Badan sangat penat balik dari main futsal di UUM, Sintok. Kedah. Igatkan nak rehat dirumah pada 1 July tu. Balik dari surau baru jam 6.15 pagi...masih awal tu. Fikir-fikir..dari duk umah lepak-lepak saje ..baik lepak di Port Batang Berjuntai. Hari ini aku gerak seorang je..tukang tangguk ke sekolah, anak lelaki bongsu tu...ajad...biasa lah kan hari Isnin. Pukul 5.30 ptg baru aku balik...sampai rumah dekat maghrib dah. Biasa la tukang tangguk aku tu, selalu kecoh...papa gi mancing juga ke hari ajad sekolah?. Itu soalan di ajukan kalau di tinggalkan...biasa budak-budak..kan hari sekolah...mana boleh ikut!!..Sebab tu kalau nak pergi mancing. Tukang tangguk @ sauk mesti selalu dibawa.
Hasil hati tu 2 ekor je...1 Ikan Patin dan 1 ikan Jelawat.
Ikan Patin Batang Berjuntai - 7.1 kg |
Dari maklumat yang aku ada, ikan patin jenis ni boleh membesar lagi sehingga mencecah 15 - 25kg. Kalau di biarkan hidup lama di sungai-sungai besar. Malang dah rezeki aku...jadi lauk je la. Aku daratkan pakai rod lemax 10 kaki dengan mesin okuma Trio 55. Masa tak sampai 10 minit. Insyallah...aku akan cuba darat yang terbesar di mana-mana sungai. Bukan nak bangga tapi 'nice' tu..masa ikan tarik sampai ikan di daratkan. Aku cukup puas bebbbb!!!
Ikan Patin..dekat Bestari Jaya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing