Kebanyakkan
manusia pada hari ini (dunia tanpa sempadan) menganggap bahawa
"Hidup" itu hanyalah
makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan banyak lagi, mereka
mengangap bahawa jasad
kasar mereka itu hidup
dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian
mereka itu,Dengan kata mudah kehidupan semakin rakus dan manusia semakin lalai mengingati ALLAH. tapi pernah kah
mereka terfikir bahawa
jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan
bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?.
Ketahuilah
tanpa yang hidup itu jasad
tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan
orang di dunia ini. Sedangkan
semua manusia tahu bila mati kelak,
jasad akan busuk dan di tanam/di kuburkan atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah
bila "hidup" yang menghidupkan
jasad tadi telah meninggalakan
jasad.
Dimanakah
letaknya
yang di panggil hidup itu?
Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan
sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil
"DIRI" sebenar-benar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita ini.
Tapi pernah kah kita terfikir
tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya?.
Tentu
nya akan banyak persoalan
yang akan timbul ialah dari
mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI"
itu, dan kemanakah perginya
"DIRI" itu apabila jasad
mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???
dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar-benar "DIRI" kita itu.
Kita semua tahu
bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana
semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh "
siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan
sekelian Roh menjawab "
bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah
jasad
Adam terbaring maka Tuhan
telah memerintahkan Roh memasuki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku masukkinya, ya ALLAH " dan
ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi " Maka masuk lah Roh
melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini
menunjukkan
bahawa sesudah Roh
memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan
terbukti di sini bahawa Roh lah yang
dikatakan penghidup kepada
jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar daripada jasad apabila sampai ajal
nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud
dihidupkan dan bahagian mana? Yang
dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini,
ia nya di hidupkan oleh
""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita
100 hari dalam rahim ibu kita.
Firman Allah ; "Aku tiupkan sebagian dari
roh ku". Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu
kita (alam Rahim) dan kemudian di lahirkan
kedunia dan terus
menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat atau sampai ajal.
2. Menghidupkan
Yang
menghidupkan
ialah roh, yang datangnya
(diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh
ialah menghidupkan jasad
tetapi sayang nya jasad
tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup
sebenar-benar hidup....menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan jasad (dipanggil bertemu allah) maka matilah jasad "dia" lalu di tanam/dikuburkan
atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi, siapakan yang berkepentingan disini!!!!????...tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermakna langsung...terus reput dan hancur menjadi tanah. Jasad perlukan roh untuk hidup dan roh kepunyaan ALLAH akan dipanggil mengikut ketentuannya. Akan tetapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya bersama jasad?
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"
"BARANG SIAPA
MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA"
SIAPA KAH "DIRI" ITU"
Untuk
pengetahuan
KITA semua bahawa "DIRI" itu
mendatang/datangnya kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila
Roh
berada di dalam Jasad maka
perkembangan nur cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya,
ini telah menyebabkan
wujud/ujudnya "Diri" yang berupa seperti
jasadnya memenuhi ruang-ruang dalaman jasad nya..
Maka ujudlah "Diri" sebenar-benar "Diri" dan "DIRI" ini
lah yang harus di kenal sebenar-benarnya.
KENAL LAH DIRI MAKA KENAL TUHAN
BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR-BENAR "DIRI"
Ada
berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI"
ini, bergantung kepada
perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-murid nya. Semua perguruan ini betul
dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar-benar "DIRI" .
Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
- Terbuka dengan sendiri nya
- Ushakan sendiri untuk membukanya
- Dibukan oleh guru, alim ulamak, pendakwah-pendakwah dan seumpamanya
Apakah yang
di maksudkan “dibuka”
Di
buka maksudnya ialah membukakan jalan-jalan pancaran cahaya "DIRI" itu
hingga keluar dari jasad dan terpancarlah
cahaya "DIRI" itu keluar
dari jasad melalui jalan-jalan nya dan dengan rasa yang bergetar-getar takut
pada jalan keluar nya (susah nak digambarkan dan ditulis). Rasa
ini dapat dirasakan dengan
dan nyata. Hayatilah amanat ini, sesungguhnya ianya dari tuhan nya yang maha besar.... ALLAH HU'AKBRARR
Ini
lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi
ada hayatnya di dunia
ini, "DIRI" ini harus di
kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, dengan penuh KEINSAFAN kerana ia mengandungi banyak
rahsia yang tersembunyi dan serba guna, di dunia
dan akhirat, Insyaallah.....ALLAH HU'AKBRARR
Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya!!!!???? .Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari tempat kekal abdi, dari MAHA pencipta
dan MAHA besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar- benar
"DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru, yang membuatkan kita menitis air mata setiap ketika malam dan siang
Kehidupan sebenar-benarnya ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian membuatkan manusia lalai dan alpa.
Pesanku kepada diriku, isteri dan anak-anakku, teman-temanku dan pembaca dirahmati Allah. Kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan
kemukakan lah dia dalam segala
urusan kita di dunia ini
sementara menunggu hari akhirat yang kekal abadi, kerana 'dia' kekal kerana di
kekalkan, pastinya akan kekal buat selama-lamanya.
"DIRI" tiap-tiap manusia
membawanya di dalam jasad
kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu
saja tanpa mengenali dan merasakan
nya, hanya semasa maut
hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan
kita?????
ALLAH HU'AKBRARR ....ALLAH HU'AKBRARR...ALLAH HU'AKBRARR