Semalam, memerang ada hubungi Cikgu Nik pasal terjahan dipesisir pantai Sg.Ular Balok, Pahang pada hari minggu 13 September 2015. Memerang cuma bertanya khabar kawan-kawan hasil di perolehi lumayan ke tak.... biasa lah pemancing. Pada hari tu Cikgu Nik bersama Abang Nizam , Meran, Man, Abang Jak dan Sani.
Dari apa di ceritakan paras air laut agak tinggi dan keadaan agak bergelora sedikit. Ikan di daratkan agak kasar sedikit seperti kerapu, Tenggiri, Parang dan Kerisi. Apa yang pelik pada hari tu kata Cikgu Nik, seekor ikan yu besar melintasi bawah bot....tergaman juga dibuatnya.
Mamak dah.... mula senyum |
Tip;
1. Ikan-ikan di laut pantai timur mula bergerak naik ke kawasan cetek pantai
2. Ikan-ikan bersisik memerlukan keadaan air agak keruh dan sedikit bergelora.
3. Berbanding dengan ikan minggu sebelum ini, kali ini ikan mula menyusur kawasan cetek pantai dan kawasan berbatu, ujang, tukong dan seupamanya. Maknanya lepas raya, ikan bersisik mula banyak.
Sebahagian ikan...dalam colebox masih belum di keluarkan.. |
4. Mula bulan depan, "standby"jorang jigging action ringan PE 1-3 dan PE 4-5. Ikan bersisik seperti Kekacang, Todak, Kerapu, Tenggiri dan Ebek mula mengena tu..
5. Untuk elak kupau...sedia mata appolo untuk kerisi, kembong, selar dan ikan kunyit
6. Rujuk paras air pasang surut sebelum memancing.
Wasallam...pasti bulan depan memerang turun dengan aksi jigging ....abang nizam jangan lupa memerang di sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing