Rabu, 9 September 2015

Menjaring Di Sekitar Pantai Sungai Ular, Balok. Pahang - 1

Askm kekawan....harap semua sihat sejahtera.

Pada 6 September 2015, setelah selesai aktiviti sukan di UIAM, Kuantan. Memerang ada merancang aktiviti menjaring ikan di Pantai Sg. Ular, Balok. Pahang bersama Abang Nizam, Cikgu Nik, dan 3 lagi rakan abang nizam. Kami bergerak ke Kg Sg.Ular pada jam 6.30 pagi. Kira-kira 7.15 pagi dah sampai di pengkalan bot Sg. Ular. Suasana sungguh meriah. Suasana pagi sangat berjerebu sedikit dan kabus agak tebal.

Kuala Sungai Ular agak cetek bila air surut

Jeti Kayu untuk loading barangan
Bot-bot Nelayan
View blogSebahagian lagi bot nelayan
Aktiviti menjaring berjalan dengan lancar dari pagi sehingga jam 4.00 petang. Segala aktiviti berjalan agak santai, cuaca tidak begitu panas tetapi agak berjerubu sedikit.

 
Abang Nizam (baju kuning) Dan Cikgu Nik (life jacket)- Selamba jeeee...


 
Aktiviti mengangkat jaring setelah 1 jam di labuhkan...
Sebahagian Hasil -cukup dibuat lauk ikan segar
Aktiviti seperti ini berjalan setiap hujung minggu, kata abang nizam. Memancing sambil santai. Best tuuu......Hasil pada hari tu tak lah banyak. Sekadar 3-4 kilo/seorang, cukup dibuat lauk. Hasil terbaik memerang pada hari tu.....dapat daratkan anak ebek 3 ekor dalam angaran 1 kilo/sekor. Aktiviti memancing ikan besar akan dirancang selepas Raya Haji. Apa-apa pun....roger..roger...kata abang Nizam. Tunggu dan lihat hasilnya...ok

Wasallam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing