Isnin, 4 November 2013

Sungai Langat - Olak Lempit, Selangor Part 4

Askm wbr...
Cuti hujung minggu, cuba-cuba casting Sg Langat. Kawasan tumpuan area Olak Lempit. Hasil kira berbaloi juga. Kalau ada otai nak cuba tu...lihat-lihat tempat dulu, baru terjah. Sekarang ini musim hujan, sukar sikit nak dapat ikan toman ni. Lagi baik tunggu cuaca agak panas dan air sungai dah surut hingga paras bawah semak samun di tebing sungai tu. Pasti berbaloi lagi hasilnya. Ikan Toman di sini agak besar-besar juga, anggaran 1kg ++ / seekor. Dari pengalaman dan tinjauan lubuk sebelum tu, nampak ikan toman yang bagak-bagak agak banyak tapi belum mahu memakan umpan pada musim hujan.
Ikan Toman Olak Lempit
Ikan Toman (tengah) Ikan Haruan (kiri dan kanan)


Kalau ada otai-otai nak cuba, silakan tapi report hasil dekat pancing.net. Boleh sama-sama lihat. Kalau nak turun casting tu, dinasihatkan pakai perambut dawai 30Ib keatas. Kalau pakai perambut tangsi 'putih mata' jawabnnya. Abee mancing nak syok tarik ikan dan memenuhi masa lapang hujung minggu...hasil bagi sedekah dekat kawan-kawan dan jiran-jiran sebelah rumah. Kalau ada lebih tu...biasalah masak dan jual nasi campur. Harga RM3 / seketul .Ramai pelanggan bagi tahu sedap ikan sungai ni...

Kalau ada berminat nak mancing ikan tilapia pun boleh. Ikan Tilapia banyak terdapat disungai ni. Dinasihatkan mancing pakai pelampung dan umpan anak udang sungai / bendang. Kalau mancing dasar susah sedikit. 
wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing