Isnin, 13 Julai 2015

Udang Galah Sungai Pandan, Kuantan

Askm wbr....

Di doakan semua kaki pancing sihat dan selamat sejahtera...dengan nikmat ALLAH, lebih-lebih lagi menempuh sepuluh malam terkhir yang penuh dengan rahmat ALLAH subhana huwata'ala dan pengampunanNYA. Sama-sama kita habiskan Ramadhan yang penuh berkat ini, baru kita memancing. Kalau nak kira memancing tu tak kan habis sampai bila-bila yeaaaa. 

Menyentuh sedikit pasal memancing, semalam terasa terbakar juga hati memerang, bila sepupu memerang whatsappkan gambar hasil  udang galah di perolehi sepanjang Ramadhan. Hasil ni, di perolehi hasil memancing setelah keluar selepas solat zohor. Tempoh masa dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Hasil tiga minggu berturut-turut....Minggu terakir Jun 2015, 5 Julai 2015 dan semalam 12 Julai 2015. Memerang banyak-banyak sabar dibulan puasa ni, kalau ikutkan hati nak terjah jee...rasa nak star je kereta gi mancing tapi apakan daya di bulan puasa. Rahmat dan Nikmat yang ALLAH sediakan di bulan ramadhan adalah lebih baik dari segalaNYA dan seisi dunia.

Memerang paparkan hasil terjahan sepupu memerang tu....lepas raya memerang berkampung disana agaknya...rezeki tak kemana!!!.

Hasil memancing pada minggu akhir bulan Jun 2015. Fikir lah sendiri berapa kilo....? Berbaloi kan...!!!












Hasil pada 5 Julai 2015. Agak lumayan kan...timbang-timbang dalam kepala berape kilo....eemmmmm.











Hasil semalam, 12 Julai 2015. ...tak lah begitu banyak tapi jenggo yang sepit biru tu....karauan jorang ...yang syoknya...buat memerang tak boleh tidur ....peeerrrrhhhh..!!!










Ok lah rakan-rakan, cukup setakat ini dulu...tunggu hasil terjahan memerang selepas raya ni...selamat berpuasa, selamat mencari keampunan ALLAH di malam Lailatul Qadar dan selamat hari Raya....maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah sepanjang memerang berbicara.

Wasallam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing