Khamis, 25 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 2 - Alatan yang perlu di sediakan untuk membuat Mata Rambai / Mata Bomb

Disini aku nak senaraikan alatan dan bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat mata rambai / mata bomb. Mata rambai / mata bomb yang aku tunjukkan sebelum ini bukan aku 'ceduk' dari mana-mana otai-otai lain atau mana-mana majalah. Mata rambai / mata bomb ini hasil dari rekaan dan kreativiti aku sekian lama dalam aktiviti memancing. Idea ini tercetus akibat banyak kejutan yang dihasilkan oleh umpan-umpan cyber dalam dunia memancing. Cetusan idea ini juga lah terhasil banyak umpan-umpan 'killer' dapat aku bangunkan untuk menangkap moster-moster di lubuk-lubuk sungai yang aku terjah.

Harapan idea aku ini menjadi panduan, idea ini berpanjangan dan menjadi cetusan idea baru dalam 'inovasi' mata rambai / mata bomb. Kepada otai-otai lama ataupun baru mencebur diri dalam dunia memancing. Diharapkan memberi komen-komen bernas untuk aku 'inovasi' kan lagi idea yang tak seberapa ini. 

Alatan yang diperlukan :

Player dan gunting
1.Sediakan gunting, player mata tajam dan player mata tumpul. Barang -barang seperti ini tahan lama. Tak rugipun kalau beli yang mahal.








 
Dawai Stainless Steel
2. Sediakan dawai steanless steel. Selalu aku guna dawai untuk troling. Harga lebih kurang RM 6.00-RM8.00 di kedai-kedai pancing. Kekerasan dawai bergantung kepada pemancing dan saiz target ikan yang nak di pancing.
 
3. Sediakan spring ( saiz besar dan kecil ) mengikut keperluan anda. Sediakan juga manik bersaiz besar dan bersaiz kecil. Aku selalu gunakan kedua-dua saiz diatas.

4. Sediakan 'ring'. Ring kecil banyak dijual dikedai-kedai pancing. Ada yang mahal dan yang murah. Harga sekitar RM 3.50 - RM 4.50 sepeket. Ring ini perlu kuat, Pertimbangan perlu di ambilkira target ikan yang hendak di pancing. Kalau aku yang moster-moster sajeeeeaaaa...  

Tali Tangsi
5. Sediakan tali tangsi untuk perambut mata pancing. Selalu aku gunakan kekuatan : 40 ib, 50ib dan 60ib hingga 80ib. Pilihlah tangsi yang monokarbon dan seangkatan dengannya. Penting supaya sinaran cahaya matahari /cahaya tidak nampak si target sasaran di lubuk nanti. Aku selalu pakai Ichiban. Kebanyakan tali tangsi buatan jepun ni memang baik kerana ada daya regangan dan spring yang baik. Jangan gunakan tangsi yang 'hard strong'. Nanti mudah tussssss bila berlaku asakan bertalu-talu dari moster-moster.....Harga tangsi seperti ini sekitar RM 25.00 - RM 30.00.

Mata Pancing
6. Sediakan mata pancing mengikut keperluan otai-otai dan target ikan yang hendak dipancing. Selalu aku gunakan mata bersaiz 14 -18. Jenama i-fish. Pilih mata yang mempunyai kekuatan tinggi dan mata cukup tajam. Pakai prinsip "sekali umpan dilabuhkan seekor ikan didaratkan". Jangan memilih mata pancing yang mudah lentur. Mahal sikit tak kisah jangan kedekut dan sayangkan duit untuk beli mata pancing yang mahal. Janji menang memakai. Pada aku fikir nak daratkan yang moster-moster aaajjeeeaa....tu mata pancing nak 'strong'.

7. Terakhir, sediakan pengasah / kikir untuk tajamkan mata pancing bila dah siap. Banyak dijual di kedai-kedai hardware. Harga aku beli hari tu sekitar RM10.00 hingga RM15.00. Kalau sekitar pasar karat jln TAR dan Pudu pun ada jual.

Ring
Pengasah /Kikir










Bila semua dah disediakan, macam mana nak siapkan.....seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing