Khamis, 26 Februari 2015

Ikan Patin, Olak Lempit

Askm kawan-kawan....

Operasi terjah sungai manggis tercetus apabila kecewa nak memancing udang galah di sungai perak tak terlaksana akibat hujan lebat pada malam raya cina. Tapi alhamdulillah dapat juga memancing keli di gate JPS.
Jadi, pada 19hb Feb memerang mengatur langkah ke Olak lempit lerrr. Hasil tidaklah banyak hanya 3 ekor patin dara dalam anggaran 3-4 kilo seekor dan 6 ekor ikan keli sungai. Memerang berbekalkan roti Gadenia bercampur dedak.  Dari kesempatan ini, memerang mengenal pasti beberapa lubuk strategik untuk diterjah pada hujung minggu ini. Hasil bedah siasat ke atas ikan-ikan ni...memerang dah sediakan umpan sesuai. Pada masa sekarang buah berembang dan buah lakun baru berputik. Memerang dah puas mennongkah tebing mencari buah-buah ni. Boleh dikatakan ikan-ikan patin disini memakan lumut - lumut didasar dan tebing sungai. Ikan - ikan patin yang besar-besar agak banyak kelihatan semasa air surut dan pasang. Memerang anggarkan dari kocakan air, ikan-ikan ini antara 7 - 13kg seekor. Pandai-pandai la kekawan buat umpan yeaa...

Cuma memerang nak ingatkan kekawan menebing tu...jangan terlalu bermain di gigi air sungai, terutama yang memancing waktu malam. Faham-faham la yeaaa...malas nak story panjang sangat. Memerang pernah terserempak.....dari belahan air sungai. Agak besar juga tuannya. Tapi ingat, niat kita nak memancing, mulut jangan celupar dan hati nak kering....hik hik.

Meragut umpan belah tengahari, semasa air mula surut.
Berat anggaran 2.3 kg.








Meragut umpan belah petang masa air mula pasang. Berat antara 3-4 kg seekor.











Sebelum terjah ke olaka lempit, memerang nak castting dulu sembarau, tengas dan memancing kelah di area Raub, Pahang. Ramai kekawan asyik story je....panas telinga memerang dibuatnya. Insyaallah hasilnya, memerang report minggu depan.

Tip
  • Guna pancing panjang - memerang guna 10 kaki.
  • Timah pemberat no. 10 - 12, kalau timah no 6,7 dan 8 umpan hanyut ke tebing . Air laju masa pasang surut..rasa kalau minggu depan dah nak pertengahan bulan melayu...air tak lah pasang tinggi sangat dan arus dah slow sikit.
  • Sediakan pancing kecil, sambil-sambil pancing ikan keli. Umpan cengkerik dan cacing, laju je di sebatnya.
  • Main bottom batu mati dan stanby satu jorang untuk balingan jauh, pakai batu hidup no.10 dan leader 40-60 Ib.
  • Pakai perambut 2-3 mata pancing, saiz 8 - 12. Lihat kesesuaian jorang kekawan.
"Memancing...memancing juga tapi solat jangan lupa"

wasallam...

Selasa, 24 Februari 2015

Ikan Keli Sg Bidor, Teluk Intan Perak

Askm semua..

Pada 19 Feb 2015 lalu, niat asal nak mancing udang galah di Sg.Bidor, Teluk Intan. Memerang dah sampai sana dah jam 5.00 pm. Nasib tidak menyebelahi memerang, langit dah mula mendung dan kilat memancar-mancar. Dalam hati, kalau memancing udang malam ni....dah tentu bangau dan meletihkan badan...air sg sejuk dan udang tidak galak.
Jadi, memerang ke gate JPS berdekatan.....alang terkejut besar ikan keli memang banyak berkumpul disitu. Kebetulan air sungai surut. Jadi, ape lagi...mancing keli je la....daripada membangau...hasilnya dalam masa sejam setengah...

Saiz agak boleh tahan....lepaslah 4-5 hari jual nasi campur. Anggaran 47 ekor dengan menggunakan 2 jorang udang.
Saiz 6-7 ekor sekilo











Memerang tamatkan memancing keli jam 6.30 ptg setelah hujan berhenti dan air sungai dalam. Balik ke K.Lumpur melalui Kuala Selangor. Trip mengudang di teluk Intan dirancang semula selepas raya cina....

Tip;
  • Umpan - Cengkerik dan cacing
  • Pancing masa air surut di kws gate air, muara sungai, parit dan seumpamanya.
  • Mata pancing  saiz 4-5 dah cukup.
wasallam...

Selasa, 10 Februari 2015

MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU, BUKIT BESI, DUNGUN TERENGGANU

As’salamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

PER:  MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGURUSAN KERJA-KERJA MENAMBAK TANAH SETINGGI 6 KAKI SERTA PEMBANBANGUNAN BERUPA BAIK PULIH & UBAH SUAI BANGUNAN YANG SEDIA ADA BAGI MENANGANI MASALAH BANJIR

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 13 tahun dan kini mempunyai 60 pelajar keseluruhannya dari golongan anak yatim, fakir dan miskin. Pihak madrasah terpaksa memohon dana seperti diatas kerana setiap tahun pada musim hujan, madrasah ini akan dilanda banjir, tahun 2014 paling teruk. Pihak Madrasah terpaksa berusaha untuk membina bangunan 2 tingkat, dimana tingkat bawa akan dibina untuk dewan, tingkat atas untuk asrama dan menambun tanah di kawasan-kawasan yang amat memerlukan.

3. Sehubungan itu pihak madrasah dengan rendah diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF (perkakasan/peralatan) ataupun lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan untuk tujuan diatas.

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas mengikut kemampuan muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun CIMB Islamic Berhad kami diatas nama;

“MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU”
NO. AKAUN 8601 76 3713 (CIMB BANK)

lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan boleh dihantar terus ke alamat seperti dibawah.

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih dan pihak kami mohon doa yang berpanjangan dari muslimin/muslimat. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Yang ikhlas,

Juhari Mat Rani

HAJI JUHARI BIN MAT RANI
Mudir Madrasah Tahfiz Pinang Baru

Kampong Pinang Baru, Bukit Besi, Dungun,
23200, Terengganu Darul Iman
No. Tel. : 013 986 2660, No. Faks: 09 838 9052,

MAIDAM 09-630 3030, Balai Polis 09-833 7222, POS (M) 09-833 7030,
Pej. Daerah 09-848 1616

Tip;
  • Bersedekah RM1 setiap pagi dan petang, mudah mudahan dengan sedekah atau amal jarriyah itu membawa kelancaran rezeki dan dapat membantu kamu di akhirat kelak.

Jumaat, 6 Februari 2015

Umpan Udang Galah

Askm kaki-kaki pancing...
Dah lama memerang tak menulis. maklum terlalu bzzzzz dengan kerja yang tak habis-habis. Disini nak perturunkan umpan untuk memancing udang galah yang selalu aku pakai dan di warisi dari arwah ayah dan datuk.

1. Cacing merah - Cacing kira umpan universal. Cacing yang memerang maksudkan adalah cacing merah bukan cacing gelang atau cacing gila yang dibeli dikedai-kedai pancing tu. Cacing ni boleh dijumpai dikawasan kebun-kebun pisang, ladang kelapa sawit, paling banyak belakang umah area kampung-kampung. Biasanya kawasan tanah yang sentiasa lembap. Kalau pakai cacing, semua jenis ikan makan. Kalau mancing udang galah pada siang hari tak larat nak layan ikan je yang naik.Nasib-nasib lah udang didaratkan.

2. Anak Udang Bendang - Mudah diperolehi dalam kawasan air bertakung seperti bendang-bendang padi, lombong-lombong, parit dan kawasan berpaya. Pakai saut untuk dapat udang ini. Kalau mancing siang hari ikan lampan dan baung pun makan. Kebiasaan udang galah memeang suka makan anak udang kecil.

3. Isi Remis - Biasanya memerang guna isi remis. Lihat keadaan air sungai tempat memancing udang. Kalau air keruh dan dalam memerang guna cacing tapi mancing di bahagian tebing sungai. Kalau air cetek dan  jernih memerang guna isi remis tapi memancing bahagian alur sungai. Pasti saiz moster didaratkan. Isi remis sangat berkesan menjerat jenggo di sungai belat, sg pandan, dan sungai area zon pantai timur. Tip, remis hendaklah dibiarkan hidup dan disimpan didalam peti ais di tempat sayur. Balut dengan surat khabar biat tebal sikit. Pasti tahan lama.

4. Isi Ikan Haruan/isi Ikan Selar - Isi ikan yang dipakai hendaklah segar dan masih keras. Biasanya memerang membawa ikan harun hidup semasa memancing, bila nak pakai baru lapah isi ikan haruan tu...pastikan isi ikan masih berdarah dan berbau hanyir. Kalau memancing pasti yang didaratkan jenggo sepit biru yang besar-besar. Kadar ragutan perlu menunggu masa sedikit. Masa sesuai memancing waktu petang hingg ke lewat malam. Kalau tak ada ikan haruan isi ikan selar pun memerang pakai.

5. Anak ikan Gapi - Ikan gapi yang berwarna warni dan ekor yang lebat tu. Berkesan memancing waktu malam. Senang beli di kedai ikan, banyak dijual.

6. Kulit Ayam, Pedal Ayam dan Hati Ayam - Memerang pakai bila memancing waktu pagi sampai tengahari.

7. Ikan Sardin - Ikan sardin ni, memerang pakai untuk rasuah bila memancing waktu malam. Caranya tebuk lubang pada tin sardin supaya isi sardin boleh keluar bila di rendam dalam air. Memerang selalu labuhkan di bawah bot dilokasi memancing. Memerang tak lah berpindah banyak tempat bila memancing waktu malam. Jadi, bila udang dah berkumpul banyak, hulur jorang di bawah bot berumpankan cacing, isi ikan kawasan kalian labuhkan sardin tadi. hasil cukup lumayan. Memancing malam hati kena berani oooiiii. Kalau penakut lebih baik belah je la. 

8. Kelapa Goreng, Belacan bakar dan Beras Goreng - Cara ni lebih kurang sama dengan menggunakan sardin tadi tapi lebih kepada serampang dua mata. Bahan-bahan ni masuk dalam stokin wanita tu. Labuh di bawah bot pakai pemberat. Pasang loceng dekat tali yang dilabuhkan. Bila udang berkumpul memyepit kelapa, belacan dan beras dalam stokin tu...pasti susah nak lepaskan. Angkat je perlahan-lahan. Disamping tu, bolehlah labuh pancing berumpankan cacing, isi ikan..apa2 je. Biasanya memerang guna cara ni bila memancing waktu malam. Memang berbaloi...cuba la

9. Upon-upon - Memerang jarang pakai sebab susah nak cari lagi pun nak beli terlalu mahal . Pakai cam guna cacing juga. kalau umah kau orang dekar pandai bolehlah cari.

Umpan-umpan ini diguna mengikut keadaan cuaca, pasang surut air sungai, kekeruhan air sungai dan waktu kita memancing perlu juga di ambil kira bila hendak memancing udang galah/jenggo.

Tip, udang memang galak pada waktu petang dan malam, apabila embun mula terasa. Waktu ini udang galak memakan umpan. Kalau ke sungai waktu pagi tu, biasanya nampak seperti asap di permukaan air sungai.Pasti air sungai pada waktu itu panas. Udang galah memang galak memakan umpan. Keadaan sejuk (berembun) / panas air bergantung pada hujan serta perkiraan kitaran bulan mengikut kelendar Islam. Selamat mencuba...

Mengikut perancangan cuti tahun baru cina pada 20 dan 21 Feb 2015, memerang nak terjah sungai bernam bersama 2 lagi pemancing tegar walaupun air masih pasang besar ...lihat kalau ada hasil memerang akan bagi info dan gambar sekali.......Wasallam