PER: MEMOHON SUMBANGAN
UNTUK PENGURUSAN KERJA-KERJA MENAMBAK TANAH SETINGGI 6 KAKI SERTA
PEMBANBANGUNAN BERUPA BAIK PULIH & UBAH SUAI BANGUNAN YANG SEDIA ADA BAGI
MENANGANI MASALAH BANJIR
Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk
perkara di atas
2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan
bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 13 tahun dan kini
mempunyai 60 pelajar keseluruhannya dari golongan anak yatim, fakir dan
miskin. Pihak madrasah terpaksa memohon dana seperti diatas kerana
setiap tahun pada musim hujan, madrasah ini akan dilanda banjir, tahun 2014
paling teruk. Pihak Madrasah terpaksa berusaha untuk membina bangunan 2
tingkat, dimana tingkat bawa akan dibina untuk dewan, tingkat atas untuk asrama
dan menambun tanah di kawasan-kawasan yang amat memerlukan.
3. Sehubungan itu pihak madrasah dengan rendah
diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada
berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau
lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF
(perkakasan/peralatan) ataupun lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan
untuk tujuan diatas.
4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas
mengikut kemampuan muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun CIMB
Islamic Berhad kami diatas nama;
“MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU”
NO. AKAUN 8601 76 3713 (CIMB BANK)
lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan boleh
dihantar terus ke alamat seperti dibawah.
5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih
dan pihak kami mohon doa yang berpanjangan dari muslimin/muslimat.
Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan
rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka
yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.
Sekian.
Terima kasih.
Yang
ikhlas,
Juhari Mat Rani
HAJI
JUHARI BIN MAT RANI
Mudir
Madrasah Tahfiz Pinang Baru
No. Tel. : 013 986 2660, No.
Faks: 09 838 9052,
MAIDAM 09-630 3030, Balai Polis
09-833 7222, POS (M) 09-833 7030,
Pej. Daerah 09-848 1616
Tip;
- Bersedekah RM1 setiap pagi dan petang, mudah mudahan dengan sedekah atau amal jarriyah itu membawa kelancaran rezeki dan dapat membantu kamu di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing