Askm wbr...
Memancing di kawasan air tawar atau air masin sama ada di Laut atau Sungai seperti Parit, Taliair atau Terusan , Kolam, Paya, Lombong Tinggal , Tasik didiami pelbagai
jenis ikan. Setiap jenis ikan pula ada habitat berbeza sama ada dasar,
pertengahan, permukaan, tepian air, tengah, lubuk dalam dan sebagainya. Begitu juga di laut kawasan berpasir atau pinggir pantai berpasir, berbatu, terumbu karang, kawasan unjang / tukun, kapal karang dan sebagainya.
Lazimnya ikan pemangsa berada di kawasan reba, tunggul kayu atau di sebalik batu menunggu saat menyerang ikan mangsa. Ada juga ikan jenis ini memiliki keupayaan menyambar yang kuat dan sukar dikesan mangsanya. Kebiasaan di laut di kawasan berbatu , kapal2 karam dan seumpamanya.
Ikan yang tidak diancam pemangsa lain (yang berada di atas sekali dalam rangkaian makanan) berani berada di kawasan terbuka tetapi tertumpu di reba atau lubuk ketika memburu mangsa.
Jika di hulu sungai seperti sungai Pahang, Sg Kelantan, Sg Bernam dan Sungai Hulu terengganu dan Johor di pedalaman, jeram dan lubuk dalam adalah tumpuan utama ikan berkumpul. Ia sering dihuni ikan besar. Ikan buruan utama di kawasan itu ialah tenggalam, kelah, tengas, temoleh dan sebarau.
Peringkat pertengahan sungai pula, airnya kurang deras berbanding di hulu. Di sini terdapat banyak lubuk yang dalam. Kebiasaan terdapat banyak kayu mati yang tenggelam di dasar. Ikan lebih tertumpu di reba dan akar kayu selain tempat air berpusar, selekoh sungai dan kawasan yang banyak terdapat anak ikan bermain.
Ikan buruan di sini ialah belida, baung, temoleh, kelabau, toman, udang galah dan pelbagai ikan air tawar yang lain termasuk patin.
Di muara sungai terdapat dua arah arus iaitu air memasuki ke sungai bila pasang dan keluar semula ketika surut. Jika hendak memancing dikawasan di pengaruh air pasang / surut jadual pasang surut air laut perlu dirujuk ( sebelum ini telah di tulis ). Begitu juga jika ingin memancing dilaut. Ikan muara pula sering bermain di kuala, reba pokok bakau, tepian jeti, benteng dan sekitar tiang jambatan. Air di sini kadangkala air agak payau dan air menjadi tawar jika musim hujan dan masin apabila musim panas. Ikan buruan utama ialah siakap (kakap merah, kakap putih) semilang, kurau, gelama pisang, sesumpit, tetanda, selain duri serta belukang.
Manakala di laut, kawasan unjam, rangka kapal karam dan tukun adalah habitat ikan pelagik seperti anak selar, kembong, sardin tetapi jangan disangka tidak ada ikan pemangsa seperti kekacang, haruan tasek, pari dan seumpanyan yang mencari makanan. Terumbu karang pula didiami jenis seperti kerapu, merah, tetanda, kunyit dan landuk. Kawasan berpasir / tebing dasar laut berpasir didiami ikan kerisi, selar dan seumpamayan.

Abe memerang ringkaskan, kawasan ikan berkait rapat dengan tempat sumber makanan
diperolehi, di mana ada kumpulan anak ikan di situ juga
menjadi tempat berkumpul ikan pemangsa.
Untuk mengesan kedudukan ikan, guna sonar atau sounder. Kalau ada duit lebih pakai GPS yang boleh mapping dasar sungai dan laut....lagi best gilaaaaa.

selamat mencuba bagi otai-otai baru ....jom candat, musim sotong dah tiba...hu hu
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing