Selasa, 31 Mac 2015

Tip Mengurangkan Mabuk Laut

Askm wbr kawan-kawan pancing ...agar semuanya sihat sejahtera

Tahun 2015 akan memasuki bulan April esok....bagi memerang memang cukup seronok. Bukan ape...cuma langkah memancing semakin jauh. Bukan sahaja di sungai, kuala dan hutan rimba malah hingga ke laut. Pada bulan April ni...aktiviti mencandat sotong makin menjadi...sotong-sotong semakin banyak...air laut mula kekeruhan ikan bersisik mula menghampiri daratan. Ombak mula bergelora...tentu mabuk kan? Bagi pemancing baru berjinak dengan laut tentu mabuk kan? biasa tu...20 tahun dulu memerang juga begitu. Sekarang kira ok laaaa....disini memerang nak beri beberapa tip-tip kurangkan mabuk laut. Bila dah selalu turun memancing di laut dah jadi biasa.

Tip-Tip:
  • Sebelum bot bertolak pilihlah posisi yang baik. Sebaiknya berada jauh dari asap dan bau minyak diesel yang dikeluarkan oleh bot. Jadi,, dinasihatkan jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel.
  • Anda perlu menelan pil penahan mabuk 1 jam atau  30 minit bagi persediaan menghadapi mabuk laut. Anda akan rugi jika mabuk ketika kawan-kawan yang lain sedang banyak mendaratkan sotong atau moster-moster dan hanya mampu melihat sahaja.
  • Bawa ubatan-ubatan ringkas seperti ubat minyak cap kapak dan gula-gula bagi mengelakkan rasa loya.
  • Perut yang terlalu kenyang menyebabkan anda cepat mual dan pening. Jadi cubalah elak dari makan terlalu kenyang sebelum menaiki bot.
  • Sebelum memulai perjalanan mancing persiapkan diri dengan baik, istirahat / tidur yang cukup, minimal 5 jam. sehingga tubuh anda tetap dalam keadaan Fit dan tetap bugar.
  • Isi perut dengan makanan yang mengenyangkan tapi jangan terlalu kekenyangan.
  • Menempelkan beberapa koyo di bagian leher, belakang telinga. ini disinyalir penyebab mabuk laut karena terganggunya mekanisme keseimbangan di telinga bagian dalam oleh gerakan selama di Laut.
  • Saat di kapal usahakan agar tetap memfokuskan pandangan mata ke garis Horisontal, badan jangan terlalu sering membungkuk atau melihat kebawah, hal ini dapat membuat lebih cepat merasa mual, selain itu pula jangan melihat sesuatu dari jarak dekat. Jika belum terbiasa jangan merangkai pancingan di kapal , minta tolong saja pada ABK untuk merangkai atau memasang umpan.
  • Bawa bekal buah buahan atau jus buah , bawa juga minuman jahe untuk mencegah dan mengobati mabuk laut.
  • Jika sudah merasa pusing dan mual sebaiknya muntahkan saja karena jika sudah dimuntahkan akan terasa lebih enak. setelah itu sapukan tubuh dengan balsem di bagian perut, leher, dan pelipis mata atau bisa juga hirup aroma minyak angin.
  • Nyebur air laut dan mandi agar tubuh segar kembali.
  • Apabila cara cara diatas sudah dilakukan dan anda masih saja mabuk laut usahakan tidur dengan rileks, namun jika benar benar tidak kuat , obat yang paling ampuh adalah kembali daratan dan segera minum obat anti masuk angin. Jka sudah kembali ke daratan anda masih mabuk, rasa terpusing-pusing. Anda pemabuk tegar, mabuk darat.
Wasallam...jom trip candat di kemaman, Terengganu....selamat mencuba

Selasa, 17 Mac 2015

Umpan Ikan Lampam Jawa

Askm pelawat blog memerang.....sihat-sihat semua?

Memerang nak cuba turunkan resipi umpan. Kekadang ramai pemancing pergi memancing dan balik membangau...tiada hasil. Balik umah kena berleter dengan orang umah. Memancing ikan lampam adalah salah satu cara untuk mengelak bangau di tebing sungai. 

Setahu memerang ikan lampam ada dua jenis iaitu lampam Jawa dan ikan lampam Jawa ekor merah...




Bentuk kepala Ikan Lampam Jawa





Lampam Jawa, sirip dan ekor agak kekuningan sedikit




Lampam Jawa, sirip dan ekor berwarna agak kemerahan





Pastikan kawasan anda memancing banyak ikan lampam, biasanya bahagian pertengahan dan hulu sungai. Ikan lampam ni hidup satu habitat dengan ikan Terbol, Merah Pipi, Pucuk Pisang, Kaloi, dan seangkatan dengannya. Kalau dapat ikan lampam terus bersihkan "sian ikan tu". Sebab ikan lampam mudah membusuk dan simpan dalam coolman.

Tip Umpan :
  • Umpan 1-Pakai dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit - gaul biar sebati dan gentel dimata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
  • Umpan 2-Pakai Isi kelapa sawit peram, gandum dan serbuk kunyit - gaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing)
  • Pakai mata saiz kecil (sesuai ikan di situ) - nasihat memerang pakai mata banyak, jangan mata satu.
Selamat mencuba...rahsia elak membangau di tebing sungai....wasallam

Jumaat, 13 Mac 2015

7 Amalan Yang Pahalanya Akan Terus Mengalir

Di dalam hadis ada menyebut 7 amal yang tergolong amal jariyyah seperti berikut.

1. Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat -baik melalui pendidikan formal dan nonformal

2. Mendidik anak menjadi anak yang soleh - Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Kebaikan yang dipeibuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai / pahala yang diterima oleh kanak-kanak tadi.

3. Mewariskan mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya.

4. Membangun masjid - Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (HR. al-Bukhari dan Muslim).

5. Membangun rumah atau pondok bagi orang-orang yang berpergian untuk kebaikan - Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.

6. Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tampat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali sumur di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu wafat dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

7. Menyedekahkan sebahagian harta - Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Tip;
  • Bersedekahlah ke jalan allah setiap pagi dan petang, semoga dengannya mengalirnya rezeki  yang melimpah ruah dan dengannya demi kebaikan didunia dan mahupun akhirat kelak..amin

Isnin, 9 Mac 2015

Ikan Patin Buah Bukit Chaggang, Banting Selangor

Askm wbr semua kawan-kawan pelawat blog memerang...agar semua sihat sejahtera.

Pada hujung minggu, pada 7 Mac 2015. Memerang bergerak dengan tukang sauk yang tahun ni akan menghadapi exam tahun 6 ke lokasi Bukit Chaggang, Banting Selangor. Bertolak dari rumah jam 10.30 pagi. Sampai di lokasi sasaran memancing sekitar jam 11.20 pagi. Keadaan air sungai pada masa tu sedang surut. Memang sesuai lah...tidak apa yang nak di tangguhkan lagi. Memerang terus parking kereta ditebing sungai. Pada masa itu, memang banyak ikan keli sedang galak semasa bermain air yang sedang surut.

Berbekalkan pancing udang dan berumpankan cengkerik...apa lagi, memerang terus memburu sasaran keli sungai. Hasilnya dapatlah sebanyak 10 ekor keli sungai...keli Bukit Chaggang katakan....

Ikan Keli Bukit Chaggang, Banting Selangor
Anggaran berat dalam 3 kg


Pada belah petang selepas lunch dan sembahyang zohor. Memerang terjah lagi sasaran mencari si patin yang galak bermain air semasa lesu menunggu air pasang kembali. Berbekalkan 2 batang jorang 10 kaki dan batu ladung saiz 10 serta roti gardenia. Lokasi berhampiran pokok kekabu rendang betul betul dibawah talian eletrik. Pemburuan si patin berlansung sehingga jam 5.30 ptg. Hasilnya, dapat lah memerang daratkan seekor patin buah dalam anggaran 4.3 kg.

Ikan Patin Buah, Bkt Chaggang- Berat 4.3 kg
Saiz cover polytrean 2 kaki tu
Cuma disini memerang nak nasihatkan kepada pemancing-pemancing, kalau memancing sekitar kawasan Bukit Changgang ke kilang besi Mega Steal. Tolong berhati-hati terutama yang memancing pada waktu air pasang dan pada waktu malam. Kawasan ini, terdapat seekor saudara kita yang mendiami jajaran sini.  Anggaran mata kasar memerang dari jauh sepanjang 3 - 3.5 meter. Warna nampak kekuningan sedikit di bahagian bawah perut. Ingat, mulut jangan celupar dan teruskan memancing bukan niat kita nak berjumpa dengan saudara kita tu. Lagi pun saudara kita tu, bukanlah seperti saudara kita mendiami air payau tu seperti area Sungai Sarawak tu. Hati...hati... hati...ok

Tip:
  • Memancing patin, ambil kesempatan waktu air pasang surut adalah besar
  • Kalau memancing malam lebih efektif, patin bermain di tebing-tebing sungai mencari makanan dan hasil pancingan agak gadang.
  • Patin buah sangat sukar meragut umpan - gunakan kreatviti pemancing untuk memikat patin buah.
Wasallam....

Isnin, 2 Mac 2015

Ikan Keli Olak Lempit

Askm kekawan semua...

Selepas balik dari Raub, Pahang, memerang ada mengendap ikan patin di sungai Manggis, area Olak Lempit. Jangkaan air pasang agak rendah tapi si patin tidak begitu galak. Puas memerang meninjau lokasi patin bermain. Jadi, memerang mengubah strategi memancing Ikan keli yang begitu galak bermain air semasa air pasang surut rendah. Berbekalkan cacing gila dan cengkerik sesi memburu keli bermula jam 2.00 ptg pada 28 Februari 2015. Kawasan sasaran di muara-muara sungai dan kawasan bersemak samun sepanjang sungai dari Olak Lempit ke Pekan Banting.

Hasilnya, 11 ekor keli dan seekor haruan dapat didaratkan.  Memerang menggunakan pancing udang yang digunakan untuk menebing udang sepanjang 4 kaki lebih tu. 


Hasil keli, yang besar memerang potong 3 untuk masak dan dijual. Spesis keli sungai berbadan agak gelap dan bahagian bawah agak putih.

Keli sungai ini agak sedap, isi kekuningan dan agak keras sedikit dari isi ikan keli ternak.

Haruan sungai. Agak besar juga dalam 2 kilo. Cuba bayangkan bila kena pancing udang...lentuk bukan main lagi. Memerang guna kepantansan memusing drag untuk daratkan haruan ni...sebab pakai perambut tangsi 20Ib. Elok-elok didaratkan perambut putus.

Salah satu golok kesayangan yang selalu temankan memerang ke sungai ..ke hutan...begitu tajam dan selalu memerang guna untuk sembelihan ayam, lembu dan  binatang hutan yang memerang perolehi semasa memburu di hutan.

Tip;
  • Pakai jorang udang dah cukup untuk memancing ikan keli. Panjang lebih kurang 4 kaki lebih.
  • Pakai umpan cengkerik (sangat efektif) dan cacing ( agak kurang ragutan).
  • Pakai mata kail saiz 8, jangan terlalu kecil sebab susah untuk mengena.
  • Sasaran lokasi...muka-muka kuala, area parit air buang, kawasan semak samun dan kawasan air tenang dan banyak sampah, kayu-kayu.
  • Sungai yang di pengaruhi pasang surut. Ikan keli galak masa air mula pasang dan air mula surut.
  • Khas untuk pemancing patin - memancing patin hendaklah semasa air pasang dan surut adalah tinggi. Harap faham!!!.. 
Selamat mencuba nasib...semoga dimurahkan rezeki
wasallam....

Tengas Raub, Pahang

Askm wbr...semua kekawan pancing..

Pada belah petang jumaat, memerang ada membuat operasi mencari tengas. Lokasi di tuju area kawasan  Raub, Pahang. Lama juga tak masuk hutan mencari sembarau, tengas dan kelah, syok juga dibuatnya. Bowring juga asyik ke Laut, Pinggir sungai, Kuala sungai...sekali sekala ok juga ke hulu sungai. Memerang menggunakan 4x4 untuk traeking separuh jalan dan selepas itu menggunakan Skrambler untuk ke hulu sungai. Memerang menyusur alur sungai sehingga ke satu lubuk yang dalam yang sudah lama tidak dijejaki. Kalau 7 Tahun dulu memang banyak tengas, sembarau dan kelah di lubuk ini. 

Hasilnya boleh tahan tapi semuanya tengas, hajat anak-anak nak makan kelah tak kesampaian. tapi syukurlah rezeki tetap ada. Alhamdullillah....

Tengas, Hutan Raub...anggaran berat 800 gm - 1.5 kg
Insyaalalah ...memerang akan mengaturkan beberapa trip mencari Tengas dan Kelah di Hutan Pahang atau Hulu Terengganu pada masa terdekat.


Trip ini, memerang berbekalkan sawit peram dan bakar serta  dedak.

Kalau ada antara pemancing nak mencuba mencari Tengas dan kelah. Inilah musim paling sesuai, air sungai mula surut dan air di hulu sungai tidak begitu laju untuk harungi. Hanya paras lutut, paras pinggang dan paras dada. Kawasan lubuk masih dalam dan ikan banyak berkumpul.... selamat mencuba kekawan...
Tip;
  • Masuk hutan, kena berkawan kalau tak biasa...seriau juga memerang sebab dah lama tak masuk hutan tapi masih boleh lagi tu....bawa la parang panjang untuk keselamatan.
  • Hati-hati merentasi batu-batu di pinggir sungai yang agak licin dan berlumut
  • Memancing kelah dan tengas tidak boleh bising, berjalan perlu melawan arus sungai (memancing dari bawah ke hulu sungai).
  • Umpan, kelapa sawit peram, kelapa sawit bakar (cara express), buah lakun, kalau ada buah getah bakar, buah-buah hutan di sekitar sungai. Kalau perlu bawa dedak power kekawan tu....hik hik..
  • Berjalan menyusur sungai perlahan...jangan bunyi terlalu kuat kocakan air...ikan-ikan di hulu sungai sangai sensitif pada bunyi gemar air.
  • Pandai mengesan lubuk ikan - ini ilmu sangat sukat diajar. Kalau tak biasa tinjau orang sekitar kawasan sasaran sambil minum kopi di kedai-kedai tu...faham!!!...