Khamis, 1 Ogos 2013

Ikatan Mata - Pancing Toman, Haruan, Belida, Siakap, Pari.....

Kesempatan hari ini, aku nak ceritakan bagaimana nak buat ikatan mata pancing untuk memancing ikan toman, ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Pari, Ikan Siakap dan seumapamanya. Fokus kegunaan ikatan mata ini untuk memancing jenis ikan bersisik dan diet pemakanan secara ragutan dan melarikan umpan. Ikatan mata seperti ini yang aku praktikkan sejak mula-mula belajar memancing. Ilmu ikatan ini, aku belajar dari arwah atuk dan arwah ayakku. Kedua-dua pakar dalam mencari dan menangkap ikan.

Ikatan ini, ada dua jenis. Satu ikatan mata tunggal dan satu lagi ikatan dua mata secara selari. Kebiasaannya aku gunakan mata bersaiz 16 dan keatas. Pengunaan mata bersaiz besar atau kecil bergantung target sasaran. kalau ikan tu besar besar pakai mata tu, Kalau ikan di kawasan target kecil pakai kecil. Nak tahu bagaimana ikan besar ke? ikan kecil ke?. Seperti diceritakan di Pnet, kita perlu buat tinjauan dulu lubuk-lubuk tu, baru tahu target kita. Harap-harap otai-otai pancing faham maksud aku.

Contoh 1 : Ikatan Mata Tunggal

Ikatan mata tunggal dibahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan Dasar : 10 - 12 inci
Pancingan Pertengahan / Pelampung : 1 - 1.5 meter.

Ikatan seperti ini ramai digunakan oleh kaki-kaki pancing sekarang dan pandai buat ikatannya. Dari pengalaman aku ikatan mata tunggal jarang pakai. Kalau mula - mula belajar mancing memang la.

Contoh 2 : Ikatan Mata Dua

Ikatan Mata Dua di bahagian hujung perambut. Panjang perambut bergantung teknik pancingan kita.

Pancingan dasar : 1 - 1.5 meter
Pancingan pertengahan air / Pelampung : 1 - 1.5 meter

Ikatan seperti ini kerap kali dan selalu aku gunakan untuk memerangkap moster-moster sama ada untuk teknik pancingan dasar atau pertengahan air / guna pelampung. Umpan selalu digunakan anak ikan hidup seperti ikan keli, ikan puyu, ikan kap, udang (belida, siakap),ikan sepat dll.

Hasil dari kedua-dua ikatan diatas, perlu disesuaikan dengan cara pancingan kita. Pancingan dasar atau pancingan pertengahan air menggunakan pelampung. Selalu aku pertimbangkan situasi lubuk yang di tinjau sebelum tu. Adakah lubuk-lubuk di terjah banyak kayu, tunggul, apa-apa seumpama atau tidak.

Kalau lubuk kurang risiko sangkut, aku gunakan teknik pancingan dasar dan menggunakan pemberat / batu mati bersaiz 6 atau 7. Kalau banyak kayu, tunggul, balak seumpamanya aku gunakan teknik pancingan pertengahan air / pelampung dan menggunakan pemberat / batu hidup bersaiz 1/2 - 1. Pemberat / batu di ikat kadar jarak sejengkal atau 10-12 inci dari umpan hidup. Gunakan kekili 'Y' untuk membuat sambungan ke tali utama, perambut pancingan dan pelampung. Panjang tali pelampung bergantung kepada kedalaman lubuk.

Contoh 3 : Perambut dengan ikatan dua mata dan batu hidup

Ikatan ini selalu aku praktikkan hingga kini untuk menangkap ikan Toman, Ikan Haruan, Ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Temoleh, Ikan Pari (Ikatan Tangsi atau dawai steel), Ikan Siakap ( ikan dawai steel ) dan seumpamanya.

Sekarang, banyak aku gunakan mata yang lebih keras dan tajam seperti i-fish, naruto dll. Kebanyakan mata pancing buatan jepun.

Harapan celoteh aku ini boleh dijadikan panduan bagi otai-otai yang baru berjinak-jinak dengan hobi memancing. Bagi otai-otai lama tu mungkin dah terbiasa menggunakan ikatan seperti ini, tentu dah mahir.  Harap - harap ada yang sudi komen ikatan ini, bagi menambah inovasi ikatan yang telah lama aku praktikkan.

wasallam..

1 ulasan:

  1. Terbaek broo..sye pon mgunkn teknik yg sme..ttapi sye xbrapa psti untok pncingn toman..ble spisis nie mkn yg bsaiz 6kg keatas..steel 50lb yg sye gnekn msih kurg mampu untok ggitan sang pmangsa

    BalasPadam

boleh komen, tak kira kaki pancing