Khamis, 26 September 2013

Kerangka Boat Fiberglass - Half Cabin

Askm wbr...
Ni nak minta pertolongan otai-otai pancing seluruh negara, 'Salam 1Malaysia'.

Kerangka Boat - Half Cabin

Pernah terjumpa tak kerangka-kerangka bot terbiar di mana-mana pantai, jalan, jeti, semak ceruk mana, mana-mana laluan lokasi memancing ...agak-agak boleh dibaiki. Tolong bagi info dengan saya, tempat dan alamat sekali. kalau ada lebih detail maklumat lagi baik.

Model A1
Model A2
Model A3
Specification :
Jenis       : Cruiser
Panjang  : 6.7m - 7.6m / 22 - 25 kaki
Power    : 80 - 115hp - 2 engine sangkut / outboard
Kabin     : Half Cabin - 3-5 orang

Sampan Sungai / Tasek

Ni pasal sampan / perahu fiber untuk sungai atau tasek.
Pandangan Atas
 
Pandangan bawah - tetulang depan

Specification :
Jenis : Sampan - seakan -akan kayak
Panjang : 10 kaki - tidak lebih 12 kaki
Kapasiti Power : 3-5Hp
Muatan : 2 orang
Sampan / Perahu ini hendaklah fiberglass samada baru atau terpakai. Kalau tahu mana-mana pembuat tolong bagi alamat lengkap. 

Maklumat kaki pancing sangat-sangat dihargai. Tolong beri infomation di komen sheet atau email kepada saya memerangsungai@gmail.com.

Wasallam.

Selasa, 24 September 2013

Kuala Selangor Dan Teluk Batik, Perak

Sempena cuti Hari Malaysia 16 September 2013. Ada sedikit ruang untuk bawa anak-anak bercuti, cuti-cuti Malaysia. Aktiviti memancing langsung tak dapat...cuaca tak elok bulan ni. Cuti..cuti juga, port tetap cari. Bercuti sambil intai-intai port mancing..katakan.

Sabtu 14 September 2013, aku bertolak ke Kuala Selangor. Aku checkin di Hotel Sun Inn..murah sahaja..RM120.00/semalam (2 double). Niat nak checkin di De Palma tapi semua bilik penuh. Apa yang menarik di Kuala Selangor. Otai boleh bawa anak isteri jalan bagi dia happy sikit, jangan kita je ke hulu ke hilir bawa batang jorang. Sekali sekala bagi di orang pulak...baru kita senang keluar menjorang ceruk rantau mana sekalipun...hik hik.

Disini boleh bawa anak-anak jalan di Bukit Melawati, Taman Alam, kelip-kelip Kg. Kuantan, Pantai Remis dan banyak lagi...kalau satu hari tak habis pusing tu. Kalau suka makan makanan laut....bersepah dekat Kuala Selangor tu. Kalau otai rasa gian sangat nak mancing sebelah malam boleh terjah dibawah / atas Jambatan Kuala Selangor. Takpun ikut jalan pasar pasir penambag tu belah hujung dekat tokong Cina tu pun elok tapi jauh sikit. 

Bagi yang suka main air laut, bawa ke Pantai Remis, Sg Sembilang. Boleh main-main lumpur sambil cari remis dan kerang. Kalau dah agak terketar-ketar nak mancing, teruskan. Ikan yang ada dekat pantai remis ni seperti ikan Sembilang, ikan Duri, ikan Gelama...last belukang pun naik.

Senyum..senyum...klik
Happy kan..anak-anak kita.
Dekat Pantai Remis, Sg Sembilang. Selangor
Kalau suka mee udang, singgah restoran mee udang banjir. Boleh tahan juga lah..sedap, RM 8.50 semangkuk besar 'mee udang special'. Lokasi sebelum pam minyak pertonas dan Shell . Kalau otai menghala ke Kuala Selangor, restoran ini berada di sebelah kanan.

Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

Lihat berselerakan!!...semua bersih

Tengah menyedut...sup-sup mee udang tu
Sedappppp....

Mee Udang Banjir, RM8.50/Mangkuk Besar
Pada pagi ahad, 15 September 2013 kita orang bangun pagi-pagi. Niat pada awal nak ke Teluk Intan tapi plan dah berubah dalam perjalanan ke Teluk Batik. Budak-budak nak mandi...ooooorait.

Dalam perjalanan kami singgah makan di Tanjung Karang, makan tengahri di Restoran Ambang Campur. Bolehlah tahan sedapnya. Aku makan nasi campur , lauk sotong goreng pedas dan sayur. Baru RM3.00..macam tak percaya....alhamdulillah.

Sup RM3.50 / Mangkuk

Mee Jawa, RM4.00 / Mangkuk
Sedappp...
Dua anak Dara, dengan Mee Jawa
di order...
Restoran Ambang Campur, Tanjung Karang
Selepas perut kenyan di isi, kami gerak ke Teluk Batik, Perak. Dalam perjalanan tu kami singgah di Durani Beach Resort. Memang makin cantik tempat ni. Dalam setengah jam di Sg. Hj Durani kami terus perjalan, sampai di Teluk Batik dalam pukul 4.00 petang. Kami checkin di Marina.



Kami checkaout pukul 12.30 tgh...terus balik KL. Sampai umah jam 6.30 petang...sambil jalan2 cari makan tepi jalan lama menghala ke K.Lumpur.

wasallam..


Isnin, 23 September 2013

Sungai Langat - Dengkil, Selangor - Part 1

Semalam 22 September 2013, sebenarnya menduga Sg. Dengkil bukan satu plan terjahan yang terancang. Dalam duduk berfikir pagi-pagi buta. Teringat kata-kata seorang otai yang aku jumpa dekat kedai pancing di Kepong dua minggu sebelum tu. Otai tu bernama Alif dari Banting, Selangor.  'Kalau abng nak memancing datanglah ke Sg. Dengkil, Ikan Patin tengah mengamuk'. Umpan power di Sg Dengkil adalah roti canai...biar betulkan!!!.

Teringatkan kata-kata Alif tu...aku terus bancuh killer, boleh test power Sg Dengkil. Biasanya "killer" ni aku bancuh semalam baru cuba tapi kira boleh, sebab nak cepat. Sampai Sg.Dengkil dah pukul 10.30 pagi. Dekat tebing-tebing sungai dah ramai otai-otai pancing masing-masing menapak. Susah juga nak cari port, last aku buka port baru. Terpaksa meredah pokok teberau yang tebal di tebing sungai tu.

Hasil semalam boleh dikatakan berbaloi juga, sambil test killer katakan.

Lokasi lubuk Sg. Dengkil
Hasil Ikan Patin Sg Dengkil - 10 ekor
Banyak Ikan Patin rempit...hik hik 
Pandangan Sisi, tak besar sangat kan!!!
Trip lagi sekali kooottt..jadilah rezeki allah
Syukur...
Ikan Patin terbesar semalam, 3.5kg
Keseluruhan dalam anggaran 12 kg, sebab banyak ikan patin rempit. Trip lagi sekali kena cari lubuk area Banting. Pada aku test power killer dah berjaya. Lagipun semalam pakai mata besar saiz 24 - 27. Ikan Patin rempit banyak main cubit-cubit..malu-malu. Takutkan mata pancing yang besar tu...hik hik.

Wassallam.

Selasa, 10 September 2013

Lubuk Ikan Patin - Sg Belat / Sg Kuantan

Assalamuallaikum wbr...kawan-kawan otai pancing. Terima kasih kerana sudi melawat blog memerangsungai.blogspot.com. Penulisan kali ini nak menyentuh tentang lubuk ikan Patin yang telah di lawati pada hujung bulan Ogos 2013.

Lubuk-lubuk ini telah aku lawati pada 31 Ogos 2013 lalu. Masa itu jam 5 petang. Lubuk terletak jalan gambang ke Tangkak. Jarak dari persimpangan gambang ke simpang masuk ke lubuk ini kira-kira 1- 1.5km. Jalan masuk merupakan jalan berpasir melalui kebun kelapa sawit muda. Kalau otai redah sampai ke penghujung jalan ni akan jumpa kebun sayur, tu kira last jalan la. Antara perjalanan masuk banyak lubuk-lubuk ikan di kiri dan kanan jalan. Lubuk-lubuk ini sebenarnya bekas lombong bijih besi di zaman british yang ditinggalkan. Faham-faham sendiri sejarah Sg. Lembing, Pahang.

Kawan hanya nak ceritakan tertumpu pada lubuk A dan lubuk B yang kelihatan banyak ikan Patin. Ikan-ikan lain banyak juga seperti ikan baung, ikan lampam jawa dan Tilapia. Kedua-dua lubuk ini bersambung dengan Sg Belat dan Sg Belat bersambung dengan Sg Panching. Semua Sungai-sungai ini bersambung menjadi Sg Kuantan. Semua sungai-sungai ini terdapat banyak udang galah.

Lubuk / lombong A terletak hampir dengan penghujung jalan dekat dengan kawasan penanaman sayur. Lubuk ini taklah besar sangat terletak sebelah kiri jalan. Kalau otai-otai lalu disitu pasti nampak laluan masuk dekat pokok rendang, berhampiran selekoh jalan. Sebelah kanan jalan ada lubuk kecil. Kedalaman lombong ini lebih 25 kaki...hik hik. Disebabkan lombong ini bersambung dengan Sg Belat sudah tentu menjadi tempat pembiakan ikan patin dan udang galah. Maklumat yang aku perolehi ikan patin memang banyak. Kenapa?. Pada musin banjir apabila air sungai naik tinggi, ikan-ikan mula berhijrah masuk dari Sg Belat masuk ke lombong ini untuk bertelur dan membiak disini. Ikan-ikan Patin disini agak liar dan sangat sensitif kepada bunyi bising. Ikan Patin akan kelihatan pada sebelah pagi dan waktu petang. Pemakanan ikan patin di lombong ini hanya lumut-lumut pada batu dasar sungai. Ikan-ikan disini susah untuk makan roti yang selalu kita semua buat umpan tu. Ini yang menjadi persoalan. Apakah umpan terbaik untuk ikan patin ini ?.   
Lubuk / Lombong di Gambang - Lubuk Ikan Patin
dan Udang Galah
Berkenaan lubuk B. Lubuk / lombong ini lebih besar dan panjang terletak sebelah kiri jalan masuk, sebelum otai jumpa lubuk A. Ikan patin memang banyak, ikan-ikan baung agak besar sampai mencecah 1 - 2 kg seekor. Udang galah dah tentu banyak dan besar-besar mencecah 400 - 500gm seekor. Di akui kawan aku yang tinggal di Bt.10 Kuantan, ikan patin disini kalau dapat daratkan mencecah 15 - 23kg. Bebaloi tuuu..Aku percaya dari dari libasan memang patin-patin disini cukup besar dan disokong seorang otai, kira penunggu setia lubuk-lubuk ini. Otai ini pernah daratkan ikan patin seberat 28kg dikolam ini. Bagi kawan bukan patin dah ni tapi bapak patin. Rata-rata kolam ini mencecah kedalaman lebih 25 kaki, air agak gelap kebiruan. Di bahagian belakang kolam B, banyak lagi kolam-kolam lebih kecil yang banyak ini tapi tak sempat nak redah sebab hari dah nak maghrib.

Kalau nak datang memancing di kedua-dua lombong ini, fikir umpan terbaik untuk ikan patin dan udang galah. Sebab pemakan ikan disini lebih kepada lumut dasar lombong dan ikan fresh. 

Cuma nak ingatkan otai-otai yang redah kawasan ini. Dikolam B, aku dah tandakan dengan titik-tik merah dalam peta tu. Kawasan lubuk terdapat penjaga lubuk, 2 ekor 'pak saudara' sebesar lebih kurang kereta kancil yang selalu menonjol diri di dataran berpasir (titik merah belah kiri sekali). Jangan memancing di kawasan berpasir,otai-otai akan nampak dataran berpasir bila datang memancing disini. Kedua kawasan titik merah tengah dan ketiga (kiri sekali) ada penjaga juga. Dilokasi ini kawasan lintasan ular tedung selar atau 'naga bore'. Ular akan membuat lintasan dari arah tanjung yang menghala dari tengah sungai ke bawah pokok rendang dihujung tasek tu.. Seolah-olah menunjukkan diri bahawa kawasan itu dia yang punya. Kedua-dua makluk tuhan ini tidak pernah mendatangkan masalah kepada pemancing sehingga kini. Cuma aku nak ingatkan sahaja. Biasakan,"kita pemancing tegar, disitu ada benda allah ni...situ juga diredah, kalau tak mana ada ikan, udang..."

Berhati-hati semasa memancing, berserah pada allah...insyaallah selamat.

Wassallam...

Selasa, 3 September 2013

Bahaya Memancing Di Sungai - Memancing Ditebing atau Menggunakan Boat

Disini nak dikongsi sedikit bahaya apabila kita memancing menyusur tebing sungai mahupun menggunakan boat. Risiko bahaya lebih kurang sama. Kalau menyusur tebing, kita terpaksa meredah hutan dan semak samun yang menjadi habitat binatang berbisa. Begitu juga, kalau menggunakan boat ketika memancing udang galah atau ikan. Kita selalu menghimpit tepian semak, pokok-pokok rendang sama ada untuk mengikat boat atau mencari tempat teduh untuk belindung dari panas sambil memancing.

Kemungkinan bahaya :
Ular Tedung Selar atau 'Naga Bore' seumpamanya.
Ular ini mendiami kawasan tebing-tebing sungai, lombong-lombong tinggal terutama di kawasan rumpun buluh atau pokok-pokok rendang. Ular ini selalu menggunakan ranting pokok atau daun-daun buluh untuk membuat sarang untuk bertelur. Kalau ditebing sungai, ular ini sentiasa menyeberangi sungai dari tempat bersarang ke lokasi tebing seberang. Saiz amat besar dan sangat berbisa. Warna berbelang hitam atau coklat dan kekuningan. Bila terkena silauan matahari nampak seakan-akan gold. Ular ini banyak di temui di sungai zon timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.


Ular Tedung Hitam
Ular Tedung juga bahaya ban berbisa tapi tidak sebesar Tedung Selar dan 'naga bore'. Habitat semak samun, kayu-kayu reput, timbunan pelepah kelapa sawit (hati-hati semasa mencari ulat sawit), dan seumpanaya. Berwarna hitam kekelabuan. Kalau ular ini mengembang, nampak semacam duit syilling di atas tengkuk.


Ular Katam Tebu - Hitam Kuning

Ular Katam Tebu - Hitam Putih

Ular Katam Tebu Krait atau Kepala Merah -
Putih kekelabuan berbelang merah
Ketiga jenis ular katam tebu diatas sangat berbisa. Biasanya berada di atas pokok ditebing sungai. Berhati-hati semasa meredah hutan atau menempel boat ditebing sungai semasa memancing udang galah, dongak-dongak keatas sebelum mengikat boat.
Ular Kapak Tokong

Ular Kapak Hijau - seimbas pandang seakan
Ular Daun.
Kedua-dua ular kapak diatas bahaya. Biasanya berada berada di atas dahan-dahan pokok ditebing-tebing sungai atau pokok rumbia, nipah seumpamanya. Kebiasaan di kawasan pokok-pokok rendang.

Sama-sama mengingati
Wasallam.

Pantai Balok / Gebeng, Kuantan Ops 1 - Ikan Kerisi

Pada 1 September 2013, aku bersama sepupu dan tiga lagi rakan turun ke Laut China Selatan di Pantai Balok  dekat Gebeng. Kami turun dengan 2 buah boat fiber dengan kuasa engin 30hp dan 15h.
Pantai Balok Gebeng, Kuantan. Pahang

Kubu Jepun masih berdiri teguh
tepi Pantai Balok, Gebeng.
Sepupu aku, din dan Cikgu Nik - tengah setting boat

Sepupu, Ainuddin...panggil Din

Aku dan Sepupu, Ainuddin - menuju laluan Kapal

Hasil aku bawa balik K.Lumpur
 
Ikan Kerisi, Ikan Kunyit, Ikan Selar dan Kerapu


Sotong - anggaran dalam 5 kg - panjang tak?
Anak Ikan Selar Kuning dan Ikan Kunyit ...
Aku buat Ikan kering...sedapkan!!!
Hasil lain, 10 kilo ikan kerisi dan 2 ekor ikan Jemuduk hasil trolling dalam anggaran 3 kg seekor aku jual semasa daratkan boat. Biasa laaa...bila daratkan boat abang-abang dan akak-akak yang bawa anak mandi pantai akan kerumuni kita. Tentu nak beli ikan...kesian dia orang..ikan segar katakan. Hasil boleh dikatakan berbaloi. Lepas duit minyak Hilux pergi/balik K.Lumpur dan minyak boat.

Trip berikut tunggu sepupu aku roger....lagi nak tunggu ikan tengah melimpah dekat laluan kapal sana...biar tak larat nak trolling dan mancing... hu hu...tggu trip berikutnya.

wassallam...

Sg Panching / Sg Kuantan, Ops 2 - Udang Galah

Hasil turun ke Sg. panching / Sg Kuantan pada 31 Ogos 2013 amat mengecewakan. Keadaan air sungai tidak begitu baik. Walaupun air sungai agak suruh tapi suasana cuaca mula tidak menentu pada waktu petang dan malam hujan mula turun. Walaupun siang hari agak panas tapi disebelah petang cuaca mendung dan hujan mula turun waktu petang dan malam tapi tidak lebat. Keadaan cuaca memberi kesan kepada kadar ragutan udang galah di Sungai Panching / Sg Kuantan.

Situasi ini, menyebabkan air dasar sungai menjadi sejuk. Udang Galah menjadi tidak galak meragut umpan malah tiada ragutan langsung udang galah mahupun ikan-ikan sungai. Aku gagahkan juga turun ke sungai. Hasilnya amat mengecewakan hanya memperolehi 1 - 2 kilo udang galah sahaja. Walaupun gagal besoknya (1 September 2013) aku terjah laut China Selatan dekat Pantai Balok dan Gebeng. Lihat hasilnya... 

Udang Galah Sg Pancing / Sg Kuantan
Pada otai-otai pancing udang galah perlu memikir faktor cuaca, suhu air sungai, kekerohan air dan paras air sungai untuk turun memancing udang.

Misi seterusnya ke Sg Pekan kalau tiada aral melintang. Udang Galah disini kecil-kecil sedikit tapi agak sedap dimakan. Tunggu roger dari sepupu aku di kuantan bila cuaca baik.......insyallah