Di dalam hadis ada menyebut 7 amal yang tergolong amal jariyyah seperti berikut.
1.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat -baik melalui
pendidikan formal dan nonformal
2.
Mendidik anak menjadi anak yang soleh - Anak yang soleh akan selalu
berbuat kebaikan di dunia. Kebaikan yang
dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang
mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala
yang diterima oleh kanak-kanak tadi.
3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.
4.
Membangun masjid - Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa
yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka
Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR.
al-Bukhari dan Muslim).
5.
Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang berpergian untuk
kebaikan - Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar
mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan
mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.
6.
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang
memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau
didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan
air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan
orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membina sebuah telaga
lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan
memberinya pahala kelak di hari kiamat." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Majah).
7. Menyedekahkan sebahagian harta - Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Tip;
- Bersedekahlah ke jalan allah setiap pagi dan petang, semoga dengannya mengalirnya rezeki yang melimpah ruah dan dengannya demi kebaikan didunia dan mahupun akhirat kelak..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing