Dah lama memerang tak poskan hasil memancing. Sebenarnya, memerang tidak begitu sihat sangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Redha je lah ketentuan illahi. Cuti hujung minggu thaipusam badan rasa dah boleh bertatih sedikit. Lagipun dah lama tak memancing, memerang terjah sg kelambu hasilnya boleh tahan.
Cuma nak ingatkan kepada kawan-kawan memancing sepanjang sungai Bukit Chaggang hingga ke Banting supaya berhati-hati. "Tuan tanah" tengah mengatal/ mengawan terutamanya pada masa air pasang. Hati-hati bila meyusur tebing sungai, lagi-lagi kalau memancing waktu malam....igat tau...ni bukan main-main faham...dah ada cerita, orang asli disergah hingga jatuh sungai. nasib sempat naik ke tebing...Ada 2 ekor yang selalu kelibat di permukaan air. Satu berwarna agak ke kekuningan, itu jantan. Seekor lagi berwarna kehitaman/kelabu, itu betina....besar betul tu...
Ikan Patin Sg Kelambu. Banting |
Memerang akan mencuba lagi pada cuti hujung minggu ni.....memancing ikan patin dan keli.
Tip:
Tip:
- Pakai buah berembang dan buah lakun kira umpan killer di sungai ni
- Roti, dedak dan roti canai cuma laku area dengkil.
- Ikan rakus meragut umpan semasa air sedang menongkah naik dan mula jernih
- Bahaya - tuan tanah tengah mengatal sebab musim mengawan terutama pada masa air pasang.