Pada hujung minggu, pada 7 Mac 2015. Memerang bergerak dengan tukang sauk yang tahun ni akan menghadapi exam tahun 6 ke lokasi Bukit Chaggang, Banting Selangor. Bertolak dari rumah jam 10.30 pagi. Sampai di lokasi sasaran memancing sekitar jam 11.20 pagi. Keadaan air sungai pada masa tu sedang surut. Memang sesuai lah...tidak apa yang nak di tangguhkan lagi. Memerang terus parking kereta ditebing sungai. Pada masa itu, memang banyak ikan keli sedang galak semasa bermain air yang sedang surut.
Berbekalkan pancing udang dan berumpankan cengkerik...apa lagi, memerang terus memburu sasaran keli sungai. Hasilnya dapatlah sebanyak 10 ekor keli sungai...keli Bukit Chaggang katakan....
Ikan Keli Bukit Chaggang, Banting Selangor Anggaran berat dalam 3 kg |
Pada belah petang selepas lunch dan sembahyang zohor. Memerang terjah lagi sasaran mencari si patin yang galak bermain air semasa lesu menunggu air pasang kembali. Berbekalkan 2 batang jorang 10 kaki dan batu ladung saiz 10 serta roti gardenia. Lokasi berhampiran pokok kekabu rendang betul betul dibawah talian eletrik. Pemburuan si patin berlansung sehingga jam 5.30 ptg. Hasilnya, dapat lah memerang daratkan seekor patin buah dalam anggaran 4.3 kg.
Cuma disini memerang nak nasihatkan kepada pemancing-pemancing, kalau memancing sekitar kawasan Bukit Changgang ke kilang besi Mega Steal. Tolong berhati-hati terutama yang memancing pada waktu air pasang dan pada waktu malam. Kawasan ini, terdapat seekor saudara kita yang mendiami jajaran sini. Anggaran mata kasar memerang dari jauh sepanjang 3 - 3.5 meter. Warna nampak kekuningan sedikit di bahagian bawah perut. Ingat, mulut jangan celupar dan teruskan memancing bukan niat kita nak berjumpa dengan saudara kita tu. Lagi pun saudara kita tu, bukanlah seperti saudara kita mendiami air payau tu seperti area Sungai Sarawak tu. Hati...hati... hati...ok
Ikan Patin Buah, Bkt Chaggang- Berat 4.3 kg Saiz cover polytrean 2 kaki tu |
Tip:
- Memancing patin, ambil kesempatan waktu air pasang surut adalah besar
- Kalau memancing malam lebih efektif, patin bermain di tebing-tebing sungai mencari makanan dan hasil pancingan agak gadang.
- Patin buah sangat sukar meragut umpan - gunakan kreatviti pemancing untuk memikat patin buah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing