Askm kaki-kaki pancing...
Dah lama memerang tak menulis. maklum terlalu bzzzzz dengan kerja yang tak habis-habis. Disini nak perturunkan umpan untuk memancing udang galah yang selalu aku pakai dan di warisi dari arwah ayah dan datuk.
1. Cacing merah - Cacing kira umpan universal. Cacing yang memerang maksudkan adalah cacing merah bukan cacing gelang atau cacing gila yang dibeli dikedai-kedai pancing tu. Cacing ni boleh dijumpai dikawasan kebun-kebun pisang, ladang kelapa sawit, paling banyak belakang umah area kampung-kampung. Biasanya kawasan tanah yang sentiasa lembap. Kalau pakai cacing, semua jenis ikan makan. Kalau mancing udang galah pada siang hari tak larat nak layan ikan je yang naik.Nasib-nasib lah udang didaratkan.
2. Anak Udang Bendang - Mudah diperolehi dalam kawasan air bertakung seperti bendang-bendang padi, lombong-lombong, parit dan kawasan berpaya. Pakai saut untuk dapat udang ini. Kalau mancing siang hari ikan lampan dan baung pun makan. Kebiasaan udang galah memeang suka makan anak udang kecil.
3. Isi Remis - Biasanya memerang guna isi remis. Lihat keadaan air sungai tempat memancing udang. Kalau air keruh dan dalam memerang guna cacing tapi mancing di bahagian tebing sungai. Kalau air cetek dan jernih memerang guna isi remis tapi memancing bahagian alur sungai. Pasti saiz moster didaratkan. Isi remis sangat berkesan menjerat jenggo di sungai belat, sg pandan, dan sungai area zon pantai timur. Tip, remis hendaklah dibiarkan hidup dan disimpan didalam peti ais di tempat sayur. Balut dengan surat khabar biat tebal sikit. Pasti tahan lama.
4. Isi Ikan Haruan/isi Ikan Selar - Isi ikan yang dipakai hendaklah segar dan masih keras. Biasanya memerang membawa ikan harun hidup semasa memancing, bila nak pakai baru lapah isi ikan haruan tu...pastikan isi ikan masih berdarah dan berbau hanyir. Kalau memancing pasti yang didaratkan jenggo sepit biru yang besar-besar. Kadar ragutan perlu menunggu masa sedikit. Masa sesuai memancing waktu petang hingg ke lewat malam. Kalau tak ada ikan haruan isi ikan selar pun memerang pakai.
5. Anak ikan Gapi - Ikan gapi yang berwarna warni dan ekor yang lebat tu. Berkesan memancing waktu malam. Senang beli di kedai ikan, banyak dijual.
6. Kulit Ayam, Pedal Ayam dan Hati Ayam - Memerang pakai bila memancing waktu pagi sampai tengahari.
7. Ikan Sardin - Ikan sardin ni, memerang pakai untuk rasuah bila memancing waktu malam. Caranya tebuk lubang pada tin sardin supaya isi sardin boleh keluar bila di rendam dalam air. Memerang selalu labuhkan di bawah bot dilokasi memancing. Memerang tak lah berpindah banyak tempat bila memancing waktu malam. Jadi, bila udang dah berkumpul banyak, hulur jorang di bawah bot berumpankan cacing, isi ikan kawasan kalian labuhkan sardin tadi. hasil cukup lumayan. Memancing malam hati kena berani oooiiii. Kalau penakut lebih baik belah je la.
8. Kelapa Goreng, Belacan bakar dan Beras Goreng - Cara ni lebih kurang sama dengan menggunakan sardin tadi tapi lebih kepada serampang dua mata. Bahan-bahan ni masuk dalam stokin wanita tu. Labuh di bawah bot pakai pemberat. Pasang loceng dekat tali yang dilabuhkan. Bila udang berkumpul memyepit kelapa, belacan dan beras dalam stokin tu...pasti susah nak lepaskan. Angkat je perlahan-lahan. Disamping tu, bolehlah labuh pancing berumpankan cacing, isi ikan..apa2 je. Biasanya memerang guna cara ni bila memancing waktu malam. Memang berbaloi...cuba la
9. Upon-upon - Memerang jarang pakai sebab susah nak cari lagi pun nak beli terlalu mahal . Pakai cam guna cacing juga. kalau umah kau orang dekar pandai bolehlah cari.
Umpan-umpan ini diguna mengikut keadaan cuaca, pasang surut air sungai, kekeruhan air sungai dan waktu kita memancing perlu juga di ambil kira bila hendak memancing udang galah/jenggo.
Tip, udang memang galak pada waktu petang dan malam, apabila embun mula terasa. Waktu ini udang galak memakan umpan. Kalau ke sungai waktu pagi tu, biasanya nampak seperti asap di permukaan air sungai.Pasti air sungai pada waktu itu panas. Udang galah memang galak memakan umpan. Keadaan sejuk (berembun) / panas air bergantung pada hujan serta perkiraan kitaran bulan mengikut kelendar Islam. Selamat mencuba...
Mengikut perancangan cuti tahun baru cina pada 20 dan 21 Feb 2015, memerang nak terjah sungai bernam bersama 2 lagi pemancing tegar walaupun air masih pasang besar ...lihat kalau ada hasil memerang akan bagi info dan gambar sekali.......Wasallam
Tip, udang memang galak pada waktu petang dan malam, apabila embun mula terasa. Waktu ini udang galak memakan umpan. Kalau ke sungai waktu pagi tu, biasanya nampak seperti asap di permukaan air sungai.Pasti air sungai pada waktu itu panas. Udang galah memang galak memakan umpan. Keadaan sejuk (berembun) / panas air bergantung pada hujan serta perkiraan kitaran bulan mengikut kelendar Islam. Selamat mencuba...
Mengikut perancangan cuti tahun baru cina pada 20 dan 21 Feb 2015, memerang nak terjah sungai bernam bersama 2 lagi pemancing tegar walaupun air masih pasang besar ...lihat kalau ada hasil memerang akan bagi info dan gambar sekali.......Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
boleh komen, tak kira kaki pancing