpan terbaik untuk ikan patin ini ?.
Lubuk / Lombong di Gambang - Lubuk Ikan Patin dan Udang Galah |
Berkenaan lubuk B. Lubuk / lombong ini lebih besar dan panjang terletak sebelah kiri jalan masuk, sebelum otai jumpa lubuk A. Ikan patin memang banyak, ikan-ikan baung agak besar sampai mencecah 1 - 2 kg seekor. Udang galah dah tentu banyak dan besar-besar mencecah 400 - 500gm seekor. Di akui kawan aku yang tinggal di Bt.10 Kuantan, ikan patin disini kalau dapat daratkan mencecah 15 - 23kg. Bebaloi tuuu..Aku percaya dari dari libasan memang patin-patin disini cukup besar dan disokong seorang otai, kira penunggu setia lubuk-lubuk ini. Otai ini pernah daratkan ikan patin seberat 28kg dikolam ini. Bagi kawan bukan patin dah ni tapi bapak patin. Rata-rata kolam ini mencecah kedalaman lebih 25 kaki, air agak gelap kebiruan. Di bahagian belakang kolam B, banyak lagi kolam-kolam lebih kecil yang banyak ini tapi tak sempat nak redah sebab hari dah nak maghrib.
Kalau nak datang memancing di kedua-dua lombong ini, fikir umpan terbaik untuk ikan patin dan udang galah. Sebab pemakan ikan disini lebih kepada lumut dasar lombong dan ikan fresh.
Cuma nak ingatkan otai-otai yang redah kawasan ini. Dikolam B, aku dah tandakan dengan titik-tik merah dalam peta tu. Kawasan lubuk terdapat penjaga lubuk, 2 ekor 'pak saudara' sebesar lebih kurang kereta kancil yang selalu menonjol diri di dataran berpasir (titik merah belah kiri sekali). Jangan memancing di kawasan berpasir,otai-otai akan nampak dataran berpasir bila datang memancing disini. Kedua kawasan titik merah tengah dan ketiga (kiri sekali) ada penjaga juga. Dilokasi ini kawasan lintasan ular tedung selar atau 'naga bore'. Ular akan membuat lintasan dari arah tanjung yang menghala dari tengah sungai ke bawah pokok rendang dihujung tasek tu.. Seolah-olah menunjukkan diri bahawa kawasan itu dia yang punya. Kedua-dua makluk tuhan ini tidak pernah mendatangkan masalah kepada pemancing sehingga kini. Cuma aku nak ingatkan sahaja. Biasakan,"kita pemancing tegar, disitu ada benda allah ni...situ juga diredah, kalau tak mana ada ikan, udang..."
Berhati-hati semasa memancing, berserah pada allah...insyaallah selamat.
Wassallam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing