Jumaat, 30 Ogos 2013

Adakah kita merasa hina dan lemah disisi manusia dan makhluk....


MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah oleh Allah. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi. Firman nya yang bermaksud:-

"Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44).

"Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)

Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah. Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia. Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanNya. Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.

Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba-hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa. Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.

FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13).

Ringkasnya, kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan besarnya, kekayaan yang dimilikinya, keturunan baik-baiknya, dan seumpamanya lagi. Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina atau terhina, lemah dan kekurangan di hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Tips Memancing Udang Galah / Jenggo

Asallamuallaikum wbr...
Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan diajarkan arwah Atuk dan Ayah aku :
Udang Galah - Idaman pemancing Jenggo
"Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrah jenggo.
Niat untuk memancing, hati kena iklas. Insyaallah selamat. Amin 
Pancing / Jorang
Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib.

Tali utama
Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama.

Perambut Mata
Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utama. Gunakan tali tangsi berukuran 5 - 8 paun sudah cukup. Sebab berat udang jarang melebihi 800gm. Penggunaan perambut halus juga penting apabila sangkut di kayu, tunggul dan seumpamanya perambut mudah putus dan batu ladung masih ada.

Mata Kail
Gunakan mata kail mata sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan 3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3 dan 4 serta kelembutan batang pancing / jorang bersaiz 6 - 10 ib lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.

Batu ladung
Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat situasi / lokasi anda memancing.

Umpan
Umpan salah satu benda penting untuk memancing udang galah.Kebiasaannya gunakan umpan cacing tanah (cacing lembik / merah), anak udang bendang, umpun-umpun dan hati ayam yang dihiris kecil. Apa-apapun tanya pemancing-pemancing yang memancing dilokasi diterjah. Apa umpan digunakan di sungai itu. Kalau sungai Panching / Sg.kuantan yang aku terjah minggu lepas  umpan istimewa daging ikan haruan segar. Umpan lambat di ragut tapi jenggo besar-besar didaratkan.

Tips rahsia aku!!!!..
1.Tabur tanah berbau cacing yang berlebihan dalam bekas cacing ke lokasi nak di labuhkan umpan.
2.Gunakan ikan sardin, kemudian tebuk tin lubang-lubang kecil dan labuhkan seperti sauh di lokasi memancing.
3.Pakai umpan busuk, pakai kayu boleh menyerap bau sebesar manik rendam dalam umpan busuk. (biasanya aku dah sediakan sekali dengan ikatan ladung menggunakan dawai stailess steel dan rendam). Bila nak guna rendam selepas tu cangkuk gunakan kekili).
4.Gunakan kekili yang ada ikatan manik berwarna warni, udang memang suka benda-benda berkilau apabila terkena silauan cahaya. Kalau sianghari gunakan manik silver/mutiara dan kalau mancing malam pakai manik berwarna hijau.
5.Memancing masa air surut, keruh sedikit dan air mengalir. memancing kawasan sampah sarap, berkayu, kawasan pokok mengkuang, ara, jejawi, pokok rendang seperti pokok bunut dll.
6.Gunakan hirisan isi ikan segar sebagai umpan, jangan buang sahaja ikan yang terkena semasa memancing udang. Hirisan ikan haruan lagi besar udang galah didaratkan.
7.Gunakan kelapa dan belacan digoreng, umpan dicelup sebelum melabuhkan umpan. Kalau tiada belacan pakai sahaja udang gagau / udang baring. Umpan ini selalu aku gunakan juga dikolam udang komersial...eeemmmm power.

Pastikan tabiat permakanan udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai, pengaruh pasang surut air Laut (udang galak masa air surut dan keruh), struktur sungai (berliku-liku, dasar sungai bertanah liat, banyak sampah sarap, kayu dll), diet setempat ( tanya pemancing setempat / orang kg area tu) dan juga suhu air (udang galak pada suhu air agak suam, maksud air mengalir). Buat tinjaun dulu sebelum memancing di satu-satu lubuk udang mahupun ikan. Jangan jadi pemalas. Jangan datang tahu nak memancing sahaja...sebab tu selalu dapat batang pancing jeeeaaa, udang tak dapat. Selamat mencuba tip-tip aku ni!!!. Semoga berjaya.

wassallam

Kelebihan Puasa Enam Syawal

Sambutan Aidilfitri adalah kemuncak kegembiraan bagi umat Islam setelah menempuh Ramadan dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT. Mereka telah menghadapi siang Ramadan menahan lapar, dahaga dan rangsangan nafsu syahwat. Pada malamnya mereka akan tunduk sujud kepada Allah SWT melaksanakan `qiam Ramadan' iaitu solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan iktikaf di masjid.

Berlalunya Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadah lain. Pelaksanaan ibadah bukan pada Ramadan tetapi bulan lain juga kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitulah juga dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat namun kita masih lagi diberi peluang berpuasa iaitu dengan melakukan puasa sunat antaranya puasa sunat enam hari Syawal.

Janji pengampunan Allah
Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Berkenaan tatacara berpuasa enam hari Syawal, ada beberapa pandangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab al- Syafi'e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

Maksudnya, lebih afdal seseorang itu berpuasa enam hari secara berturutturut bermula pada 2 Syawal. Pandangan ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin.

Dinukilkan daripada Ma'mar dan `Abd al-Razzak, seseorang itu tidak boleh berpuasa secara serta-merta dan berturut-turut selepas Aidilfitri kerana harihari permulaan dalam bulan Syawal adalah waktu untuk umat Islam makan dan minum setelah sebulan menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Menurut pandangan sebahagian ulama lain pula antaranya Waqi' bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal, puasa sunat enam Syawal yang dilakukan secara berturutturut mahupun berselang-selang adalah sama dari segi kelebihannya.

Oleh itu, seseorang yang telah berpuasa Ramadan mempunyai pilihan untuk terus berpuasa serta-merta selepas Aidilfitri secara berturut-turut atau berselang-selang selagi mana dia berada dalam Syawal.

Setelah diteliti ketiga-tiga pandangan ulama, maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan serta-merta selepas sambutan Aidilfitri mahupun melakukannya selama enam hari pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Namun lebih elok jika puasa enam hari itu dipercepatkan jika tiada sebarang halangan. Jika kita tidak mampu berpuasa serta-merta, maka bolehlah kita memilih untuk berpuasa enam hari sepanjang Syawal.

Melihat suasana Aidilfitri kebanyakan masyarakat Malaysia yang akan mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung- mengunjung ini mengambil masa berhari-hari malah ada mengadakan rumah terbuka sehingga penghujung Syawal.

Oleh itu, sesiapa yang dijemput hadir ke majlis rumah terbuka maka tidak perlulah berpuasa kerana puasa enam boleh dilakukan pada hari lain. Begitulah juga mereka yang menjemput tetamu datang ke rumah, maka seelok-eloknya mereka menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir.

Namun jika mereka masih mahu berpuasa maka tidaklah salah tetapi perlulah menjelaskan dengan baik kepada tuan rumah mahupun tetamu yang datang.

Utama qada puasa
Berkenaan mana lebih penting, puasa ganti atau puasa sunat, seelok-eloknya kita mempercepatkan qada dengan menggantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadan.

Ulama membahaskan keutamaan iaitu adakah lebih perlu menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. Majoriti ulama menyatakan, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Sebahagian ulama pula berpendapat, seseorang yang wajib menggantikan puasa seperti wanita didatangi haid perlulah mendahulukan puasa wajib iaitu mengqadakan puasa ditinggalkan sebelum melaksanakan puasa sunat Syawal.

Pada pandangan mereka, urusan wajib perlulah disegerakan dan tidak boleh didahulukan dengan urusan lain walaupun urusan berbentuk sunat.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin berkata, sebahagian ulama membenarkan mendahulukan puasa enam hari Syawal ke atas puasa ganti. Namun pengecualian itu hanya untuk puasa enam hari Syawal saja.

Perkara ini juga untuk memudahkan wanita turut sama mendapat kelebihan menunaikan puasa enam Syawal. Jika mereka mendahulukan puasa ganti kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan puasa sunat Syawal.

Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:

* Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda. Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

* Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.
Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

* Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain.
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Wasallam

Khamis, 22 Ogos 2013

Kolam Jati Pak Badol,Kelantan - Ikan Keli dan Ikan Patin

Mengambil kesempatan Cuti Raya Puasa dari 6 - 19 Ogos 2013. Aku sempat menyertai pertandingan memancing di kolam Jati, pak Badol. Kelantan. Lokasi kolam ini. Kalau dari Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu. Apabila sampai di Sekolah Menengah Pak Badol masuk simpang belah kanan, simpang ini agak terlindung sedikit berbanding dulu. Kalau dulu agak jelas..masa tu, aku jadi mat motor. Kalau dari Kota Bharu ke Pasir Puteh masuk simpang belah kiri. Dari simpang ini perjalanan antara 2.5 - 3km menghala ke kedai Menanti. Kolam jati ini terletak sebelah kanan jalan dan terdapat papan tanda. Disebelah simpang masuk ke kolam ini terdapat kedai makan sebelah kanan dan papan tanda kolam belah kiri. Jalan ini masuk terus ke kolam Jati.

Kolam Jati selalu buat pertandingan memancing setiap hujung minggu, biasanya petang Jumaat dan Sabtu. Pemenang di kira ikan terberat. Hadiah antara RM2,000 - RM3,000 / Minggu. Bayaran masuk antara RM20.00 - RM25.00 / 1 jorang. Ikan terdapat di kolam ini seperti Ikan Keli dan Ikan Patin. Pada otai-otai yang rasakan tercabar, sila mencuba. Umpan popular untuk ikan Keli dan ikan Patin di kolam ini iaitu kuih donat dan cacing tanah. Donat jadi umapan ikan keli dan ikan patin masih jadi pertanyaan dalam otak aku ni....hairan kan?. Ikan Patin di kolam dianggarkan mencecah lebih 10 kg/seekor. Kalau ada sesiapa berjaya daratkan Ikan Patin di kolam jati ini kira betul-betul otai. Jack Port ikan Patin sebelum ini seberat 17 kg dan ikan Keli seberat 10.33 kg. Seingat aku masa musim Raya tempoh hari.

Dari kesempatan cuti raya, aku sempat memasuki 2 pertandingan memancing di kolam Jati pada  13 hb (johan - RM2,000) dan petang Jumaat 16 hb (Johan - RM3,000). Pertandingan 10 hb Ogos 2013, aku terlepas sebab terdapat info salah. Hadiah johan RM12,000. Kesemua misi aku di kolam jati gagal dapat sebarang nombor. Insyallah misi seterusnya akan berjaya. Sekarang tengah fikir umpan killer buat ikan patin dan ikan keli di kolam ni...kursus untuk pertandingan dan memenangi jack port.
Insyallah..wasallam. 

Ikan Keli tempat ke-2 pada 16 Ogos 2013, seberat 7.13 kg


Sungai Panching / Sg Kuantan Pahang, Ops 1 - Udang Galah

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2013. Aku selesaikan misi memancing udang galah di Sungai Paching Pahang. Ada antara kaki pancing memanggil lokasi ini sebagai Sg Kuantan. Kawasan sungai memang banyak jenggo yang moster-moster. Saiz paling udang antara 300 - 600 gm.
Kalau ada antara otai-otai jenggo nak mencuba nasib mancing disini bolehlah menggunakan umpan cacing merah, cacing biasa dan anak udang bendang. Umpan istimewa disini isi ikan haruan tapi kena bawa yang hidup dan dipotong masa memancing. Sudah tentu bapak jenggo yang besar-besar didaratkan.

Dari pengalaman dan tinjaun aku, kawasan jenggo disini meliputi Kg Sungai Danau, Kg Pasir Kemudi, Felda Sg Paching Timur, Bukit Kuin, Kg Padang Perdana, Kg Padang, Kg Padang Jaya dan Kg Permatang Tembusu sehingga Gate air JPS di Permatang Tembusu. Memancing disini dipengaruhi pasang surut air sungai apabila gate air JPS dibuka dan di tutup. Apabila gate air di buka, air sungai mengalir dan air jadi sedikit keruh udang sangat galak meragut umpan. Bila gate air JPS di tutup air berhenti mangalir, air mula tenang dan sedikit jernih, udang tidak begitu galak meragut umpan tetapi masih boleh memancing di alur-alur anak sungai.

Hasil aku terjah pada petang 17 Ogos 2013 sebanyak 3 kg (4jam) dan 18 Ogos 2013 sebayak 7 kilo (10jam). Tak banyak sangat tu berbanding misi dulu-dulu. 

Udang Galah - Kira yang besar -besar 500 - 600 gm
Memancing di sungai ini sangat sesuai menggunakan bot fiber, lagi menggunakan engine 5hp dah cukup. Bagi otai-otai yang mempunyai engine bot sendiri bawa sahaja. Di tebing-tebing sungai ini banyak boat-boat / sampan fiber di sewa dengan kadar RM15.00 - RM 20.00 sehari. Memancing lah sampai pengsan...tapi aku belum pengsan lagi. Lihat hujung bulan Ogos ni...nak mancing sampai hitam atas tengkok dibakar kepanasan mentari.

Jadi menu sabtu malam minggu, 3 kg...sedap gila papa..kata anakku.
Hasil petang sabtu, jadi hidangan malam minggu, dalam 3 kg. Udang di sungai ini agak gelap sedikit ke kelabu di pengaruhi air paya di tebing-tebing sungai. Rasanya agak manis berbanding udang di sungai Endau, Mersing. Johor.

Nah menu malam tu...jom makan
Pesanan aku pada otai-otai jenggo bila terjah kawasan sungai ini. Percakapan dan perbuatan perlu di jaga. Kalau buang air kecil tadah dengan bekas. Baru buang ke sungai, jangan kencing terus ke air. Kalau nak buang air besar tu naik je la ke tebing sungai yang rendah. Igat tau, kawasan sungai ni banyak buaya, lagi - lagi kalau memancing belah malam tapi jangan gelabah. Niat biar betul 'datang untuk memancing udang'. Insyallah selamat. Ada udang ada buaya, itu dah adat memancing udang. Harap faham - faham je la. Wasallam.

Selasa, 20 Ogos 2013

Ikan Rohu Kolam 99 Peringat Kota Bharu Kelantan

Memancing Ikan Rohu di kolam 99, Kg. Seterpa, Peringat Kota Bharu. Kelantan. Pada petang raya kedua, aku terjah kolam ni dengan adik ipar aku, sepupu aku di kolam ni. maklum lah dah sebulan tak mancing. Kolam pun kolam la, janji dapat mancing....best jugak tu. Sepupu aku memang otai di kolam ni dan kolam Jati di Pak Badol.

Ni gambar hasil pada malam tu. Ni Gambar anak buah aku dengan hasil pancingan malam tu ...tengah study di UPSI, Tanjung Malim. Satu lagi jut ikan lupa nak ambil gambar.

Kira hasil aku pada malam tu. Boleh laaaa. Kira-kira 18 ekor. Rohu paling besar kira-kira 4.2 kilo. 

Kalau ada otai-otai nak cuba di kolam. Kolam 99 tak jauh dari simpang empat Peringat. Kalau otai mengala ke kota Bharu, sampai simpang empat peringat, masuk kanan. Kalau dari Kota Bharu ke Pasir Puteh, masuk kiri. Dari simpang empat tu..kira-kira 1.5-2 km akan jumpa pemancar TV3. Selepas tu, akan jumpa simpang sebelah kiri, masuk situ. Ikutu jalan tu kira-kira 1km akan jumpa papan tanda kolam Pancing 99, masuk kiri dan teruskan sampai jumpa kolam ni. 

Kawasan kolam ni banyak parking disediakan. Ada tandas, bilik sembahyang dan kedai makan. Makanan murah jeaaa...taklah dicaj seperti di Kuala Lumpur.

Di kolam ni ada dua pilihan, Memancing di kolam air payau, bayaran masuk RM 12/jam. Ikan yang banyak siakap putih.
Dikolam air tawar banyak ikan rohu dan ikan patin. Bayaran masuk RM26.00 / jam, tambahan RM16.00 untuk 6 jam.
 
Ihaq dan seorang lagi anak buahku, Muaz...baju merah tuuu..
  Hasil aku 3 jam memancing. Kalau nak cuba pakai umpan dedak bomb rohu dengan roti sedap di potong dadu kecil-kecil, lebihkan rasa lemak dan perisa pandan.
Anak Buahku, ihaq
  
Hasil memancing 3 jam, satu lagi jut lupa ambil gambar...
boleh lepas gian memancing.
Saudaraku, Pijal dengan Rohu terbesarnya.
kira otai pancing di kolam 99, Peringat
 dan kolam Jati Pak Badol. Pernah dapat gak RM1,000 tuuuu.


Isnin, 5 Ogos 2013

Raya Posa...

Selamat hari raya...maaf zahir & Batin

Sebab Disembunyikan Malam Al-Qadar

Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama  : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua    : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga   : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan amal ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat  : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya. Pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat

Kejarlah ia di akhir-akhir ramadhan...ramadhan dah nak meninggalkan kita...aku sedih ya tuhan ku. Amin

Rujukan :
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr

Lubuk - Sungai Bukit Tagar

Sabtu lepas masa agak free sikit. Fikir-fikir puasa dah nak habis, raya dah dekat...dari duk rumah baik aku jenguk-jenguk lubuk Sg Bukit Tagar. Berbekalkan motosikal yang aku isi minyak full tang dan bawa spare full botol. Ape lagi tengok port la....sesat jugak dalam Bukit Tagar tu. Biasa, kita anak kg tahu cam mana nak cari jalan keluar.

Hasilnya, dapat aku tunjukkan gambaran port tu.....






Nak kira baik..tak juga...boleh lepas gian mancing lepas raya ni, sebelum masuk Sg. Bernam. Petang ni balik kg, terjah Sg. Tangok, Bachok kelate dulu...nak rasa tarikan Ikan Patin Tangok, dengar-dengar besar jugak...insyallah.

Lubuk Ikan Sungai

Ramai juga bertanya pasal lubuk ikan. Kadang-kadang susah juga nak jawab. Dua minggu lepas ada otai bertanya...bang saya selalu  membangau, macam mana nak lubuk ikan?...nak ikut abang mancing sekali boleh?..hik hik...tersenyum aku...sekali aje laaa. Kesian gak aku lihat budak tu. Namun berdasarkan sedikit pengalaman aku cuba jelaskan.  Sampai soalan kedua tu tak terjawab...dia terus belah...sampai lupa soalan kedua blm terjawab..eemmm. Dari pengalaman disini saya cuba memberi panduan untuk mengenali lubuk-lubuk ikan.
Lubuk kebiasanya adalah bahagian yang dalam atau agak dalam  berbanding kawasan sekitarnya di sepanjang laluan sesebatang sungai. Lubuk di bahagian hulu sungai agak berbatu, aliran air agak laju. berkayu dan banyak daun-daun dan ranting kayu yang repot di dasat sungai. Keadaan lubuk di hulu sungai agak sempit berbanding dengan bahagian pertengahan dan hilir atau hampir dengan kuala sungai. Lubuk akan terbentuk diselekoh-selekoh sungai, kawasan ada batang-batang pokok balak atau pokok tumbang, jeram-jeram dan seumpamanya. Namun, saya bahagikan kepada  tiga (3) bahagian untuk dijadikan target sasaran iaitu ; lubuk, laluan ikan (antara lubuk ke lubuk) dan kawasan hampir hilir sungai (kawasan datar hampir dgn muara sungai).

Contoh Lubuk (1)
Contoh Lubuk (2)












Lubuk sungai dengan ciri-ciri biasanya ;

    - Kelihatan agak luas dari bahagian atas dan bawah, airnya agak tenang dan gelap;
    - Arus air yang mengalir masuk / keluar perlahan;
Laluan Ikan (1)

    - Kadang -kadang terdapat pusaran air seperti di hulu sungai, selekoh sungai;
    - Lubuk sg terjadi sempit (sg bahagian hulu), agak luas ( bahagian pertengahan & hpr muara)

    - Kawasan ditumbuhi pokok teberau, semak seperti rumpun buluh, teberau, pokok besar, tunggul kayu, sampah sarap, tebing berlubang dll.
    - Habitat - biasa didiami ikan yang besar dan bersifat meragut serta melarikan umpan.


p/s:Buatlah keputusan yang bijak utk memancing kawasan ini. Hasil sangat berbaloi. Harus diingatkan, tidak semua ikan tinggal dilubuk menacari makan di lubuk. kadang kala mencari makan antara laluan lubuk ke lubuk.

Laluan Ikan (2)
Kawasan laluan ikan dengan ciri-ciri biasanya ;
    - Biasa sungai dlm keadaan lurus, kedudukan antara dua (2) lubuk diatas dan dibawah.
    - Arus air tidaklah laju, airnya agak dalam juga
    - Kawasan laluan ini, kadang kala tidak berkayu. kalau ada kayu taklah begitu banyak; 
    - Habitat - biasa didiami ikan-ikan putih, ikan-ikan kecil ,kaloi, udang (kasar-pada masa air tinggi) seumpamanya. Kebiasaanya, menjadi tempat laluan ikan besar.
 
p/s: Di ingatkan memancing kws ini boleh juga dapat ikan tapi lihat keadaan cuaca, kalau cuaca dah panas sangat ikan dah mula masuk lubuk. Di kawasan laluan banyak jadi tumpuan setengah otai-otai pancing sebab tak sangkut, lagi-lagi datang lambat hari dah panas ikan dah msk lubuk. Sebab tu selalu bangau memanjang.

Kws Datar sungai ke muara/kuala
Kawasan hala ke kuala / muara (Kws datar) ;
    - Biasanya sungai lebih luas dan lebar
    - Air agak tenag sangat tapi aliran air bahagian dasar agak laju sedikit dan dari tebing ke tebing.
    - Sungai agak berlumpur, terbentuk beting pasir dll
    - Habitat ; Udang (kecil), ikan-ikan nipis/ putih.- lbh kepada ikan/hidupan air payau.
    
Maklumat yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman saya yang amat cetek. Sebarag komen dari otai-otai pancing ke...sesiapa ke...komen je la labu
....

wasallam. 


Teknik Memancing Di Lubuk Berbatu / Tebing Tinggi / Banyak Kayu / Tunggul

Memancing di tebing berbatu / berkayu / bertunggul / banyak kayu balak tumbang kedalam lubuk adalah kawasan berpotensi tinggi untuk menjinakkan ikan. Kawasan seperti ini menjadi tempat kegemaran ikan-ikan berlindung dan memburu mangsa. Pemancing berpontensi untuk mendaratkan ikan yang besar-besar. Namun, lokasi lubuk seperti ini mendatangkan masalah risiko sangkut sangat tinggi. Kita selalu temui lokasi lubuk seperti ini seperti di Pantai atau lubuk-lubuk sungai di bahagia hulu (berbatu) dan pertengahan sungai (biasa berkayu).

Masalah sangkut adalah lumrah apabila kita memancing di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Masalah sangkut hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan lubuk mempunyai karang dan teritip ( kawasan pantai ), berbatu dan berkayu serta reba-reba ( kawasan hulu dan pertengahan sungai ). Ingat otai-otai semua masalah sangkut tiada jalan penyelesaian mutlak, sediakan perambut mata pancing yang banyak, jangan kedekut dengan mata pancing berbanding hasil yang sangat-sangat berbaloi. Di dasar lubuk banyak ikan besar-besar sedang bertapa...best gile tuuuuu. Jangan bawa mata pancing cukup-cukup makan. Kawasan seperti ini banyak ditinggalkan pemancing dan mencari kawasan yang senang memancing.  

Disini, nak di cadangkan beberapa teknik yang pemancing boleh mengamalkan. Teknik ini telah aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Beberapa teknik bagi menewaskan ikan di lubuk / kawasan berbatu di pantai mahupun sungai. Antaranya ;

Teknik Pancing Apollo - di mana ladung di ikat bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, perambut tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Disebabkan ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut di batu atau kayu, kita masih dapat mata kail mahupun ikan. Tangsi perambut ladung yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut. Jangan berkira sangat batu ladung yang putus dan hilang. Jika berkira sangat, kamu tak boleh di panggil otai pancing tegar tapi pemancing penyibuk yang sibuk-sibuk "menjinjing" batang pancing ke hulu dan ke hilir. Orang sembang pasal memancing, kamu sembang juga. Hasil memancing tadak...asyik bangauuuuu memanjang.

Teknik Tanpa Ladung - Teknik ini pada aku kira lebih sesuai jika kawasan berkenaan arus lemah atau pusaran air tenang (sungai) atau arus menolak ke arah laut (pantai-bayu malam). Apabila umpan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sedikit untuk sampai ke dasar sungai atau laut. Ketika jatuhan umpan, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing boleh membuat karauan apabila umpan disambar. Sambaran ikan di lubuk - lubuk sebegini atau pantai akan berlaku pertengahan air. Teknik tanpa ladung banyak aku amalkan untuk memerangkap ikan lampam, terbol, kejor, selat, tenggalam dan seumpama yang makan di tengah- tengah air.

Teknik Pelampung - Teknik menggunakan pelampung, kita sebagai pemancing harus bijak menentukan kedalaman air di lubuk - lubuk sasaran kita. Untuk teknik ini, jika kita dah berjaya melabuhkan umpan kira-kira 1- 3 kaki dari dasar sungai, kira berpotensi sambaran ikan adalah tinggi. Kebiasaanya, kalau di sungai atau hulu sungai sambaran di lakukan oleh ikan-ikan bersembunyi di bawah kayu-kayu malak, batu, dll. Kebiasaanya aku menggunakan perambut panjang sedikit dan tali utama lebih sikit kekuatan (50-80 ib) dan mata pancing yang tajam dan kuat kuat. Kenapa?. jawabnya..aku tak biarkan sangat ikan larikan umpan dan terus buat karauan. Kekuatan mata dan perambut utama sehingga ikan timbul ke permukaan. Kebiasaan ikan didaratkan besar-besar seperti Tapah, Belida, Toman, Haruan, Ikan Patin...banyak lah.!!. Tetapi perlu di ingatkan jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi. Berani menanggung risiko sangkut itu pemancing tegar...hasil selalu tegar-tegar dan mega-mega.

wasallam

Jumaat, 2 Ogos 2013

Umpan Pancing Yang Selalu Aku Guna - Air Tawar

Disini nak tunjukkan umpan - umpan yang aku selalu pakai semasa memancing.  Umpan juga penentu kita jadi bangau ke tak.....

Bancuhan Dedak - Bancuhan dedak ini kira umpan 'killer' yang selalu aku pakai. Bancuhan agak rumit, ukuran dan sukatan dan mengambil masa 2 - 3 hari selepas bancuhan baru boleh digunakan. Bancuhan ini selalu digandingkan dengan bancuhan roti gardenia....peeerrhhh memang power.

Kegunaan - Ikan Patin, Tenggalam, Ikan Jelawat, Ikan temoleh (+ ramuan lain lagi), Ikan Lampam Jawa (ikan-ikan bersisik putih seumpamanya). Kadang - kadang ikan baung pun rembat.

Umpan Tapa - Umpan tapa kira special juga bagi aku. Kira 'killer' juga dalam memburu ikan jenis bermisai dan berjanggut...hik hik. Bancuhan mudah sahaja tapi tempoh peraman agak lama, kadang lebih 3 bulan. Yang di tunjukkan ini, dah 5 bulan disimpan.

Bancuhan umpan tapa menjadi begitu power dalam memburu udang galah. Biasanya digunakan bersama umpan Cacing merah (yang lembik), Anak udang bendang (udang nasi), Isi ikan Haruan, Umpun-umpun dan seumpamanya. Power 'killer' jadi lagi special bila di gandingkan bersama mata special memancing udang galah.

Kegunaan : Ikan Baung, Udang Galah, Ikan Baung Kenerak, Ikan Keli, Ikan Keli Limbat, Ikan Ngek-ngek, Ikan Duri, Ikan Sembilang dan seumpamanya.

Kelapa Sawit Peram - Pada setengah otai pancing, kelapa sawit peram begitu special sebagai umpan pancing. Umpan kelapa sawit peram begitu universal di semua sungai. Aku tak selalu gunakan sangat tapi selalu bawa kemana-mana lubuk di terjah. Strategi elak jadi bangau bila semua umpan lain tidak di jamah ikan. Umpan kelapa sawit peram mengambil masa agak lama untuk menjadi 'killer'. Proses peraman mengambil masa paling tidak 3 minggu. Diperam bersama bancuhan special. Kelapa Sawit peram ni, kalau pandai simpan boleh tahan sampai 6 bulan hingga 1 tahun.

Kegunaan : Semua jenis ikan suka makan

Udang Nasi / Udang Bendang - Tangguk di bendang-bendang padi, lubuk-lubuk sungai, lopak-lopak air lama, lombong-lombong dan seumpamanya. Biasanya, di lokasi sampah sarap tempat - tempat diatas.

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Sembarau, ikan selat, ikan - ikan jenis ikan putih.
Cengkerik - Cengkerik ada jenis besar dan kecil. Kalau dekat kampung-kampung banyak dalam semak samun, timbunan sampah sarap. Kalau jenis besar biasanya lubang cengkerik di korek. Nak senang beli sahaja di kedai-kedai jual ikan.

Kegunaan : Semua jenis ikan bermisai suka seperti Ikan Baung, Ikan Keli dan seumapanya. Kadang kala guna untuk mancing ikan Kaloi.

Kelkatu - Biasanya banyak keluar pada musim hujan. Jenis ini agak kecil sedikit, ianya di panggil kelkatu anai-anai.Kalau nak dapatkan yang lebih besar kena pandai gali kawasan busut di kebun-kebun pada musim hujan. Di bandar kuala Lumpur ni mana ada. 

Kegunaan : Ikan Keli, Ikan Puyu, Ikan Haruan dan semua jenis ikan nipis. 

Pallet Merah - Beli di kedai pancing.

Kegunaan : Ikan Lampam Jawa, Ikan Tilapia (Merah/Hitam) dan jenis ikan putih di lombong - lombong dan sungai.
Ulat Sawit / Ulat Sagu - Boleh didapati di pokok-pokok Kelapa Sawit / Sagu / Batang Kelapa tumbang dan dalam proses pereputan.

Kegunaan : Ikan Patin, Ikan Temoleh




Udang Galah - Beli dikedai-kedai jual ikan hiasan, kolam-kolam pancing udang, Kail sahaja di sungai.

Kegunaan : Ikan Belida, Ikan Tapah

Cacing - Gali di kawasan tanah-tanah lembap, beli kedai-kedai pancing

Kegunaan : Udang Galah, Ikan Keli Bendang, Ikan Puyu, Ikan Haruan, Ikan Sepat, Ikan -ikan putih sungai dan seumpamanya.


bersambung.......

MuliaNya disisi Allah -Mati Syahid


Lihatlah kebesaran Allah yang sentiasa ”memelihara” dan memuliakan para tentera - tenteraNya. Gambar ini ialah gambar Asy-Syahid Abdul Razzaq Ziyadah,yg gugur dalam berjihad menentang kekafiran, kezaliman dan kemungkaran syiah.Walaupun tubuh nya hancur sebegini, namun wajah nya tidak ada sebarang cacat cela, hanya kesan darah terpercik di wajahnya, janggut nya juga masih rapi.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI MU WAHAI MUJAHID SYAHID, DI TEMPATKAN DI TEMPAT YANG MULIA DI SISI ALLAH BERSAMA PARA SYUHADA YANG LAIN NYA..Aamiin.

“Dan jangan sekali - kali engkau sangka orang-orang yg terbunuh (iaitu yg gugur syahid) pada jalan ALLAH itu mati, (mereka sebenarnya tidak mati) bahkan mereka adalah hidup ( secara istimewa ) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; ( Dan juga ) mereka bersukacita dengan kurniaan ALLAH ( balasan mati Syahid ) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai ( saudara-saudaranya ) orang-orang ( Islam yang sedang berjuang ), yang masih tinggal di belakang, yang belum ( mati dan belum ) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan ( dari berlakunya kejadian yang tidak baik ) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari ALLAH dan limpah kurniaNya; dan ( ingatlah ), bahawa ALLAH SWT tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Dikirim dalam Dunia Islam

Betapa zalimnya tentera Mesir-Amerika terhadap manusia

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/996870_284943344979344_2032060453_n.jpg



Terkini… Sahabat hantar berita dari Mesir. Ya Allah ! Bantulah hambaMu yang berjuang dipihak kebenaran ini. 

Sumber;
Islam Agama Ku

Khamis, 1 Ogos 2013

Ikatan Mata - Ikan Lampam, Kaloi, Jelawat, Selat, Terbol...

Ikatan ini adalah inovasi baru yang aku praktikkan sekarang. Ikatan agak simple tapi praktikal untuk memancing ikan bersisik putih seperti ikan lampam jawa, ikan terbol, ikan merah pipi, ikan sembarau dan seumpamanya. Ikan-ikan seperti ini bermain di pertengahan air dikawasan air agak tenang dan sedikit berarus. Ikatan ini aku namakan 'ikatan tapak memerangsungai'.

Disini aku jelaskan, langkah demi langkah untuk membuatnya :

Langkah 1 :

Gunakan dawai trolling stell yang dijual dikedai-kedai pancing. Disini aku gunakan dawai bersaiz : 23 keras. Harga sekitar RM 7.00 - RM 9.00. Dinasihatkan, jangan gunakan dawai yang lembut.




Langkah 2 :

Potong dalam anggaran 8 - 10 inci sebanyak 2 potongan dan sepanjang 6 - 8 inci sebanyak satu potongan (2/3 dari potongan dawai yang panjang). Lihat gambar sebelah. 2 potongan sama lebih panjang dari yang satu lagi potongan.



Langkah 3 :

Buat simpulan di tengah - tengah dan masukkan kekili seperti gambarajah disebelah. Kelihatan 5 simpulan kelihatan sama panjang dan 1 simpulan nampak pendek sedikit. Tegakkan dawai - dawai yang panjang mengikut empat penjuru dan satu dawai menegak ke bawah. Gunakan lebihan dawai yang pendek bagi mengikat tegakkan kebawah supaya lebih kuat.
Langkah 4 :

Buat simpulan di hujung setiap dawai termasuk yang ditegakkan seperti gambarajah di sebelah. Buat perambut mata pancing dan buat ikatan di bahagian simpulan hujung dawai.




Langkah 5 :

Lebihan dawai berbentuk tegak tinggalkan kosong dan ianya boleh digunakan untuk mengikat batu / pemberat. Panjang perambut bergantung cara pancingan anda. 

Aku selalu praktikkan ikatan ini menggunakan pelampung dan saiz pemberat / batu 1/2 - 4. Panjang perambut pemberat / batu hidup sepanjang 10 - 12 inci. Umpan sesuai cengkerik, anak kerengga, anak tebuan, cacing, pallet merah, anak udang & anak ikan ( ikan sembarau ) dan seumpamanya. Ikatan tapak memerang ini memang berkesan untuk menangkap ikan-ikan putih. Selain itu, boleh mengurangkan kadar karauan untuk pengisian umpan pancing kita.

Ikatan tapak memerang telah mengantikan ikatan mata tunggal dan hasil pemerhatian ikatan mata rambai dan mata bomb. Ikatan tapak memerang begitu serasi dengan aku. Kebiasaanya, aku labuhkan 2 jorang dimana-mana port memancing yang diterjah. Strategi untuk menggelak dari membangau...hik hik.!!!. Paling tak pun balik rumah boleh buat lauk.

Untuk otai-otai baru cuba praktikkan cara ikatan tapak memerang ni....bagi otai-otai lama boleh komen apa sahaja.

wasallam.

Ikatan Mata - Pancing Toman, Haruan, Belida, Siakap, Pari.....

Kesempatan hari ini, aku nak ceritakan bagaimana nak buat ikatan mata pancing untuk memancing ikan toman, ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Pari, Ikan Siakap dan seumapamanya. Fokus kegunaan ikatan mata ini untuk memancing jenis ikan bersisik dan diet pemakanan secara ragutan dan melarikan umpan. Ikatan mata seperti ini yang aku praktikkan sejak mula-mula belajar memancing. Ilmu ikatan ini, aku belajar dari arwah atuk dan arwah ayakku. Kedua-dua pakar dalam mencari dan menangkap ikan.

Ikatan ini, ada dua jenis. Satu ikatan mata tunggal dan satu lagi ikatan dua mata secara selari. Kebiasaannya aku gunakan mata bersaiz 16 dan keatas. Pengunaan mata bersaiz besar atau kecil bergantung target sasaran. kalau ikan tu besar besar pakai mata tu, Kalau ikan di kawasan target kecil pakai kecil. Nak tahu bagaimana ikan besar ke? ikan kecil ke?. Seperti diceritakan di Pnet, kita perlu buat tinjauan dulu lubuk-lubuk tu, baru tahu target kita. Harap-harap otai-otai pancing faham maksud aku.

Contoh 1 : Ikatan Mata Tunggal

Ikatan mata tunggal dibahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan Dasar : 10 - 12 inci
Pancingan Pertengahan / Pelampung : 1 - 1.5 meter.

Ikatan seperti ini ramai digunakan oleh kaki-kaki pancing sekarang dan pandai buat ikatannya. Dari pengalaman aku ikatan mata tunggal jarang pakai. Kalau mula - mula belajar mancing memang la.

Contoh 2 : Ikatan Mata Dua

Ikatan Mata Dua di bahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan dasar : 1 - 1.5 meter
Pancingan pertengahan air / Pelampung : 1 - 1.5 meter

Ikatan seperti ini kerap kali dan selalu aku gunakan untuk memerangkap moster-moster sama ada untuk teknik pancingan dasar atau pertengahan air / guna pelampung. Umpan selalu digunakan anak ikan hidup seperti ikan keli, ikan puyu, ikan kap, udang (belida, siakap),ikan sepat dll.

Hasil dari kedua-dua ikatan diatas, perlu disesuaikan dengan cara pancingan kita. Pancingan dasar atau pancingan pertengahan air menggunakan pelampung. Selalu aku pertimbangkan situasi lubuk yang di tinjau sebelum tu. Adakah lubuk-lubuk di terjah banyak kayu, tunggul, apa-apa seumpama atau tidak.

Kalau lubuk kurang risiko sangkut, aku gunakan teknik pancingan dasar dan menggunakan pemberat / batu mati bersaiz 6 atau 7. Kalau banyak kayu, tunggul, balak seumpamanya aku gunakan teknik pancingan pertengahan air / pelampung dan menggunakan pemberat / batu hidup bersaiz 1/2 - 1. Pemberat / batu di ikat kadar jarak sejengkal atau 10-12 inci dari umpan hidup. Gunakan kekili 'Y' untuk membuat sambungan ke tali utama, perambut pancingan dan pelampung. Panjang tali pelampung bergantung kepada kedalaman lubuk.

Contoh 3 : Perambut dengan ikatan dua mata dan batu hidup

Ikatan ini selalu aku praktikkan hingga kini untuk menangkap ikan Toman, Ikan Haruan, Ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Temoleh, Ikan Pari (Ikatan Tangsi atau dawai steel), Ikan Siakap ( ikan dawai steel ) dan seumpamanya.

Sekarang, banyak aku gunakan mata yang lebih keras dan tajam seperti i-fish, naruto dll. Kebanyakan mata pancing buatan jepun.

Harapan celoteh aku ini boleh dijadikan panduan bagi otai-otai yang baru berjinak-jinak dengan hobi memancing. Bagi otai-otai lama tu mungkin dah terbiasa menggunakan ikatan seperti ini, tentu dah mahir.  Harap - harap ada yang sudi komen ikatan ini, bagi menambah inovasi ikatan yang telah lama aku praktikkan.

wasallam..