Khamis, 2 Julai 2015

Mengejar Syurga Allah - Renung Dan Fikir-Fikir...

Ahli nikmat berkata: 
  • Bila kita condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan.  Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.
  • Syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka.  Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.
  • Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.   
  • Sesungguhnya, titian sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, lagi berduri sedangkan dikiri kanan malaikat memimpin seraya berdoa "Robbi Sallim Sallim" (Ya Tuhan Selamatkan, Selamat)
  • Orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari titian sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan tempatkan saya di sini".  Jawab Tuhan:  Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu.  Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan:  Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia terdiam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya oleh Tuhan:  Apakah kau tidak minta?  Jawabnya: Saya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah:  Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.
  • Ahli syurga akan lupa nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
Wasallam...semoga lebih tabah mengharungi 10 malam kedua ramadhan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing