Isnin, 29 Julai 2013

Ikan Kelah Dan Ikan Tegas - Apa berbezanya?

Perbezaan -Ikan Kelah (Kiri) dan Ikan Tegas ( Kanan)

Ikan Kelah.Bersisik rapat.
.Ada lebihan isi yang panjang di bibir
.Terdapat lebihan di cuping tengah 'median'
.Jika di terbalikkan cuba perhatikan garis di bawah bibir.. terdapat 3 garis
.Spesis kelah : Kelah Emas (golden), Kelah Merah, Kelah Bara, Kelah Biru, Kelah Hijau (Kejor), Kelah Pasir (Coklat)


Ikan Tengas.Sisik jarang.
.Jika diterbalikkan terdapat 2 garis di bawah bibir.
.Ada lebihan isi yang pendek di bibir
Spesis Tengas : Tengas Daun, Tengas Batu (Coklat)
Yang di bulatkan tu ada lebihan isi yang menampakkan 3 ketul daging atau daging berlebihan.( kelah) dan disebelahnya adalah tengas..

Jika ada maklumat tambahan...sila komen tauuuu.

Lailatul Qadar - 10 malam terakhir ramadhan


Bismillahirahmanirahhim.
Assalammualaikum wbrt.

Malam ini, kita telah masuk fasa terakhir ramadhan iaitu 10 malam terakhir ramadhan.


Disini saya menyeru diri saya dan otai-otai semua mari kita berfikir sejenak dan jangan terlalu leka dengan batang-batang jorang kita sehingga bulan puasa pun masih lagi sibuk memegang batang jorang dikolam-kolam pancing, ceruk lubuk-lubuk sungai dan seumpamanya. Tinggalkanlah sejenak, rezeki tak kemana pun, semua dari allah. "Ingat allah, allah ingat kamu". Lepas raya kita terjah balik, tak rugi. Rezeki lagi bertambah-tambah adalah...insyaallah.
Kita semua adalah insan yang lemah, sentiasa berbuat dosa...bermacam-macam dosa..lagi setiap hari.

sama-sama kita renung-renungkan...!!!

Adakah kita tahu berapa panjang lagi hidup kita?

Apakah kita akan bertemu pada ramadhan akan datang?

"Lailatul Qadar…iaitu ada pada bulan Ramadhan.  Kerana itu, hendaklah kita mencarinya pada sepuluh hari terakhir.  Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau  malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir."          
   
Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Muhammad S.A.W lantaran kebimbangan Baginda Rasulullah terhadap usia umatnya yang semakin pendek.  Bagi mengatasi keraguan ini,  Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa rahmat pahala yang teramat besar atau 'bonus dalam bonus, bonus berganda-ganda' pahala yang teramat-amat besar seperti beribadat selama 83 tahun 3 bulan. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda S.A.W pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan ganjaran pahala beribadat dari Allah SWT. Mari kita sama-sama kejar rahmat Allah SWT yang maha hebat ini.
     
Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat.  Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka walaupun Baginda telah dijanjikan Allah tempat di sisi-Nya.  Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak-bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.
     
Kita sebagai umatnya harus mengikuti mengikuti sunnah Baginda SAW yang mendatangkan faedah yang besar bukan sahaja kepada kita malah seluruh umat Islam. 


Tanda-Tanda Lailatul Qadar – Buka Mata. Semoga artikel yang berjudul " Tanda-Tanda Lailatul Qadar " bermanfaat. Tanda-Tanda Lailatul Qadar telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam beberapa riwayat berikut :

Sebagaimana dikatakan oleh Ubay bin Ka’b pada hadits, beliau berkata:

بِالْعَلاَمَةِ أَوْ بِالآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

" Dengan tanda yang pernah Rasulullah kabarkan kepada kami, yaitu (matahari) terbit (pada pagi harinya) tanpa sinar (yang terik)".

Juga sebagaimana hadits Ibnu Abbas, ia berkata:

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ: لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ لاَ حَارَّةَ وَلاَ بَارِدَةَ, تُصْبِحُ شَمْسُهَا صَبِيْحَتُهَا صَفِيْقَةً حَمْرَاءَ.

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang (tanda-tanda) Lailatul Qadar: “Malam yang mudah, indah, tidak (berudara) panas maupun dingin, matahari terbit (di pagi harinya) dengan cahaya kemerah-merahan (tidak terik)"

Juga hadits tanda-tanda malam lailatul qadar lainnya oleh Jabir bin Abdillah, beliau berkata:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : إِنِّيْ كُنْتُ أُرِيْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ, ثُمَّ نُسِّيْتُهِا, وَهِيَ فِيْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ لَيْلَتِهَا, وَهِيَ لَيْلَةٌ طَلْقَةٌ بَلْجَةٌ لاَ حَارَّةَ وَلاَ بَارِدَةَ.

"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya aku pernah diperlihatkan (bermimpi) Lailatul Qadr. Kemudian aku dibuat lupa, dan malam itu pada sepuluh malam terakhir. Malam itu malam yang mudah, indah, tidak (berudara) panas maupun dingin"

Demikian pula hadits Ubadah bin Ash Shamit, ia berkata:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِيْ الْعَشْرِ الْبَوَاقِيْ, مَنْ قَامَهُنَّ ابْتِغَاءَ حِسْبَتِهِنَّ فَإِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَغْفِرُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ, وَهِيَ لَيْلَةُ وِتْرٍ, تِسْعٌ أَوْ سَبْعٌ أَوْ خَامِسَةٌ أَوْ ثَالِثَةٌ أَوْ آخِرُ لَيْلَةٍ, وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ َ: إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيْهَا قَمَراً سَاطِعاً سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ, لاَ بَرْدَ فِيْهَا وَلاَ حَرَّ, وَلاَ يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيْهَا حَتَّى تُصْبِحَ, وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيْحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً, لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ, وَلاَ يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ.



"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul Qadr (terjadi) pada sepuluh malam terakhir. Barangsiapa yang menghidupkan malam-malam itu karena berharap keutamaannya, maka sesungguhnya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu & yang akan datang. Dan malam itu adalah pada malam ganjil, ke dua puluh sembilan, dua puluh tujuh, dua puluh lima, dua puluh tiga atau malam terakhir di bulan Ramadhan,” dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam cerah, terang, seolah-olah ada bulan, malam yang tenang dan tentram, tidak dingin dan tidak pula panas. Pada malam itu tidak dihalalkan dilemparnya bintang, sampai pagi harinya. Dan sesungguhnya, tanda Lailatul Qadr adalah, matahari di pagi harinya terbit dengan indah, tidak bersinar kuat, seperti bulan purnama, dan tidak pula dihalalkan bagi setan untuk keluar bersama matahari pagi itu"

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi.  Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud : "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku.  Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan keimanan, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Disini saya senaraikan antara amalan-amalan yang di amalkan pada malam Lailatul Qadar. Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam. Selebihnya, rujuklah Ustaz, Tok-tok Guru, Alim Ulamak......

1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar

3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali ....Astagfirullah halazim.....waatubuilaih.
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
6. Bertasbih: 
  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X.
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X.
  • Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X.
  • Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X.
7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
8. Sembahyang sunat Tahajud
9. Sembahyang sunat Tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.
 
Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan kita mendapat rahmat serta keampunannya.

wassalam.

Khamis, 25 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 3 - Cara buat mata..

Askm wbr....
Siri kali ini, aku nak ceritakan....Bagaimana nak mengikat mata rambai / mata bomb. Nak aku jelaskan, kekemasan buatan mata rambai / bomb yang telah siap bergantung kepada ketelitian dan kemahiran otai-otai itu sendiri. Lihat langkah demi langkah seperti dibawah :

Mata Pancing siap diikat
Langkah 1.
Ikat mata pancing seperti gambarajah disebelah. Dengan panjang perambut sepanjang sejengkal. Potong dan biarkan lebihan hujung ikatan tangsi lebih kurang 1-1.5cm.






Contoh 2: Ikatan 3 mata
Contoh 1 : Ikatan 4 mata
Langkah 2.
Buat ikatan di ring. Jarak antara mata pancing dengan ring diikat sekadar 4 - 7 cm. Tinggalkan lebihan ikatan hujung lebih kurang 1-1.5 cm. Tujuan bagi menyerap tegangan dan mata tak mudah tttuuuussss. Faham!!!...

Langkah 3

Buat ikatan seperti ditunjukkan gambar sebelah. Potong dawai stainless steel lebih kurang sejengkal ( 8 inci). Buat simpulan, masukkan kekili dan manik. Manik bahagian hujung perlu lebih besar bagi menggelakkan 'ring' mata pancing tertanggal semasa tarik menarik dengan moster-moster.




Langkah 4

Masukkan ikatan mata pancing yang telah di ikat (no.2 diatas). Masukkan manik sekali lagi. Manik agak kecil sikit pun boleh, mengikut citarasa otai-otai. Pada hujung dawai buat simpulan dawai stailess steel sekali. Simpulan ini membiarkan ikatan mata pancing dalam kedudukan longgar. Pertimbangan perlu dibuat supaya masukan spring dan hujung simpulan tadi berada di tengah-tengah spring. Tujuan bagi memberi daya serapan rembatan atau sentapan atau ragutan ikan. Selain itu, memberikan kedudukan mata pancing dalam keadaan longgar dan boleh berpusing-pusing.
Langkah 5

Hujung simpulan dawai stainless steel tadi, Buat potongan dawai lain lebih kurang sejengkal atau ukuran kemasukan spring boleh lepas. Selepas itu, buat sambungan baru.






Langkah 6

Selepas buat sambungan, masukkan spring. Dinasihatkan pakai spring yang lebih panjang dan besar. Otai-otai kena pastikan sambungan dawai tadi berada di tengah-tengah spring. Lihat betul-betul gambar tu...Nampak tak?. Dah boleh bayangkan, bila ikan mengena spring akan berfungsi menyerap sentapan. Tali utama tak lah terbeban sangat.




Langkah 7

Selepas itu, masukkan manik besar dan buat simpulan hujung dawai stainless steel. Selepas itu, masukkan kekili. Selepas itu, potong clip pin pada kekili tu. Pada hujung kekili boleh berpusing tu, pasang 2 perambut mata pancing yang sama saiz.





Langkah 8

Gunakan pengasah atau kikir tadi bagi menajamkan mata rambai atau mata bomb tadi. Ketajaman mata pancing akan menentukan kadar sangkut ikan adalah tinggi. Terutama bagi ikan-ikan suka mengambil umpan secara ragut dan bawa lari.  Sehingga kini, aku gunakan mata rambai atau bomb ni boleh di katakan 99% berjaya. Aku selalu sesuaikan untuk pancingan dasar dan pancingan pertengahan menggunakan pelampung. Lagi seperkara lagi, fikir bagaimana nak bagi umpan digunakan power...'killer' katakan.

'sekali baling naik satu ikan' . Wasallam.



Mata Rambai / Mata Bomb 2 - Alatan yang perlu di sediakan untuk membuat Mata Rambai / Mata Bomb

Disini aku nak senaraikan alatan dan bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat mata rambai / mata bomb. Mata rambai / mata bomb yang aku tunjukkan sebelum ini bukan aku 'ceduk' dari mana-mana otai-otai lain atau mana-mana majalah. Mata rambai / mata bomb ini hasil dari rekaan dan kreativiti aku sekian lama dalam aktiviti memancing. Idea ini tercetus akibat banyak kejutan yang dihasilkan oleh umpan-umpan cyber dalam dunia memancing. Cetusan idea ini juga lah terhasil banyak umpan-umpan 'killer' dapat aku bangunkan untuk menangkap moster-moster di lubuk-lubuk sungai yang aku terjah.

Harapan idea aku ini menjadi panduan, idea ini berpanjangan dan menjadi cetusan idea baru dalam 'inovasi' mata rambai / mata bomb. Kepada otai-otai lama ataupun baru mencebur diri dalam dunia memancing. Diharapkan memberi komen-komen bernas untuk aku 'inovasi' kan lagi idea yang tak seberapa ini. 

Alatan yang diperlukan :

Player dan gunting
1.Sediakan gunting, player mata tajam dan player mata tumpul. Barang -barang seperti ini tahan lama. Tak rugipun kalau beli yang mahal.








 
Dawai Stainless Steel
2. Sediakan dawai steanless steel. Selalu aku guna dawai untuk troling. Harga lebih kurang RM 6.00-RM8.00 di kedai-kedai pancing. Kekerasan dawai bergantung kepada pemancing dan saiz target ikan yang nak di pancing.
 
3. Sediakan spring ( saiz besar dan kecil ) mengikut keperluan anda. Sediakan juga manik bersaiz besar dan bersaiz kecil. Aku selalu gunakan kedua-dua saiz diatas.

4. Sediakan 'ring'. Ring kecil banyak dijual dikedai-kedai pancing. Ada yang mahal dan yang murah. Harga sekitar RM 3.50 - RM 4.50 sepeket. Ring ini perlu kuat, Pertimbangan perlu di ambilkira target ikan yang hendak di pancing. Kalau aku yang moster-moster sajeeeeaaaa...  

Tali Tangsi
5. Sediakan tali tangsi untuk perambut mata pancing. Selalu aku gunakan kekuatan : 40 ib, 50ib dan 60ib hingga 80ib. Pilihlah tangsi yang monokarbon dan seangkatan dengannya. Penting supaya sinaran cahaya matahari /cahaya tidak nampak si target sasaran di lubuk nanti. Aku selalu pakai Ichiban. Kebanyakan tali tangsi buatan jepun ni memang baik kerana ada daya regangan dan spring yang baik. Jangan gunakan tangsi yang 'hard strong'. Nanti mudah tussssss bila berlaku asakan bertalu-talu dari moster-moster.....Harga tangsi seperti ini sekitar RM 25.00 - RM 30.00.

Mata Pancing
6. Sediakan mata pancing mengikut keperluan otai-otai dan target ikan yang hendak dipancing. Selalu aku gunakan mata bersaiz 14 -18. Jenama i-fish. Pilih mata yang mempunyai kekuatan tinggi dan mata cukup tajam. Pakai prinsip "sekali umpan dilabuhkan seekor ikan didaratkan". Jangan memilih mata pancing yang mudah lentur. Mahal sikit tak kisah jangan kedekut dan sayangkan duit untuk beli mata pancing yang mahal. Janji menang memakai. Pada aku fikir nak daratkan yang moster-moster aaajjeeeaa....tu mata pancing nak 'strong'.

7. Terakhir, sediakan pengasah / kikir untuk tajamkan mata pancing bila dah siap. Banyak dijual di kedai-kedai hardware. Harga aku beli hari tu sekitar RM10.00 hingga RM15.00. Kalau sekitar pasar karat jln TAR dan Pudu pun ada jual.

Ring
Pengasah /Kikir










Bila semua dah disediakan, macam mana nak siapkan.....seterusnya.

Rabu, 24 Julai 2013

Puasa Tapi Tak Solat..Sah Ke?



Renung dan fikir-fikirkan...
 
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya ;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.

Rabu, 17 Julai 2013

Ular Tedung/Senduk

askm...

Aku jumpa tedung senduk (hitam) bukan tedung selar tauuu...masa lastday memancing dekat Bestari Jaya...seminggu sebelum puasa la. Masa tu, aku sedang karau pancing untuk daratkan ikan. Tiba-tiba tedung ni muncul dari belakang...dari semak-semak ditebing sungai tu....nak melintasi sungai ke tebing seberang. Terkejut gaakkkk...jadi aku diam je sambil beri laluan atau mengelak ke tepi beri laluan tedung tu lalu sambil beri salam. Tedung tu terus menjatuhkan badan ke sungai untuk ke tebing seberang. Hati-hati otai-otai pancing masa memancing.....lagi2 waktu malam tu.

Ular Tedung / Senduk
Ingatan untuk semua!!!

Tidak semua ular tu ular, kadang kala ianya Jin. Kita perlu beri salam, sebelum membunuhnya. Jika ianya jin, pasti ianya akan berlalu begitu saja. Jika ianya ular ada riaksi spontan tu..kalau merbahaya pada kita, bunuh je la. Kalau tak ada apa-apa...biar je la...dia pun nak hidup gak....dia makluk bumi gak.

Selasa, 16 Julai 2013

Jorang / Pancing / Kail dan Mesin

aslkm wbr...

Disini nak tunjukkan senjata utama yang aku pakai untuk memancing di sungai, kuala dan hulu sungai, lombong tinggal, kolam komersial.

Jorang Untuk memancing Ikan - seperti  ikan Patin, Ikan Belida, Ikan Tapah, Ikan Kaloi, Ikan Kelabai. Seumpamanya...lagi ikan tu yang suka meragut dan melarikan umpan...

Specifikasi penuh :

1.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Epixer EF65b, 10 ball, Ratio : 4:8:1, Line : 60Ib
2.Lemax Pro GT-S lengan Panjang,10 kaki, Mesin Okuma Trio 55, 10 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 50 Ib
3.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Flame F-80, 9 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 60Ib
4.Lemax Pro GT-S lengan panjang,10 kaki, Mesin Okuma Flame F-80, 9 ball, Ratio : 4:5:1, Line : 60Ib
5.Abu Garcia Tournament Classic, 7 kaki, Mesin  Ryobi Artica 3000, Line : 30 Ib

dibantu oleh...
* 3 Jorang longgok@ pasar malam, 10 kaki - kira boleh pakai tapi berat sikit bila nak baling umpan.

Abu Garsia & Lemax


Abu Garsia (7 kaki) dan Lemax (10 kaki)

Okuma Trio 55 - 1 Unit
Okuma Epixer EF65B - 1 Unit
Okuma Flame F-80 - 2 Unit

Jorang Casting

Kalau casting tu aku gunakan Abu Garsi Tournamant Classic, 7 kaki dan mesin ryoby Artca 3000, Line 30Ib. Kalau di kuala tu...aku tukar mana-mana mesin okuma tu...yang selalu terpilih Okuma Trio 55 ( 2 spoll - Line 60Ib dan 40 Ib branded line)

Jorang Casting - Abu Garcia Classic + Ryobi 3000

Jorang memancing Udang Galah

Aku suka beli yang tidak ada jenama, jorang longgok atau pasar malam. Panjang biasanya dalam 4 - 4.3 kaki panjang. Kekuatan : 10-20 paun. Jorang ni kira boleh boleh dipakai, sebab tarikan udang tidak sekuat ragutan ikan pun. Kan banyak di pamerkan di pintu kedai-kedai pancing tu....Mesin pun sama yang longgokkan dalam bakul-bakul tu. Bearing mesti 5 ball dan keatas dan spoll mesti besar sikit dari kebiasaan. Biasa aku pakai tali utama 30Ib, sebab mancing udang kadang-kadang dapat ikan baung, Ikan selat, ikan ngek-ngek...seangkatan la. Perambut selalu 15-20Ib. Sekarang hak milik aku ada 5 batang. Udang besar kecil semua di naikkan dengan pancing ni jeaa....yang penting umpan mahu power.


Jorang Udang - beli kaki lima aje...

ps : untuk mancing ikan baung - aku khaskan pancing yang special dari segi buatan batang pancing, loceng, cangkut umpan tapa  @ peram serta perambut mata pancing boleh ditukar ganti mengikut situasi ikan baung besar ke kecil di sungai tu. Tunggu nanti siap, aku letak gambar disini.

Moga-moga boleh di jadi panduan untuk otai-otai baru nak belajar memancing dalam memilih jorang.

wasallam.


Ikan Baung Sg. Bestari Jaya

Ikan Baung yang diperolehi di Sg.Bestari Jaya. Berat kira-kira 1.2 kg. Nak kira rekod terbesar yang aku perolehi hingga kini di kawasan lombong pasir, Bestari Jaya @ Batang Berjuntai. Sepanjang rekod aku memancing tangkapan terbesar ikan baung seberat 3.4 kg di Sg. Pahang. Ikan Baung ini aku pancing menggunakan umpan roti gardenia dengan bancuhan 'killer' hasil idea sendiri. Jangan sangkakan aku pancing menggunakan umpan tapa tau!!!... Sebelum PRU 2013 baru-baru ni, aku ada terjah lubuk sg.batang berjuntai @ bestari Jaya untuk test power umpan tapa bancuhan sendiri 'khas untuk ikan baung'. Hasilnya, nampak menjadi la umpan tu. Hasil hari tu kira banyak 4-5 kg .Cuma tak ada ikan baung yang besar-besar. Sekarang masih tengah up gred umpan tu, untuk di cuba di Sg. Bernam lepas raya puasa ni. Nak kata ikan puasa tak la...tapi kita yang puasa..penat kawan..lagi-lagi panas wehhhh.

Target otak aku, masih ada 4 port terbaik belum diterjah di Sg. Batang Berjuntai @ Bestari Jaya tu. Hasil dari tinjaun yang dibuat tempoh hari. Masih terdapat banyak ikan patin berlegar-legar di permukaan air di waktu pagi di port port tu. Aku juga percaya kawasan lubuk-lubuk banyak ikan baung yang besar-besar. Di persekitaran lubuk yang berkayu dan tunggul-tunggul kayu mati. Seronok juga kalau dapat daratkan baung sekali....2-3kg....masak lemak cili api. peerrrrrhhhh..
Tunggu dan lihat nanti!!...Insyaallah
 


Ikan Baung Sg Batang Berjuntai - 1.2 kg
 

Jumaat, 12 Julai 2013

Mata Rambai / Mata Bomb 1- Contoh


Bentuk mata rambai yang aku selalu gunakan semasa memancing. Selalu ikatan mata belah atas ada 3 mata, 4 mata atau 5 mata. Ikatan mata di bawah umpan bomb tu selalu akan ada 2 mata atau tiada ikatan mata pancing. Bagaimana ikatan tu ada atau tak ada. Aku akan ceritakan dalam siri-siri lain. Disini cuma nak bagitahu bentuk mata rambai, kalau otai2 nak cuba buat, kan lagi jimat, lagi kuat serta ikut citarasa kita. Mata rambai ini menggunakan dawai stainless steel yg tahan karat tu. Mata pancing selalu aku gunakan bersaiz 14 ke atas, biasanya jenama i-fish. Selalunya, mata rambai di jual di kedai-kedai pancing mudah rosak, mudah putus perambut. Perambut selalu aku pakai 40Ib, 50Ib, 60Ib dan ke atas.

Target selalu nak naikkan ikan yang besar-besar. Sebab tu perambut pakai saiz besar-besar.

Contoh Mata Rambai dan Spring Bomb yang selalu aku gunakan.

Contoh Mata Rambai dengan 7 mata pancing
Catatan :

Tujuan aku untuk jadikan panduan otai2 semua. bagaimana nak buat mata rambai @ mata bomb sungai ke..kolam komersial ke..pandai-pandai upgred lak. Ikut kepakaran masing-masing.

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 1


Ikan Patin Dan Ikan Jelawat
Anakku, Ajad - Tukang Tangguk Ikan
Ikan Jelawat 2.5 kg
Ikan Patin, Ikan Jelawat dan Ikan Baung
Hasil Minggu Sebelum - Ikan Patin & Lampam Jawa 
Ajad & Patin Rempit

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 2

Askm wbr...

Minggu paling banyak rezeki - 6 ekor ikan patin, 1 ikan baung. Paling besar ikan patin 7.5 kg di Bestari Jaya. Ikan lampam Jawa banyak juga (tiada gambar). Bila balik rumah terfikir-fikir juga..kenapa hari ini ikan dapat banyak?. Jadi, aku dapat satu jawapan yang boleh dijadikan panduan bila nak terjah Bestari Jaya. 

Ikan Patin Bestari Jaya - 7.5 kg
Yang besar, gambar atas tu, aku daratkan pun tak sampai pun 10 minit. Pakai Jorang Lemax Lengan Panjang dan Mesin Okuma Epixor EF65B, 10 ball bearing. Lendut tu tetap lendut gak la..!!. Ada tak dimana-mana sungai ikan patin lebih besar lagi?..Sg. Bernam ke..Sg Pahang ke...macam ikan patin mekong tu...hik hik. Itu je rekod aku di BB. Rekod yang aku tahu dekat BB sehingga kini 11.7 kg. Aku  sentiasa mengidam catatan rekod ikan patin terbesar dimana-mana sungai. Lepas raya ni...aku akan cuba di Sg.Bernam...dan Sg. Pahang....tunggu dan lihat hasilnya nanti?. Insyallah...
  
Hasil Ikan Patin - 6 ekor. Berapa kg tu..?
Bergaya depan Gerai, Sirra Garden ..sorry bro
Gambar ni depan pintu kedai aku yang punya. Biasa la hidup KL kena cari duit lebih...hik hik. Sudi-sudi kiranya ada otai-otai pancing nak singgah makan, minum...boleh borak-borak pasal mancing yeaaaa. 
  
Alhamdullilah rezeki dari allah katakan...jom mancing!!!
 

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 3

Badan sangat penat balik dari main futsal di UUM, Sintok. Kedah. Igatkan nak rehat dirumah pada 1 July tu. Balik dari surau baru jam 6.15 pagi...masih awal tu. Fikir-fikir..dari duk umah lepak-lepak saje ..baik lepak di Port Batang Berjuntai. Hari ini aku gerak seorang je..tukang tangguk ke sekolah, anak lelaki bongsu tu...ajad...biasa lah kan hari Isnin. Pukul 5.30 ptg baru aku balik...sampai rumah dekat maghrib dah. Biasa la tukang tangguk aku tu, selalu kecoh...papa gi mancing juga ke hari ajad sekolah?. Itu soalan di ajukan kalau di tinggalkan...biasa budak-budak..kan hari sekolah...mana boleh ikut!!..Sebab tu kalau nak pergi mancing. Tukang tangguk @ sauk mesti selalu dibawa. 

Hasil hati tu 2 ekor je...1 Ikan Patin dan 1 ikan Jelawat.


Ikan Patin Batang Berjuntai - 7.1 kg

Dari maklumat yang aku ada, ikan patin jenis ni boleh membesar lagi sehingga mencecah 15 - 25kg. Kalau di biarkan hidup lama di sungai-sungai besar. Malang dah rezeki aku...jadi lauk je la. Aku daratkan pakai rod lemax 10 kaki dengan mesin okuma Trio 55. Masa tak sampai 10 minit. Insyallah...aku akan cuba darat yang terbesar di mana-mana sungai. Bukan nak bangga tapi 'nice' tu..masa ikan tarik sampai ikan di daratkan. Aku cukup puas bebbbb!!!


Ikan Patin..dekat Bestari Jaya


ikan patin lagi...tak besar sangat lah tapi syukur..rezeki katakan.

Sg.Bestari Jaya - Lombong Pasir 4

Hasil pancingan pada minggu penutup nak puasa. Tak la banyak sangat hanya 4 ekor. Trip ni bersama rakan, Pak Muda dari Setapak Jaya. Kalau dah rezeki katakan, hari tu sepatutnya ikan dapat didaratkan sebanyak 7 ekor. 1 ekor putus perambut sebab perambut kecil sangat dan 2 ekor lagi putus perambut akibat sangkut di kayu2 dlm sungai tu, gara-gara nak bagi lesen Pak Muda yang bangau sepanjang hari tu. Satu ekor aku sedekahkan Pak Muda, nanti balik ...faham-faham je la.





Lepas raya ni..ingat nak terjah lagi lubuk ni tapi hati berat nak ke Sg. Bernam. Dengar cerita dari otai2 air dah banyak surut. Musim ikan Belida, Patin, Toman & Baung. Betul gak dia orang cakap...kan dah masuk bulan Julai ke Ogos. Best gilerrrr tuuu. Ada yang nak ikut?