Isnin, 2 Mac 2015

Tengas Raub, Pahang

Askm wbr...semua kekawan pancing..

Pada belah petang jumaat, memerang ada membuat operasi mencari tengas. Lokasi di tuju area kawasan  Raub, Pahang. Lama juga tak masuk hutan mencari sembarau, tengas dan kelah, syok juga dibuatnya. Bowring juga asyik ke Laut, Pinggir sungai, Kuala sungai...sekali sekala ok juga ke hulu sungai. Memerang menggunakan 4x4 untuk traeking separuh jalan dan selepas itu menggunakan Skrambler untuk ke hulu sungai. Memerang menyusur alur sungai sehingga ke satu lubuk yang dalam yang sudah lama tidak dijejaki. Kalau 7 Tahun dulu memang banyak tengas, sembarau dan kelah di lubuk ini. 

Hasilnya boleh tahan tapi semuanya tengas, hajat anak-anak nak makan kelah tak kesampaian. tapi syukurlah rezeki tetap ada. Alhamdullillah....

Tengas, Hutan Raub...anggaran berat 800 gm - 1.5 kg
Insyaalalah ...memerang akan mengaturkan beberapa trip mencari Tengas dan Kelah di Hutan Pahang atau Hulu Terengganu pada masa terdekat.


Trip ini, memerang berbekalkan sawit peram dan bakar serta  dedak.

Kalau ada antara pemancing nak mencuba mencari Tengas dan kelah. Inilah musim paling sesuai, air sungai mula surut dan air di hulu sungai tidak begitu laju untuk harungi. Hanya paras lutut, paras pinggang dan paras dada. Kawasan lubuk masih dalam dan ikan banyak berkumpul.... selamat mencuba kekawan...
Tip;
  • Masuk hutan, kena berkawan kalau tak biasa...seriau juga memerang sebab dah lama tak masuk hutan tapi masih boleh lagi tu....bawa la parang panjang untuk keselamatan.
  • Hati-hati merentasi batu-batu di pinggir sungai yang agak licin dan berlumut
  • Memancing kelah dan tengas tidak boleh bising, berjalan perlu melawan arus sungai (memancing dari bawah ke hulu sungai).
  • Umpan, kelapa sawit peram, kelapa sawit bakar (cara express), buah lakun, kalau ada buah getah bakar, buah-buah hutan di sekitar sungai. Kalau perlu bawa dedak power kekawan tu....hik hik..
  • Berjalan menyusur sungai perlahan...jangan bunyi terlalu kuat kocakan air...ikan-ikan di hulu sungai sangai sensitif pada bunyi gemar air.
  • Pandai mengesan lubuk ikan - ini ilmu sangat sukat diajar. Kalau tak biasa tinjau orang sekitar kawasan sasaran sambil minum kopi di kedai-kedai tu...faham!!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing