Isnin, 4 November 2013

Sungai Langat - Olak Lempit, Selangor Part 3

Askm wbr..selamat pagi
Kira hasil minggu sebelum datang casting Ikan Toman Dan Ikan Haruan. Sambil survay port Toman / Haruan mancing ikan keli sungai tu. Dapat juga 7 ekor ikan keli sungai. Balik rumah bersihkan, masak asam pedas daun 'kesom'. Ramai customer cakap, sedap ikan keli masak asam pedas ni...RM3.00/seketul. Banyak Ikan keli sungai Olak lempit ni...tapi kena pandai cari lokasi lubuk keli.
Ikan Keli, Sungai Olak Lempit
Kalau ikan keli lembut / bintik tu memang jadi santapan abee. Masak ala kari daun 'kesom' cukup sedap. Mertua lalupun tak nampak. Hari tu pakai umpan isi ikan dan cengkerik. Umpan cacing pun makan tapi kena pandai cari lubuk ikan keli. Musim air sungai dah surut lagi best mancing keli ni. Kalau nak mancing ikan patin sangat tidak sesuai, musim hujan. Nak lihat ikan patin hempas badan di permukaan air boleh lah...makan umpan jauh sekali. Tunggu musin air surut pada bulan Januari - April nanti.
wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing