Sudah sekian lama tak dapat memancing, maklum la musin panas yang teramat sangat dan kerja pejabat yang menimbun...faham je la yeaaa.... setelah berehat selama lebih 5 bulan dari November 2013 hingga Mac 2014. baru sekarang dapat melepaskan 'gian' memancing. Lokasi di kuala Sungai Selangor, sekitar Jambatan Sungai Selangor, tokong Cina berhadapan Jambatan dan area restoran tebing sungai tu.
Perancangan sebenar nak memancing udang Galah di Sungai area Sabak Bernam tapi dibatalkan. Jadi kerana 'gian' sangat nak memancing Kuala Selangor jadi tempat melepaskan 'gian' tu...hik hik. Hasilnya, ikan Duri, Belukang pun sebat dan sedikit ikan Gelama. Umpan berbekalkan 4 ekor sotong dipotong kecil-kecil seperti nak main appolo di laut. Hasil boleh tahan gak...
Misi seterusnya, Sungai Bernam sempadan Perak / Selangor. Target Ikan Toman, Ikan Patin, Ikan Kaloi. Sungai Bernam dikatakan banyak Ikan Kelabau...tunggu hasilnya nanti. Insyaallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing