Ahad, 22 April 2018

Sotong Teluk Kalong 1, Kemaman

Askm kekawan...sihat?

Hasil memerang perolehi semasa turun di Teluk Kalong pada 5 April 2018 (Khamis Mlam Jumaat)

Saiz Torak Teluk Kalong - 3 ekor / kg

 
Baki Sotong Torak setelah dijual

Memerang ke Laut jam 4.30 petang dan balik ke darat jam 9.00 pagi. Hasil diperolehi 50 kilo Sotong Torak, 2 ekor ikan Tenggiri, 7 ekor kekacang. Yang seronoknya tengah memancing pun ada oder nak sotong, bila dah mendarat belah pagi dah ada orang ramai tunggu ambil booking masing. Dalam gambar tu, cuma baki setelah dijual. Baki ini memerang tolak ke Taukeh ikan di Pasar Kemaman dengan harga cukup murah RM21.00/kg. Pemborong makan besar. Setahu memerang harga di Kuala Lumpur RM 33.00 - RM 35.00 sekilo.

Memerang nasihat pembeli beli terus dengan nelayan di Pantai, dimana boat di daratkan dengan harga murah RM 21.00 - RM25.00 sekilo.

Maaf kekawan memerang tak sempat tulis panjang ...bzzzz dgn kerja dan bzzzzz dengan hobi memeancing..😆😆😆😆

Wasallam...

Khamis, 22 Mac 2018

Musim Sotong Dah Tiba..!!!





Askm kawan-kawan pancing.




Dah lama memerang tak update blog...sorry ya..sibuk sikit. Sekarang memerang bertapak di Kemaman. Mungkin untuk 10 tahun akan datang. Faham-faham je...di sini lubuk ikan, dilaut, sungai mahupun didarat malah kehutan. Banyak aktiviti boleh dibuat. Cuma masa tak mengizinkan.




Cuma disini nak maklumkan kekawan, sekarang musim sotong dah mula banyak...bolehlah kekawan yang kaki candat treverlling ke Kemaman, K Terengganu...ahhhh mana-mana, booking siap boat. Bagi kekawan group Pandan Indah...roger-roger ya...nanti booking boat penuh.




Memerang baru nak warming ...lihat hasilnya....




Wasallam

Jumaat, 12 Mei 2017

7 Keistimewaan Puasa Bulan Sya'ban

1. Menurut Imam Nawawi, pada hari nisfu Sya'ban (hari ke lima belas) tahun kedua Hijriyah, telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam yaitu dari Masjid Al-Aqsa ke Kab'bah di Masjid Al-Haram.

2. Telah terjadi peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah.
Kemenangan berpihak kepada Islam dan terjadinya perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

3. Bulan Sya'ban merupakan bulan dimana amal-amal kita diangkat untuk dihadapkan kepada Tuhan.
Hal ini berdasarkan hadits riwayat An Nasai dan Abu Dawud dan ditashih oleh Ibnu Huzaimah dari Usamah bin Zaid, katanya,
"Aku berkata, Wahai Rasulullah, aku tidak melihat tuan berpuasa dari satu bulan dari beberapa bulan seperti puasa tuan di Bulan Sya'ban."
Beliau menjawab, "Itu adalah bulan yang dilupakan oleh manusia antara bulan Rajab dan Ramadan. Bulan Sya'ban itu bulan amal-amal diangkat ke hadapan Tuhan semesta alam. Oleh karena itu, aku senang apabila amalku diangkat, sedangkan aku berpuasa."

4. Bulan Membaca Al-Qur'an.
Diriwayarkan dari Anas ra, berkata,
"Adalah orang-orang muslim apabila masuk bulan Sya'ban, mereka membuka mushaf-mushaf Al Qur'an dan membacanya, mengeluarkan zakat dari harta mereka untuk memberi kekuatan kepada orang-orang yang lemah dan orang-orang miskin untuk melakukan puasa Ramadan."

Berkata Salamah bin Suhail,
"Telah dikatakan bahwa bulan Sya'ban itu merupakan bulannya para qurra' (pembaca Al Qur'an)."

Dan adalah Habib bin Abi Tsabit apabila masuk bulan Sya'ban dia berkata,
"Inilah bulannya para qurra'."

Dari 'Amr bin Qais Al-Mula'i apabila masuk bulan Sya'ban dia menutup tokonya dan meluangkan waktu (khusus) untuk membaca Al-Qur'an."

5. Bulannya Rasulullah SAW.
Hal ini berdasarkan sabda baliau yang berbunyi,
"Bulan Rajab itu adalah bulan Allah, bulan Sya'ban adalah bulanku dan bulan Ramadan adalah bulannya umatku."

Rasulullah SAW pada setiap setiap malam tanggal 15 Sya'ban selalu melakukan shalat malam dengan sangat lama, menunaikan kewajiban bersyukur kepada Allah SWT, sehingga Al-Hafidh Al-Baihaqi dalam kitab Musnadnya meriwayatkan hadits dari A'isyah ra katanya,
"Rasulullah SAW pada suatu malam bangun, lalu melakukan shalat. Beliau memperlama sujud, sehingga aku mengira beliau telah wafat. Setelah aku melihat yang demikian itu, aku bangun sehingga menggerakkan ibu jari beliau, dan ibu jari beliau bergerak."

6. Pada setiap malam nisfu Sya'ban, Rasulullah SAW selalu mendoakan umatnya, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal.

Dalam hal ini, Sayyidina Ali ra menceritakan sebagai berikut,
"Susungguhnya Rasulullah SAW keluar pada malam ini (malam nisfu sya'ban) ke Baqi' (kuburan dekat masjid Nabawi) dan aku mendapatkan beliau dalam keadaan memintaan ampun bagi orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan dan para syuhada."

Banyak hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam kitab musnad beliau, Imam At-Tirmidzi At-Thabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Al Baihaqi dan An Nasai, yang menetapkan bahwa Rasulullah SAW adalah memuliakan malam Nisfu Sya'ban dengan memperbanyak shalat, doa dan istighfar.

Jadi, bukanlah perbuatan bid'ah dan bukan pula perbuatan aneh jika malam nisfu Sya'ban dijadikan malam untuk banyak berzikir, berdoa dan istighfar dan melakukan shalat bagi kaum muslimin

7. Bulan turunnya Allah SWT ke muka bumi.

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Jika terjadi malam nisfu Sya'ban, maka shalatlah kamu sekalian pada malam harinya, dan puasalah kamu sekalian pada siang harinya. Karena sesungguhnya Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun pada malam tersebut ke langit dunia mulai dari terbenam matahari dan berfirman,
"Apakah tidak ada orang yang meminta ampun, sehingga Aku mengampuninya? Apakah tidak ada orang yang meminta rezeki, sehingga Aku memberinya rezeki? Apakah tidak ada orang yang terkena bala, sehingga Aku dapat menyelamatkannya? Apakah tidak demikian, apakah tidak demikian, sehingga terbit fajar."

Imam Al-Ghazali mengistilahkan malam Nisfu Sya'ban sebagai malam yang penuh syafaat (pertolongan).
Menurut Al Ghazali, pada malam ke 13 di bulan Sya'ban, Allah SWT memberikan tiga syafaat kepada hamba-hambanya.
Sedangkan pada malan ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh.

Subhanallah...

Jumaat, 28 April 2017

Perambut Ikan Tenggiri - Umpan Hidup

Askm wbr ...kekawan sihat?

Disini memerang nak berceloteh pasal membuat perambut untuk memancing Ikan Tenggiri menggunakan umpan Ikan hidup. Kekawan lihat gambarajah di bawah.

Dari gambaran rajah diatas merupakan cara kebanyakan orang membuat perambut.

Mengikut cara memerang buat perambut agak lain sedikit. Memerang tidak memakai tali mono langsung. Memerang akan ikat tali utama terus pada perambut dawai menggunakan kekili. Belon/pelampung akan di ikat pada tali utama dengan membuat sipulan mudah untuk meletakkan belon. Dalam anggaran  2 atau 2 1/2 depa dari umpan di pasang.Perambut dawai sekurang kurangnya 2-3 kaki panjang.

Begitu mudah....selamat mencuba.

wasallam.

Tip;
  • Gunakan 3 mata pancing - mata 1 dan mata ke-3 ikat seperti biasa mengikut besar/kecil ikan/umpan. Mata kedua/tengah biarkan bergerak bebas.
  • Tali utama yang di ikat terus ke perambut dawai menggunakan kekili 2 lubang bertujuan untuk memudahkan karauan ikan paling hampir dengan hujung jorang. Memudahkan ikan di cangkuk/sauk tanpa memegang tali pancing. Lebih-lebih lagi...hasil tangkapan adalah besar.
  • Gunakan umpan ikan selar, kembong,sardin dan seumpamanya.
  • Selalu bawa apollo untuk dapat ikan segar hidup.

Selasa, 25 April 2017

Tekong Boat Tanjung Sedili, Kota Tinggi . Johor DT


 Askm Wbr.......

Tujuan memerang nak memperkenalkan kepada kekawan tekong boat laut dalam untuk kaki pancing laut Dalam.

Pada 21-23 April 2017, memerang ada terjah Laut Kuala Sedili dengan beberapa orang kawan....Faizal,Andak,Abang Mat,Shahril dan Izan. Hasil diperoleh cukup untuk buat lauk. hanya memperolehi 14 ebek, 3 GT, 1 ikan karang, beberapa ekor ikan senagin dan ikan gelama hasil appolo. 

Buat masa sekarang sotong masih belum banyak di perairan Sedili. Memerang dan group akan terjah lagi pada bulan Ogos nanti. pada masa ini dijangkan ikan galak memakan umpan dan sotong berada pada tahap maksimun di Perairan Sedili. Buat masa sekarang tenggiri tengah galak. Sebelum tu...memerang nak terjah dulu perairan Kuantan sebelum tutup tirai bulan puasa.

Kalau kekawan rasa nak terjah boleh contac Tekong Tat di Nombor  019-7831296. Padai-padai kekawan deal harga pakej.

selamat mencuba

Wasallam...

Tip;
  • Cari Tekong boat mudah berbincang "mudah kira".
  • Pakej disediakan berpatutan dengan harga seperti makan dan minum disediakan, umpan dan boat ada tempat tidur.
  • Keselesaan semasa memancing 7-8 orang pemancing dan tekong dan awak di bawa sedia membantu apabila pancing mengena serta mudah memberi tunjuk ajar (bagi pemancing junior).
  • Mudah bertukar lokasi apabila ikan kurang mengena
  • Boat terdapat GPS dan sonar ikan.
  • Cari group satu "kepala"
  • Rancang bila nak turun terjah berpandu kelender Islam...baru best gilaaa

Selasa, 28 Mac 2017

Jenis -jenis Ikan Kelah

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:

a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.
"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.

“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Kehebatan Awak Wan, Sg. Semerak Kelantan.

Askm wbr kekawan...

Cukup Gambar boleh membayangkan kehebatan Awak Wan. Seorang yang cekap mengendalikan sauh, dan sedia membantu pemancing-pemancing yang dibawa oleh Tekong Halim. Asal orang Perak. Awak wan boleh dihubungi di Nombor ; 013-9915257

Lokasi lubuk Unjang Laut , Tok Bali...14.8kg
Lokasi Kuala Sg Tok Bali...19 kg/ekor
Lokasi Unjang Laut Tok Bali ...16.5 kg
Lokasi Unjang Laut Tok Bali...18.2 kg
Awak Wan sentiasa suka membantu pemancing di bawa....senang kira. Bila call bagi tahu memerang bagi tahu. Wasallam..

Tekong Halim Sg.Semerak, Kelantan

Askm kekawan semua...tentu sihat kan...alhamdulillah
Dah lama memerang tak menulis...sebenarnya memerang kurang sihat....begitu lah kita kekadang diatas, kekadang dibawah. Begitu juga kesihatan kita, maklum lah dah nak masuk 5 series...

Di sini memerang nak perkenalkan tekong Halim. Bot berpengkalan di Jambatan Sg Semerak. Bagi pemancing tegar area Pasir Puteh dan  Tok Bali yang nak melepas gian memancing boleh roger-roger Tekong Halim . Kontak Nombor 016-6111653 . Call jangan tak call!!!!....
Pengkalan Sg Semerak - 1.5 Km dari Balai Polis Semerak
Tekong Halim Dan Awak Wan
Tekong Halim
Orangnya peramah, mudah kira...mahir tentang lubuk area Tok Bali Dan Kuala Besut, termasuk kawasan ujang darat dan ujang laut. Harga sewa boleh dirunding. rogerrrrr ya, cakap memerang bagi tahu. Sekian, wasallam

Rabu, 9 Mac 2016

Hikmah di Sebalik Gerhana Matahari, Pada Pandangan Islam


Sedarkah Kita....Hari ini berlaku Gerhana Matahari ? 

Gerhana Matahari merupakan fenomena alam yang berada dibawah kehendak Allah Subhana huwata alla .Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita harus yakin bahawa ianya adalah sebagian dari "qauniyah Allah" yang ditunjukkan kepada manusia agar semakin percaya dan yakin akan kebesaran-Nya. Seluruh alam dan segala isinya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaranNYA.

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
  
وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ   
”Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kaliann sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepada-Nya.” (Surah Fushshilat: ayat 37)
 
Hikmahnya;

Allah menjadikannya sebagai perimgatan agar hamba-hamba-Nya takut kepada-Nya. Maka takkala terjadi gerhana hendaklah umat manusia segera ingat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan segera menyadari bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala sedang mengingatkan kelalaian manusia dengan ancaman azab-Nya. Jadikan, peristiwa gerhana matahari boleh memberi nilai tambah "Value Added" dalam keimanan kita, bukan hanya menyaksikan kejadiannya sahaja tanpa mengambil pengajaranya.
Firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka bergetarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka hanya bertawakal kepada Rabb mereka.” (QS. Al-Anfal: 2)
Az-Zajaj mengatakan, “Maksudnya, apabila disebutkan tentang kebesaran dan kekuasaan-Nya dan ancaman hukuman yang akan ditimpakan kepada orang-orang yang durhaka kepada-Nya maka hati mereka pun merasa takut.” (lihat Zaadul Masir, hal. 540)

Gambar Yang Memerang ambil Pagi Tadi, 8.20 pagi pada 9 Mac 2016.

Sesuai dengan peristiwa Gerhana Matahari terjadi antara pagi-siang (sesuai zona waktu), maka beberapa perkara kita boleh lakukan:

Pertama, berdzikir, mengingat Allah akan kebesaran-Nya, memantapkan hati seraya memuji kebesaran-Nya dengan mengucapkan Takbir “Allahu Kabar”.
Tentang hal ini para ‘ulama mengatakan bahwa takbir saat gerhana bukan seperti takbiran pada hari raya. Tetapi mengagungkan Allah seraya bertakbir dengan suara lirih atau pelan.

Kedua, mengerjakan sholat Kusuf atau Khusuf (Gerhana) sebanyak 2 rakaat. Dianjurkan dilaksanakan secara berjama’ah, dilaksanakan di dalam masjid, tanpa azan dan iqamat.
Tatacara pelaksanaan Shalat Gerhana berjumlah dua raka’at, empat kali rukuk (dalam dua raka’at) 
Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha, beliau mengatakan,
أنَّ الشَّمس خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَبَعَثَ مُنَادياً يُنَادِي: الصلاَةَ جَامِعَة، فَاجتَمَعُوا. وَتَقَدَّمَ فَكَبرَّ وَصلَّى أربَعَ رَكَعَاتٍ في ركعَتَين وَأربعَ سَجَدَاتٍ.
“Aisyah radhiyallahu ‘anha megatakan bahwa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari. Beliau lalu mengutus seseorang untuk memanggil jama’ah dengan: ‘ASH SHALATU JAMI’AH’ (mari kita lakukan shalat berjama’ah). Orang-orang lantas berkumpul. Nabi lalu bangun dan bertakbir. Beliau melakukan empat kali ruku’ dan empat kali sujud dalam dua raka’at.” (HR. Muslim no. 901)

Semoga dengan terjadi fenomena Gerhana Matahari ini mari kita mengajak seluruh ahli keluarga kita, anak-anak kita, kaum kerabat kita dan masyarakat sekitar kita agar untuk bersama-sama takut kepada Allah perbanyakkan berdzikrir, berdo’a, bertakbir, dan bersedekah. Sesungguhnya, alam ini sudah tua, alam ini sudah dipenghujungnya. Hari Kiamat itu pasti tiba. Janji ALLAH itu PASTI.

Nasihatku;
 
Saudaraku, takutlah dengan fenomena alami ini. Sikap yang tepat ketika fenomena gerhana ini adalah takut, khuwatir akan terjadi hari kiamat. Bukan kebiasaan orang seperti kebiasaan orang zaman sekarang ini yang hanya ingin menyaksikan peristiwa gerhana sebagai fenomena alam tanpa mahu mengindahkan tuntutan dan ajakan Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam. Siapa tahu dan sedar lah peristiwa ini adalah tanda datangnya bencana atau azab, atau tanda semakin dekatnya hari kiamat. Lihatlah dengan mata hati dengan penuh keinsafan akan kekuasaan NYA dan azab ALLAH itu sangat pedih. 

Wallahu a’lam bish shawab....

Jumaat, 4 Mac 2016

10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara

Askm wbr.....
Di petang jumaat penuh berkat ini. Cuba kita renung-renungkan sejenak walaupun sibuk dengan urusan harian. Semoga bermunafaat...Wasallam


Khamis, 25 Februari 2016

Ikan Laut dan Umpan

Askm wbr...
Daripada tiada apa nak di tulis....memerang berceloteh pasal umpan ikan laut terutama bagi pemancing baru nak berjinak dengan pancingan laut. Sekadar pengetahuan yang memerang ada ..!!!
Ikan Layaran - guna ikan kembung hidup, perambut 2-3 depa (lagi panjang lagi baik) Guna teknik apungan/hanyut atau bawah belon yg di ikat longar agar ia terlepas apabila disentak layaran. Perambut sekurangnya 80-100lb mono, tali utama 60 -80lb.
Ikan Tenggiri - ikan kembung hidup atau mati dicangkup dekat mulut dari bibir bawah ke atas, kalau nak lagi mujarab tambah sesudu atau manik. Trolling dengan bot pada kadar kelajuan 2-4 knot. Guna dawai 30-40lb sekurang nya satu kaki panjang dari mata kail, kalau tidak habis, gigi tenggiri tajam macam gergaji. Tambah pemberat dua atau tiga depa dari mata kail agar umpan Kembung tenggelam di bawah air ketika menarik dgn bot. kalau tak nak tarik dgn bot, guna kaedah hanyut, tapi kembung kena hidup dan pakai pelampung supaya ia berada di pertengahan air, jarak 3 depa dari pelampung ke umpan.
Ikan Jenahak - Umpan paling best sotong Kurita kalau boleh dapat, kalau tidak sotong biasa tapi yg hidup. Umpan nombor dua udang Lipan yg fresh atau hidup. Jenahak juga bantai jig.
Ikan Merah - umpan ikan potong atau jig.
Ikan Senangin - umpan ikan potong,ikan bulu ayam hidup, udang hidup, jig dan apollo
Ikan Kurau - sama dengan Senangin tapi tak main Apollo, anak Gelama hidup pun dia bantai.
Ikan Gerut dan Tebal Pipi - udang hidup, ikan potong
Ikan Gelama/ Sembilang/Duri - pumpun, udang, ikan potong, sotong potong. Umpan lagi berbau busuk lagi baik
Ikan Belitung - ikan hidup hanyut, gewang, sotong hidup
Ikan GT - popper, jig
Ikan Sagai - jig, udang hidup, bilis
Ikan Kerisi - sotong,ikan potong, udang mati - biasa pakai appollo
Ikan Kerapu - gewang selaman dalam, jig, sotong, udang, ikan potong
Ikan Pari - ikan potong, sotong dan udang
Ikan Siakap Merah - gewang selaman dalam, udang hidup, ikan potong, isi siput berkulit hitam
Ikan Pecah Periuk - kaedah hanyut ikan potong, sotong atau udang hidup
Ikan bebolos - perumpun,udang kecil, isi ikan
Ikan tirusan,ibu gelama - beliak mata,udang hidup

Semoga bermunafaat.....

Tip; 
  1. Biasakan diri membawa jala bagi memudahkan pencarian umpan hidup dan segar seperti udang
  2. Sentiasa sediakan mata apollo setiap kali turun memancing di laut - untuk menjerat ikan tamban, kembong, selar, tongkol dan seumpama untuk dijadikan umpan.

Rabu, 17 Februari 2016

Umpan Buah Lakum, Berembang dan Buah Ara sungai

Askm kekawan semua...tentu sihat sihat dengan rahmat allah..

Teringat memerang nak berceloteh hari ni pasal umpan buah Lakum, buah Berembang atau buah pidada kata orang Sabah dan Sarawak dan buah ara sungai. Pada minggu lepas memerang ada terserempak dengan sekumpulan pemancing di tebing Sungai Dengkil. Sambil bersembang-sembang kononnya ramai dikalangan dia orang tak kenal buah-buah nihhh....emmm sedih betul. Mungkin dia orang masih junior pasal ni...nasib...nasib. Buah-buah ini bukan sahaja di gunakan untuk memancing ikan patin tetapi ikan kelah di hulu sungai.

Hasil bantuan abang google...memerang dapatkan beberapa gambar untuk lebih jelas bagi adik-adik yang masih baru mencuba dunia memancing.

Buah Berembang atau Buah Pidada
Buah Lakum
Buah Lakum atau anggur sungai di zoom kan
Buah Ara Sungai
Cuba cari...banyak terdapat ditebing-tebing sungai mana sekalipun. Kalau buah lakum (anggur sungai) tu pokok berakar banyak menjalar di kawasan semak samun dan pokok-pokok renek di tebing sungai

Tip;
  1. Umpan buah berembang atau pidada, buah lakum dan Ara sungai hanya untuk memancing ikan Patin Buah. Kalau di hulu sungai untuk memancing ikan kelah. 
  2. Umpan Ikan kelah boleh juga guna isi buah getah bakar, buah sawit peram / bakar dan banyak lagi buah hutan boleh digunakan. Masuk hutan cuma bawa joran jeee....umpan tak payah fikir sangat....semua mudah.

Jumaat, 12 Februari 2016

Pertanda Bahawa Kita Hidup di Akhir Zaman

Askm wbr kekawan.....tentu sihat?
Cuba kita renung-renungkan sejenak di pagi jumaat yang mulia lagi berkat ini ..

Dari Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman, akan ada orang yang membawa cambuk seperti ekor sapi. Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah.”  (HR. Al- Albani)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika engkau diberi kesempatan yang panjang, engkau akan melihat suatu kaum yang pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah. Di tangan mereka ada semisal (cambuk) ekor sapi.” (HR. Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya, yaitu suatu kaum yang bersamanya cambuk seperti ekor sapi, yang dipukul untuk memukul manusia, dan para wanita yang berpakaian, tetapi telanjang, berjalan lenggak-lenggok, dan kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal,baunya dapat tercium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.” (HR Muslim)
Sebagian dari tanda itu telah terjadi dalam sejarah Islam dan akan muncul lebih hebat/berleluasa lagi sebelum terjadinya kiamat, yaitu ketika ilmu dicabut (contoh: orang-orang beriman dan beramal soleh banyak meninggal dunia) dan muncul kebodohan (orang fasik) sehingga Islam tidak tersisa lagi, kecuali pada nama dan tulisannya sahaja.

Turunnya bencana alam dan siksaan berat dari pemimpin yang Zalim
Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman sebelum munculnya Al-Mahdi, umatnya akan ditimpa musibah yang besar, seperti cubaan dan siksaan berat yang dilakukan oleh para pemimpin dan hakim yang zalim. Mereka menyempit ruang gerak / digam orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat menempati seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar terbebas dari cubaan, siksaan, kejahatan, dan kezaliman para pemimpin tersebut. Situasi begini akan terus berlangsung hingga munculnya Al-Mahdi untuk menghukum mereka. Ia memerintah (memenuhi) bumi ini dengan kabaikan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman dan pembunuhan.
.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cubaan yang dahsyat  dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cubaan yang lebih dahsyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka karena bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian, Allah Azza wa Jalla mengutus seseorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit redha dengannya, dan bumi tidak menyimpan sesuatu pun dari bijinya, kecuali mengeluarkannya.  Begitu juga dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Ia hidup di tengah-tengah mereka selama tujuh, delapan, atau sembilan tahun agar semua yang hidup dan mati menikmati apa yang telah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhadap penduduk bumi dari kebaikan-Nya.”(HR Hakim)
Keadaan ini merupakan rangkaian dari bencana sebelumnya. Kezaliman mengakibatkan situasi seperti ini. Begitu juga dengan berbagai fitnah, kejahatan, kezaliman pemimpin terhadap rakyatnya, dan sedikit rezeki serta kebajikan. Semua itu mengakibatkan kebimbangan manusia antara beriman dengan kufur.
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi hingga seseorang yang melewati kuburan dan mengatakan, seandainya aku dapat menempati tempatnya.”(HR Asy-Syaikhoni)

Renungkanlah!

Bukankah hal-hal ini sudah terjadi di depan mata kita? Bukankah banyak pemimpin yang zalim kepada rakyatnya di zaman sekarang? Cuba lihat apa berlaku di negara-negara arab sekarang!!!... Dan tidak hanya itu, banyak kebodohan tersebar di zaman sekarang, perkara bodoh dan tidak penting diperbesar dan agung-agung menjulang, dimana banyak berita-berita fitnah/palsu banyak tersebar dengan mudah dan cepat di dalam masyarakat, sementara kebenaran sengaja ditutupi dan disembunyikan serta orang-orang lebih cenderung mendengarkan perkataan orang-orang bodoh, dibandingkan perkataan/pandangan para-para ulamak. Dan banyak lagi....fikir-fikirkan?. Inilah pertanda bahawa kita hidup di akhir zaman.

Semoga Allah melindungi kita dan menjauhkan kita dari fitnah di akhir zaman ini. 

Wassallam.....allah hu'akbarr

Selasa, 26 Januari 2016

Ikan Patin Sg. Kelambu, Banting

Askm kekawan semua.....sihat?

Dah lama memerang tak poskan hasil memancing. Sebenarnya, memerang tidak begitu sihat sangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Redha je lah ketentuan illahi.  Cuti hujung minggu thaipusam badan rasa dah boleh bertatih sedikit. Lagipun dah lama tak memancing, memerang terjah sg kelambu hasilnya boleh tahan. 

Cuma nak ingatkan kepada kawan-kawan memancing sepanjang sungai Bukit Chaggang hingga ke Banting supaya berhati-hati. "Tuan tanah" tengah mengatal/ mengawan terutamanya pada masa air pasang. Hati-hati bila meyusur tebing sungai, lagi-lagi kalau memancing waktu malam....igat tau...ni bukan main-main faham...dah ada cerita, orang asli disergah hingga jatuh sungai. nasib sempat naik ke tebing...Ada 2 ekor yang selalu kelibat di permukaan air. Satu berwarna agak ke kekuningan, itu jantan. Seekor lagi berwarna kehitaman/kelabu, itu betina....besar betul tu...

Ikan Patin Sg Kelambu. Banting
Memerang akan mencuba lagi pada cuti hujung minggu ni.....memancing ikan patin dan keli.

Tip:
  1. Pakai buah berembang dan buah lakun kira umpan killer di sungai ni
  2. Roti, dedak dan roti canai cuma laku area dengkil.
  3. Ikan rakus meragut umpan semasa air sedang menongkah naik dan mula jernih
  4. Bahaya - tuan tanah tengah mengatal sebab musim mengawan terutama pada masa air pasang.

Isnin, 30 November 2015

Ikan Patin Dengkil area kabel Voltan Berkuasa Tinggi

Asallamuallaikum wbr kawan-kawan.....

Dah lama juga memerang tak turun Sg Dengkil. Semalam (29.11.2015_Ahad), memerang ada kesempatan masa ke Sg Dengkil. Bertolak dari umah jam 7.30pg. Sampai dengkil jam 8.15pg. Kebetulan semalam di dengkil ada pasar pagi. Memerang ronda-ronda cari nasi kerabu berlauk ayam percik dan air tea O. Biasalah bila jumpa kawan yang berbelanja dapur dekat pasar tu...sembang-sembang dulu. Memerang masuk port jam 9.15 pagi area kebun pisang, area kabel eletrik berkuasa tinggi tu. Pada sesiapa pernah memancing di Dengkil dah tahu area ni.  Jalan nak masuk area ni agak becah dan berselut merah akibat perlombongan pasir. 

Hasilnya, 4 ekor ikan patin dan 1 ekor ikan keli. 2 ekor ikan patin sedang-sedang dalam 2.5-3kg/seekor dan 2 ekor lg ikan patin "mini". Tepat jam 1.30 tengahari, memerang bergegas balik rumah untuk rehat dan sekadar melepas "gian" memancing.

Ikan Patin Dengkil - anggaran 2.5 - 3 kg / ekor
Tip;
  1. Pakai umpan gantung sekitar 1-1.5 kaki dari dasar sebab sungai dengkil berlumpur agak tebal di bahagian dasar sungai. Kalau tidak umpan anda tenggelam dalam lumpur. 
  2. Umpan mesti berbau

Jumaat, 16 Oktober 2015

Mengingati Kematian adalah nasihat terbaik Dan guru kehidupan


“Mengingati kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita… 

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…
Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…

Wasallam...

Selasa, 13 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong . Pahang - 2

Askm kekawan....

Pada 10 Okt 2015 (Ahad), memerang ada meninjau satu lubuk ikan di hightway Karak. Keadaan lombong agak baik dan sesuai untuk memancing malam tapi secara berkumpulan. Memerang ada menduga untuk meninjau penghuni lombong tersebut. 

Dari tinjauan memerang, lombong ini di huni Ikan Patin, Kaloi, Ikan Kap, Ikan Keli (badan hitam dan perut putih), Ikan lampan jawa dan seangkatannya. Pada hari tersebut berlaku kejutan. Memerang ternampak ikan yang agak besar timbul dipermukaan dari jarak 50 meter. Berbandan agak kekuningan, panjang dalam anggaran 1 meter. Apakah itu ikan atau apa makluk apa lagi dalam lombong tu...kalau itu ikan, sememangnya besar. Lentuk pancing dibuatnya.

Pada asalnya, lombong ini nak dijadikan tempat Jackport memancing, banyak ikan dibela dan dilepaskan ke lombong. Itu maklumat yang memerang perolehi dari taukeh lombong pasir di sungai berdekatan. Sekarang dah terbiar....jadi la lubuk memancing bagi kaki pancing area Bentong.
Tip;
  1. Bawa umpan dedak, sawit peram dan cengkerik 
  2. Sesuai untuk memancing malam atau selepas hujan sebab air agak jernih, ikan bermain di tengah lombong.
  3. Memancing secara berkumpulan sebab kawan sekitar semak samun...faham-faham la yea.
Wasallam....

Khamis, 8 Oktober 2015

Pisau Lapah

Askm wbr semua pelawat blog memerang.....

Disini memerang ada koleksi sebilah pisau lapah. Pisau ini selalu memerang gunakan untuk sembelihan binatang ternakan bersaiz kecil seperti ayam/ayam hutan, itik, burung punai, pelanduk, landak, dan seumpamanya. Pada musim korban, memerang gunakan untuk melapah kulit lembu. Koleksi ni dah jadi teman memerang, sejak 25 tahun dulu. Menjadi teman setia di pinggang semasa meredah hutan rimba. Pisau ini cukup tajam .

Pasangan kembarnya iaitu Golok sembelihan " Sebenarnya memerang sedang berjinak diri untuk sembelihan binatang yang lebih besar seperti Kerbau, lembu, Unta seumpamanya. Nanti memerang perkenalkan golok sembelihan tu nanti...insyaallah.

Kalau ada kekawan berminat boleh buat tempahan dari memerang tapi mengambil masa sedikit untuk diposkan, lebih kurang 2 minggu atau lebih sedikit. Sebenarnya, pak saudara memerang menempanya.
  
Specifikasi :
Panjang Keseluruhan : 12 inci
Panjang mata Pisau    : 8 inci
Buatan Mata Pisau     : Stailess Stail, tahan karat - memerang dah lupa mana "brand"
Lebar Mata                 : 1 inci lebih
Sarung Dan Ulu         :  Kayu _ dah lupa nama kayunya.
Batu Asahan Pisau     : Batu Cap Dayak
Maklumat Lanjut       : Masej / Whatsapp Memerang - 019-6790395

Rabu, 7 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong. Pahang - 1

Askm.....
Lubuk ini memerang terjah minggu lepas pada 5 Oktober 2015.  Nampak Ikan Patin moster melibat permukaan air begitu galak sekali. Sebenarnya, memerang dalam usaha mencari lubuk baru setelah lubuk-lubuk di Sg. Dengkil -Banting, Sg. Bestari Jaya - Bkt Tagar dah puas memerang bertapak. Lihat hasilnya nanti. Target Ikan Patin , Ikan Kaloi Dan Ikan Baung.......Insyaallah.

Pandangan dari Lebuhraya
Keadaan Lubuk 1 -belah pagi
Sekadar Menduga & Pemerhatian target
 Kalau ada kekawan nak komplot tu boleh roger memerang....tunggu umpan sawit peram memerang masak elok sedikit.

Tip;
  1. Tinjau Lubuk dan Target sasaran sebelum memancing