Sempena cuti Hari Malaysia 16 September 2013. Ada sedikit ruang untuk bawa anak-anak bercuti, cuti-cuti Malaysia. Aktiviti memancing langsung tak dapat...cuaca tak elok bulan ni. Cuti..cuti juga, port tetap cari. Bercuti sambil intai-intai port mancing..katakan.
Sabtu 14 September 2013, aku bertolak ke Kuala Selangor. Aku checkin di Hotel Sun Inn..murah sahaja..RM120.00/semalam (2 double). Niat nak checkin di De Palma tapi semua bilik penuh. Apa yang menarik di Kuala Selangor. Otai boleh bawa anak isteri jalan bagi dia happy sikit, jangan kita je ke hulu ke hilir bawa batang jorang. Sekali sekala bagi di orang pulak...baru kita senang keluar menjorang ceruk rantau mana sekalipun...hik hik.
Disini boleh bawa anak-anak jalan di Bukit Melawati, Taman Alam, kelip-kelip Kg. Kuantan, Pantai Remis dan banyak lagi...kalau satu hari tak habis pusing tu. Kalau suka makan makanan laut....bersepah dekat Kuala Selangor tu. Kalau otai rasa gian sangat nak mancing sebelah malam boleh terjah dibawah / atas Jambatan Kuala Selangor. Takpun ikut jalan pasar pasir penambag tu belah hujung dekat tokong Cina tu pun elok tapi jauh sikit.
Bagi yang suka main air laut, bawa ke Pantai Remis, Sg Sembilang. Boleh main-main lumpur sambil cari remis dan kerang. Kalau dah agak terketar-ketar nak mancing, teruskan. Ikan yang ada dekat pantai remis ni seperti ikan Sembilang, ikan Duri, ikan Gelama...last belukang pun naik.
Senyum..senyum...klik |
Happy kan..anak-anak kita. Dekat Pantai Remis, Sg Sembilang. Selangor |
Kalau suka mee udang, singgah restoran mee udang banjir. Boleh tahan juga lah..sedap, RM 8.50 semangkuk besar 'mee udang special'. Lokasi sebelum pam minyak pertonas dan Shell . Kalau otai menghala ke Kuala Selangor, restoran ini berada di sebelah kanan.
Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor |
Lihat berselerakan!!...semua bersih |
Tengah menyedut...sup-sup mee udang tu Sedappppp.... |
Mee Udang Banjir, RM8.50/Mangkuk Besar |
Pada pagi ahad, 15 September 2013 kita orang bangun pagi-pagi. Niat pada awal nak ke Teluk Intan tapi plan dah berubah dalam perjalanan ke Teluk Batik. Budak-budak nak mandi...ooooorait.
Dalam perjalanan kami singgah makan di Tanjung Karang, makan tengahri di Restoran Ambang Campur. Bolehlah tahan sedapnya. Aku makan nasi campur , lauk sotong goreng pedas dan sayur. Baru RM3.00..macam tak percaya....alhamdulillah.
Sup RM3.50 / Mangkuk |
Mee Jawa, RM4.00 / Mangkuk Sedappp... |
Dua anak Dara, dengan Mee Jawa di order... |
Restoran Ambang Campur, Tanjung Karang |
Selepas perut kenyan di isi, kami gerak ke Teluk Batik, Perak. Dalam perjalanan tu kami singgah di Durani Beach Resort. Memang makin cantik tempat ni. Dalam setengah jam di Sg. Hj Durani kami terus perjalan, sampai di Teluk Batik dalam pukul 4.00 petang. Kami checkin di Marina.
Kami checkaout pukul 12.30 tgh...terus balik KL. Sampai umah jam 6.30 petang...sambil jalan2 cari makan tepi jalan lama menghala ke K.Lumpur.
wasallam..
mee udang banjir bukan sedap pun
BalasPadamharap udang jer besaar
tapi kuah rasa x sedaap langsung