Hasil turun ke Sg. panching / Sg Kuantan pada 31 Ogos 2013 amat mengecewakan. Keadaan air sungai tidak begitu baik. Walaupun air sungai agak suruh tapi suasana cuaca mula tidak menentu pada waktu petang dan malam hujan mula turun. Walaupun siang hari agak panas tapi disebelah petang cuaca mendung dan hujan mula turun waktu petang dan malam tapi tidak lebat. Keadaan cuaca memberi kesan kepada kadar ragutan udang galah di Sungai Panching / Sg Kuantan.
Situasi ini, menyebabkan air dasar sungai menjadi sejuk. Udang Galah menjadi tidak galak meragut umpan malah tiada ragutan langsung udang galah mahupun ikan-ikan sungai. Aku gagahkan juga turun ke sungai. Hasilnya amat mengecewakan hanya memperolehi 1 - 2 kilo udang galah sahaja. Walaupun gagal besoknya (1 September 2013) aku terjah laut China Selatan dekat Pantai Balok dan Gebeng. Lihat hasilnya...
Udang Galah Sg Pancing / Sg Kuantan |
Pada otai-otai pancing udang galah perlu memikir faktor cuaca, suhu air sungai, kekerohan air dan paras air sungai untuk turun memancing udang.
Misi seterusnya ke Sg Pekan kalau tiada aral melintang. Udang Galah disini kecil-kecil sedikit tapi agak sedap dimakan. Tunggu roger dari sepupu aku di kuantan bila cuaca baik.......insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing