Pada 1 September 2013, aku bersama sepupu dan tiga lagi rakan turun ke Laut China Selatan di Pantai Balok dekat Gebeng. Kami turun dengan 2 buah boat fiber dengan kuasa engin 30hp dan 15h.
|
Pantai Balok Gebeng, Kuantan. Pahang |
|
Kubu Jepun masih berdiri teguh
tepi Pantai Balok, Gebeng. |
|
Sepupu aku, din dan Cikgu Nik - tengah setting boat |
|
Sepupu, Ainuddin...panggil Din |
|
Aku dan Sepupu, Ainuddin - menuju laluan Kapal |
|
Hasil aku bawa balik K.Lumpur |
|
Ikan Kerisi, Ikan Kunyit, Ikan Selar dan Kerapu |
|
Sotong - anggaran dalam 5 kg - panjang tak? |
|
Anak Ikan Selar Kuning dan Ikan Kunyit ...
Aku buat Ikan kering...sedapkan!!! |
Hasil lain, 10 kilo ikan kerisi dan 2 ekor ikan Jemuduk hasil trolling dalam anggaran 3 kg seekor aku jual semasa daratkan boat. Biasa laaa...bila daratkan boat abang-abang dan akak-akak yang bawa anak mandi pantai akan kerumuni kita. Tentu nak beli ikan...kesian dia orang..ikan segar katakan. Hasil boleh dikatakan berbaloi. Lepas duit minyak Hilux pergi/balik K.Lumpur dan minyak boat.
Trip berikut tunggu sepupu aku roger....lagi nak tunggu ikan tengah melimpah dekat laluan kapal sana...biar tak larat nak trolling dan mancing... hu hu...tggu trip berikutnya.
wassallam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing