Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.
Umpan Buah Buahan Hutan
Ikan
 kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai 
jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah 
mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali 
ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung, buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, buah getah dan buah mata lembu.
 Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan 
oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah 
akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya 
itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada 
juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi 
terlalu lembik.
    
    
    
    
 
Bagaimanapun
 buah buahan itu sukar didapati kecuali di dalam hutan atau di pinggir 
kampung. Persiapan umpan perlu dibuat di rumah lebih awal. Maka pilihan 
lain yang terbaik ialah buah kelapa sawit. Negara kita dipenuhi dengan 
ladang kelapa sawit. Ini adalah makanan yang asing bagi ikan kelah.
Umpan Buah Kelapa Sawit
Jadi
 dengan bantuan resepi khas, buah sawit tadi menjadi makanan yang lazat 
untuk kelah dan resepi ini dipanggil umpan sawit peram. Ada juga yang 
potong dadu cucuk sate dan terus guna untuk memancing. Tapi yang paling 
popular ialah peram buah sawit itu terlebih dahulu. Pilih buat sawit 
yang dah masak dan tebal banyak minyak. Cara mudah nak tahu buah sawit 
yang dah masak ialah buah sawit yang dah gugur di pangkal pokok kelapa 
sawit. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja petik buah sawit, kita panggil
 buah lerai.
Kemudian, bungkus buah sawit dengan kertas surat 
khabar kemudian masukkan dalam beg atau karung plastik. Plastik bekas 
pampers anak pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus ketat dan kemas, 
jangan bagi udara masuk. Biarkan selama 5 ke 7 hari. Biasanya apabila 
dibungkus akan menjadi lembab sebab berpeluh. Boleh buka semula dan 
balut semula dengan kertas surat khabar baru dan bungkus dengan beg atau
 karung plastik semula untuk lagi 5 ke 7 hari. Biasanya dah peram 2 
minggu kira dah boleh guna untuk operasi memburu kelah. Ada juga yang 
kata, cuba biar sampai 3 minggu, baunya lebih harum. Baru boleh memukau 
kelah.
      
      
      
      
