Jumaat, 16 Oktober 2015

Mengingati Kematian adalah nasihat terbaik Dan guru kehidupan


“Mengingati kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita… 

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…
Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…

Wasallam...

Selasa, 13 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong . Pahang - 2

Askm kekawan....

Pada 10 Okt 2015 (Ahad), memerang ada meninjau satu lubuk ikan di hightway Karak. Keadaan lombong agak baik dan sesuai untuk memancing malam tapi secara berkumpulan. Memerang ada menduga untuk meninjau penghuni lombong tersebut. 

Dari tinjauan memerang, lombong ini di huni Ikan Patin, Kaloi, Ikan Kap, Ikan Keli (badan hitam dan perut putih), Ikan lampan jawa dan seangkatannya. Pada hari tersebut berlaku kejutan. Memerang ternampak ikan yang agak besar timbul dipermukaan dari jarak 50 meter. Berbandan agak kekuningan, panjang dalam anggaran 1 meter. Apakah itu ikan atau apa makluk apa lagi dalam lombong tu...kalau itu ikan, sememangnya besar. Lentuk pancing dibuatnya.

Pada asalnya, lombong ini nak dijadikan tempat Jackport memancing, banyak ikan dibela dan dilepaskan ke lombong. Itu maklumat yang memerang perolehi dari taukeh lombong pasir di sungai berdekatan. Sekarang dah terbiar....jadi la lubuk memancing bagi kaki pancing area Bentong.
Tip;
  1. Bawa umpan dedak, sawit peram dan cengkerik 
  2. Sesuai untuk memancing malam atau selepas hujan sebab air agak jernih, ikan bermain di tengah lombong.
  3. Memancing secara berkumpulan sebab kawan sekitar semak samun...faham-faham la yea.
Wasallam....

Khamis, 8 Oktober 2015

Pisau Lapah

Askm wbr semua pelawat blog memerang.....

Disini memerang ada koleksi sebilah pisau lapah. Pisau ini selalu memerang gunakan untuk sembelihan binatang ternakan bersaiz kecil seperti ayam/ayam hutan, itik, burung punai, pelanduk, landak, dan seumpamanya. Pada musim korban, memerang gunakan untuk melapah kulit lembu. Koleksi ni dah jadi teman memerang, sejak 25 tahun dulu. Menjadi teman setia di pinggang semasa meredah hutan rimba. Pisau ini cukup tajam .

Pasangan kembarnya iaitu Golok sembelihan " Sebenarnya memerang sedang berjinak diri untuk sembelihan binatang yang lebih besar seperti Kerbau, lembu, Unta seumpamanya. Nanti memerang perkenalkan golok sembelihan tu nanti...insyaallah.

Kalau ada kekawan berminat boleh buat tempahan dari memerang tapi mengambil masa sedikit untuk diposkan, lebih kurang 2 minggu atau lebih sedikit. Sebenarnya, pak saudara memerang menempanya.
  
Specifikasi :
Panjang Keseluruhan : 12 inci
Panjang mata Pisau    : 8 inci
Buatan Mata Pisau     : Stailess Stail, tahan karat - memerang dah lupa mana "brand"
Lebar Mata                 : 1 inci lebih
Sarung Dan Ulu         :  Kayu _ dah lupa nama kayunya.
Batu Asahan Pisau     : Batu Cap Dayak
Maklumat Lanjut       : Masej / Whatsapp Memerang - 019-6790395

Rabu, 7 Oktober 2015

Lubuk Di Hightway Karak, Bentong. Pahang - 1

Askm.....
Lubuk ini memerang terjah minggu lepas pada 5 Oktober 2015.  Nampak Ikan Patin moster melibat permukaan air begitu galak sekali. Sebenarnya, memerang dalam usaha mencari lubuk baru setelah lubuk-lubuk di Sg. Dengkil -Banting, Sg. Bestari Jaya - Bkt Tagar dah puas memerang bertapak. Lihat hasilnya nanti. Target Ikan Patin , Ikan Kaloi Dan Ikan Baung.......Insyaallah.

Pandangan dari Lebuhraya
Keadaan Lubuk 1 -belah pagi
Sekadar Menduga & Pemerhatian target
 Kalau ada kekawan nak komplot tu boleh roger memerang....tunggu umpan sawit peram memerang masak elok sedikit.

Tip;
  1. Tinjau Lubuk dan Target sasaran sebelum memancing

Lubuk Cengal, Ketereh.Kelantan

Askm kekawan semua.....
Pada kesempatan balik kg pada Cuti Raya Haji lalu. memerang sempat menjenguk lubuk yang biasa memerang memancing pada tahun 90an, kira-kira 20-25 tahun lalu, ya masa baru belajar memancing.  

Keadaan lubuk Cengal sudah tidak seperti dulu, keadaan sekitar agak semak, lubuk dah cetek barbanding dulu dan air kekeruhan. Pada masa lalu lubuk ini sangat dalam sekitar 20 kaki, di sesetengah selekoh sungai mencapai lebih 25 kaki. Cuba bayangkan kalau menembak toman, terpaksa memacak sebatang buluh untuk di jadikan tempat berpegang semasa menyelam didasar sungai untuk mengambil ikan toman yang di tembak.

Dari pemerhatian memerang, di lubuk Cengal masih ada penghuni moster yang mendiami kawasan lubuk dalam seperti Ikan Patin, Toman/Haruan, Ikan Belida dan Ikan Lampam. Kemungkinan juga ada ikan Kaloi. Memerang pernah mencatatkan kenangan mendaratkan Ikan Belida seberat 13.5 kg pada masa lalu berumpankan udang hidup. Dari cerita mertua memerang, dia pernah menembak Ikan Toman seberat  hampir 12 kg.

Semasa memerang terjah pagi 26 September 2015, air lubuk agak dalam dan kekeruhan sedikit disebabkan gate di empangan Kemubu dilepaskan. Pada pagi tu cuma ikan lampan yang sudi menjamah umpan. Dapatlah memerang bawa pulang 7 ekor lampam untuk dibuat lauk.

Tip :
  1. Memancing semasa paras air berada di bawah paras kaki-kaki rumput/pokok di tebing lubuk. Kalau paras air dalam ikan agak sangat galak dan ikan-ikan usang/lama di sini agak liar, selalu bermain di bawah semak-samun dan ranting-ranting pokok.
  2. Memancing masa air keruh sedikit dan cari lubuk sesuai di bhg belah bawah jambatan yang masih belum diterjah.
  3. Umpan  disini, Ikan lampam (Baca blog sebelum ni, memerang dah bagi tip), Patin (Dedak & sawit peram dah cukup lebih kepada bau busuk cacing dan tanah) Ikan Belida ( Udang Hidup, Ikan Puyu) Ikan Toman/Haruan ( Ikan keli - bukan anak keli tau!!!, Belut hidup khas untuk toman) Ikan Kaloi   ( sawit peram) 
  4. Ikan di sini sensitif pada bunyi bising . p/s belah atas bunyi bising jambatan besi bila ada kederaan lalu.
Selamat mencuba, memerang berminat dengan Ikan Patin dan Belida disini...tunggu awal tahun nanti memrang terjah lagi....Wasallam.