Semua sihat ?
Seperti dijanjikan pada catatan sebelum ini, pada cuti hujung minggu iaitu semalam (26.07.2015) memerang terjah Sg. Lembing/Sg Panching, Pahang. Memerang drive sendirian ke Kuantan, Pahang pada petang sabtu. Sampai di
rumah sepupu memerang di Taman Pandan Perdana kira-kira jam 7.15
petang. Kira-kira 2.30 minit pemanduan.
Pada sebelah malam, selepas solat isyak. Memerang keluar makan dengan sepupu di restoran berdekatan. Sambil makan tu ada la rakan-rakan din minum sama-sama. Semua story berkisar memancing udang galah Sg Lembing/Sg Panching. Selepas makan, memerang dapat info dari cikgu nik...ramai kaki pancing berkumpul di pengkalan boat....memancing udang dan sembat ikan lanpam jawa. Memerang dan sepupu, din terus ke pengkalan boat.....oooohhh meriah
Esoknya, selepas solat subuh memerang bersama sepupu Din ( pemancing tegar ) terus ke pengkalan boat. Keadaan air sungai agak cantik....untuk berjenggo. Cikgu Nik (pemancing
tegar), Amran ( sebelum ni pemancing pantai, mula berjinak dgn udang
galah ), Ali (pemancing junior) turun agak lewat sedikit pada jam 7.30 pagi. Kami berjenggo sampai tengahari...lepas tu rehat sekejap untuk sembahyang zohor . Kami sambung selepas rehat tengahri sampai petang. Hasilnya, boleh dikatakan memuaskan....syukur rezeki hari semalam.
Udang Galah Sg Lembing, Pahang |
Udang Galah : 350 - 450 g |
Memerang bertolak balik ke Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Sampai di lebuhraya karak jalan agak sesak sedikit. Mungkin ada yang baru balik dari kampung.
Tip;
- Lokasi Sg. Lembing agak bahaya -tuan tanah & tali pinggan...harap faham yeeeaaa.
- Memancing setelah hujan turun dan selepas itu, 1 minggu panas terik.
- Memancing ketika Gates air dilepaskan pada hari jumaat bagi memperolehi hasil maksimun - mancing malam hari lagi baik.
- Memancing tebing agak sukar - tebing begitu semak.
- Jorang lembut, leader 15-20, perambut 7-8, mata saiz 2.
- Umpan - semua makan
- Memancing guna boat fiber.
- Bagi pemancing ikan - disini banyak ikan lanpam jawa, ikan patin, seangkata ikan baung dan ikan putih.
- Bagi pemancing dari luar - memancing berkumpulan
- Lokasi berkemah - banyak tanah lapang.
Wasallam....buka puasa petang ni dengan kari udang....bismillah yeeeaaa.